20 Oktober 2010

STPM 1998 = FONOLOGI


SOALAN 1
Penghasilan Konsonan Letusan

KETERANGAN
1. Udara dari paru-paru yang keluar melalui rongga mulut disekat.
2. Udara dilepaskan perlahan-lahan

SOALAN 2
Konsonan Pinjaman Bahasa Arab

KETERANGAN
1. Ghairah
2. Masyarakat

SOALAN 3
Konsonan Letupan

KETERANGAN
1. Udara dari paru-paru disekat dengan merapatkan dua alat pertuturan seperti dua bibir, bibir-gusi, dan lidah-lelangit keras.
2. Udara kemudian dilepaskan dengan cepat/serta merta

SOALAN 4
Konsonan Letupan Bersuara

KETERANGAN

1. Konsonan letupan bersuara ialah [ b ], [ d ], [ g ]
2. Pita suara bergetar semasa menghasilkannya.
3. Contoh Perkataan : Badak, Sabun, Badang

SOALAN 5
Vokal Belakang Sempit [ u ]

KETERANGAN
1. Belakang lidah dinaikkan tinggi
2. Lelangit lembut menutupi rongga hidung
3. Pita suara bergetar
4. Udara keluar dari rongga mulut tanpa sekatan
5. Bibir berkeadaan bundar

SOALAN 6
Konsonan Letupan

KETERANGAN
1. Boleh dihasilkan bersuara dan tidak bersuara
2. Udara dilepaskan serta merta
3. Daerah artikulasinya ialah bibir, gusi, lelangit lembut dan glotis
4. Boleh terletak di awal, di tengah, dan di akhir kata

SOALAN 7
Contoh perkataan bunyi sengauan gusi [ n ]

KETERANGAN
1. Nasi
2. Tunas
3. Nasib
4. Bank
5. Tangan

19 Oktober 2010

ISU PERGURUAN : DUA PENGETUA DIKENAKAN TINDAKAN TATATERTIB

Dua orang pengetua, masing-masing dari sekolah menengah di Kulai, Johor dan Sungai Petani, Kedah yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman, digantung tugas ketika prosiding tatatertib berjalan sekarang. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Abdul Rahman Putra (SMKTARP), Kulai kini ditempatkan di Jabatan Pelajaran Johor, manakala pengetua Sekolah Menengah Bukit Selambau (SMBS), Sungai Petani di Pejabat Pelajaran daerah Kuala Muda, berkuat kuasa 23 Ogos lalu.  Beliau berkata, tindakan ke atas pengetua SMKTARP yang kini dalam prosiding tatatertib diambil berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
 
Tindakan ini diambil selepas kerajaan mengambil kira faktor bahawa pengetua terbabit membuat empat kali permohonan maaf dan menarik balik ucapannya kepada pihak berkenaan. Permohonan maaf itu dibuat pada perhimpunan mingguan, di bilik gerakan sekolah ketika pertemuan dengan guru bukan Melayu sesi pagi, di kantin sekolah dan dari kelas ke kelas. Pengetua berkenaan dihadapkan dengan tiga pertuduhan kerana membuat pernyataan yang berbaur perkauman dan diberi peluang untuk membela diri selama 21 hari. Pengetua SMBS pula diberi amaran oleh Kementerian Pelajaran dan pegawai berkenaan sudah memohon maaf secara terbuka kepada pihak terbabit,” katanya. Insiden yang membabitkan segelintir pegawai awam itu tidak seharusnya dilihat sebagai menggambarkan pendirian kerajaan.

 

STPM 1996 = FONOLOGI

SOALAN 1
Ciri-ciri diftong

1. Diftong dieja dengan gabungan dua huruf vokal
2. Diftong dilafazkan sebagai bunyi geluncuran

SOALAN 2
Keadaan sempit, separuh sempit, separuh luas dan luas semasa pengeluaran bunyi vokal dikaitkan dengan

1. Turun naik lidah
2. Bukaan rongga mulut

SOALAN 3
Penyataan yang benar tentang bunyi konsonan

1. Lazimnya bunyi konsonan sengauan memerlukan getaran pita suara.
2. Semua bunyi konsonan mengalami halangan udara ketika dihasilkan.

SOALAN 4
Ejaan yang tidak mematuhi Pola Keselarasan Vokal (Kekecualian)

1. Perabot yang dibuat daripada kayu tropika sangat cantik.
2. Encik Harun dipilih menjadi calon dalam pilihan raya itu

Ejaan yang mematuhi Pola Keselarasan Vokal

1. Belut sejenis ikan yang banyak mengandungi khasiat.
2. Pasukan itu mengalami kekalahan teruk kerana salah seorang daripada anggotanya telah belot.

MEMANTAPKAN ILMU TATABAHASA ASPEK SINTAKSIS


AYAT 1
Anak angkat yang dipeliharanya sudah pun berumah tangga

PENERANGAN
Ayat di atas ialah Ayat Penyata. Ayat penyata berperanan untuk menyatakan sesuatu. Ayat penyata juga dinamakan ayat berita atau ayat keterangan.

AYAT 2
Buah manggis itu kurang baik isinya

PENERANGAN
Ayat di atas ialah ayat yang menggunakan frasa adjektif frasa perbandingan.

AYAT 3
Orang yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu telah diberi penghormatan.

PENERANGAN
Kata "yang" dalam ayat di atas ialah penanda ayat pancangan relatif kerana "yang" ialah kata hubung pancangan relatif.

AYAT 4
Putih kuning menawan hati

PENERANGAN
Ayat di atas menunjukkan frasa adjektif yang berfungsi sebagai subjek iaitu frasa "putih kuning".

AYAT 5
1. Keluarganya ke rumah sepupunya.
2. Yang kecil di dalam rumah.

PENERANGAN
Kedua-dua ayat di atas merupakan pola ayat dasar yang menggunakan pola "Kata Nama + Kata Sendi Nama". Perkataan "keluarganya" dan "rumah" ialah frasa nama manakala "ke rumah" dan "di dalam" adalah frasa sendi nama.

AYAT 6
Sebelum keluar mendapatkan ibunya yang sedang menunggu di tepi jalan itu, dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

PENERANGAN
Klausa utama atau klausa bebas bagi ayat di atas ialah "dia pergi ke bank". Klausa utama atau klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menjadi ayat yang lengkap.

AYAT 7
Semua orang perlu berusaha bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dan menikmati kehidupan yang senang.

PENERANGAN
Ayat majmuk pancangan di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan keterangan harapan.

KATA NAFI

KATA NAFI "BUKAN"

FUNGSI 1
Menafikan frasa nama

CONTOH AYAT

1. Gadis itu bukan gadis yang aku minati
2. Itu bukan warna unggu yang kita cari.

FUNGSI 2
Menafikan frasa sendi nama

CONTOH AYAT

1. Perdana Menteri bukan ke Jepun tetapi ke China
2. Kursus itu bukan untuk pelajar lulusan sains.

KATA NAFI "TIDAK"

FUNGSI 1
Menafikan frasa kerja

CONTOH AYAT

1. Saya tidak menulis surat itu
2. Beliau tidak dapat datang petang ini.

FUNGSI 2
Menafikan frasa adjektif

CONTOH AYAT

1. Tuduhan dalam surat layang itu tidak benar sama sekali.
2. Rumah itu tidak sebesar mana pun.

ISU SOSIAL : JERMAN GAGAL WUJUD MASYARAKAT MAJMUK


Canselor Jerman, Angela Merkel mengakui usaha negara Jerman untuk mewujudkan sebuah masyarakat berbilang budaya telah gagal sama sekali. Beliau menggesa kaum pendatang supaya mempelajari bahasa Jerman dan menerima nilai-nilai agama Kristian. Merkel buat kali pertama menyuarakan pandangannya dalam perbahasan hangat yang dicetuskan oleh seorang anggota lembaga pengarah bank pusat baru-baru ini, yang mendakwa Jerman menjadi 'bertambah bodoh' disebabkan kemasukan pendatang Islam yang berpendidikan rendah dan tidak produktif. Multikulti (istilah Jerman bermaksud pelbagai budaya) iaitu konsep bahawa penduduk Jerman sekarang bahagia hidup di samping satu sama lain, sebenarnya tidak berjaya. Pendekatan itu telah gagal sama sekali. Menurutnya, pendatang perlu berintegrasi dengan masyarakat majoriti dan menerima budaya serta nilai-nilai Jerman.


18 Oktober 2010

MEMANTAPKAN ILMU TATABAHASA ASPEK MORFOLOGI


PERKATAAN


1. Unit tatabahasa terkecil
2. Boleh dipecahkan kepada unit-unit makna yang lebih kecil
3. Boleh berbentuk perkataan tunggal dalam Bahasa Melayu

GOLONGAN KATA NAMA

1. Kata Nama Am
2. Kata Nama Khas
3. Kata Ganti Nama


PROSES PEMBENTUKAN KATA

1. Pengimbuhan
2. Penggandaan
3. Pemajmukan

PENGGANDAAN SEPARA

1. Lelaki
2. Jejari
3. Bunga-bungaan
4. Sayur-sayuran

APITAN KATA NAMA

1. beruntung = keberuntungan
2. usahawan = keusahawanan
3. perhati = pemerhatian

KATA KERJA TAK TRANSITIF

1. negara sedang berkembang
2. kakak menangis
3. abang mandi

KATA KETERANGAN WAKTU

1. sejak
2. semenjak
3. sementara
4. setelah
5. seketika

KATA BANTU

1. membantu frasa adjektif
2. menerangkan ragam perbuatan
3. menimbulkan makna tambahan

FUNGSI KATA SENDI NAMA "DEMI"

1. menjadi unsur penegas
2. membawa maksud tujuan
3. menunjukkan maksud urutan

FONOLOGI

ARTIKULATOR

1. Hujung lidah
2. Lelangit lembut
3. Bibir
4. Pita suara
5. Tulang rahang

ARTIKULASI

1. Gusi atas
2. Gusi bawah
3. Lelangit keras
4. Gigi atas

BUNYI VOKAL

1. Semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara
2. Bunyi vokal depan dihasilkan dengan menghamparkan bibir

KONSONAN SENGAUAN

1. Sekatan dibuat di dalam rongga mulut
2. Lelangit lembut tidak menutup rongga hidung
3. Arus udara keluar melalui rongga mulut dan rongga hidung

KONSONAN SENGAUAN LELANGIT LEMBUT [ng]

1. mengaduh
2. mengenali
3. mengadah
4. menguli
5. mengilai

PERKATAAN YANG MENGANDUNGI DIFTONG

1. sepoi
2. pulau
3. haiwan
4. hairan
5. meterai
6. aurat
PERKATAAN YANG MENGANDUNGI VOKAL RANGKAP
1. paut
2. maaf
3. baik
4. daun

PERBEZAAN DIFTONG DAN VOKAL RANGKAP

1. Diftong mesti dalam satu suku kata
2. Contoh : au + rat = aurat
3. Diftong /au/ berada dalam satu suku kata

3. Vokal rangkap terpisah dari satu suku kata
4. Contoh : ba + ik = baik
5. Vokal /a/ dan vokal /i/ terpisah

ISU KENEGARAAN : MEMAHAMI MAKSUD TANGGUNGJAWAB TRANSFORMASI

Transformasi menjadi agenda utama kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apa yang dimaksudkan dengan ‘transformasi’? Soalan ini sengaja dilontarkan kerana ramai tidak memahami erti transformasi, kabur istilahnya dan gagal memahami apa yang ingin dimaksudkan Perdana Menteri mengenai transformasi yang beliau bawa. Jika mahu dihuraikan pengertian transformasi, kita perlu meneliti akar kata atau kata dasar yang membentuk perkataan itu. Istilah transformasi adalah daripada perkataan Inggeris iaitu transformation yang dibina daripada dua kata dasar iaitu trans dan form.
 
Trans bermaksud melintasi dari satu sisi ke sisi lainnya (across), atau melampaui (beyond), manakala kata form bererti bentuk. Jika istilah transformasi digunakan dalam bentuk kata kerja, maka kita menyebutnya sebagai mentransformasikan yang bermakna mengubah (rupa, bentuk, sifat dan fungsi) dan juga bererti mengalihkan. Jelas, perkataan transformasi yang digunakan oleh kerajaan hari ini bukan istilah jargon yang tidak mempunyai makna signifikan terhadap kehidupan masyarakat dan negara. Ia mempunyai makna sangat luas. Jika dikaitkan kepada perubahan sistem pentadbiran negara, maka kata transformasi itu merujuk perubahan dalam pembangunan nasional yang menjadi visi dan misi pemerintahan kerajaan pada hari ini. Ini bermakna transformasi mengandung makna perubahan yang biasanya menyebabkan perpindahan bentuk atau corak yang jelas. Ia berlaku secara terarah dan bertahap, bukan radikal tetapi tetap mengikut perancangan, malah ada jangka masanya. Demikian, dalam usaha membangun dan menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020 maka agenda transformasi menjadi sangat mendesak.

Untuk memulakannya Najib terlebih dulu memperkenalkan Gagasan 1Malaysia menjadi asas dan landasan penting bagi menjayakan agenda itu. Gagasan itu mendukung falsafah ‘Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Slogan ini menjadi asas beberapa program transformasi kerajaan lain. Dalam bidang pentadbiran, Najib memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), manakala dalam bidang ekonomi diperkenalkan Pelan Transformasi Ekonomi (ETP).  Sambutan hari kemerdekaan tahun ini juga memakai tema ‘1Malaysia Menjana Transformasi’.  Usaha melaksanakan transformasi membabitkan seluruh rakyat. Ia bukan satu haluan transformasi yang mementingkan kelompok tertentu. Rakyat diberi harapan dan perubahan selari dengan objektif, maksud dan tujuan transformasi itu sendiri.  Satu lagi perkara perlu difahami ialah untuk menjayakan transformasi bukan hanya terletak di bahu kerajaan semata-mata. Rakyat sebagai aset modal insan harus membabitkan diri secara aktif dalam menjayakan transformasi nasional.  Mereka harus didorong untuk memikul sama usaha menjayakan transformasi.  Ia perlukan transformasi pola atau cara berfikir dan pola perilaku (budaya) rakyat untuk membentuk dinamisme perubahan yang diharapkan itu.

Masyarakat yang mempunyai kesedaran penuh terhadap sikap dan tindakan dirinya untuk menjayakan transformasi akan berupaya membentuk momentum transformasi yang memberangsangkan. Sebab itu, lapan nilai yang digariskan di bawah gagasan 1Malaysia adalah nilai yang harus dihayati rakyat supaya agenda transformasi dapat dilakukan dengan lancar dan efektif. Lapan nilai itu ialah ketabahan, penerimaan, pendidikan, integriti, meritokrasi, rendah hati, kesetiaan, budaya kecemerlangan.  Lapan nilai itu harus dapat merubah penampilan, sikap, paradigma, tingkah laku dan kebiasaan diri supaya daya tenaga masyarakat melonjakkan daya saing negara, terutama untuk menjadi negara berpendapatan tinggi pada 2020. Justeru, sudah sampai masanya kita membentuk masyarakat yang inovatif, kreatif dan produktif.

Elemen inovatif dan kreativiti harus menyerap dalam seluruh sistem masyarakat iaitu pentadbiran, ekonomi, pendidikan, pertahanan dan pelbagai sistem lain. Jelas, makna transformasi terletak pada perubahan bentuk atau penampilan yang holistik supaya keberhasilan transformasi dapat menzahirkan impak yang berskala luas merangkumi seluruh sistem masyarakat itu.  Mungkin ini telahan penulis terhadap maksud kata-kata Najib: “Saya mengajak rakyat untuk sama-sama menjayakan transformasi besar ini”. Ia bukan dinamakan transformasi jika ia hanya sekadar membuat sedikit pembaikan atau perubahan dalam aspek tertentu. Apa yang nyata ialah agenda transformasi sangat diperlukan bagi menjayakan wawasan negara dan Malaysia sebagai negara maju berpendapatan tinggi dapat dicapai sepenuhnya.


Oleh Mohd Ayob Abd Razip
BERITA HARIAN
18 OKTOBER 2010

KONSEP KATA


KATA


1. Unit bahasa terkecil
2. Mengandungi makna yang lengkap
3. Boleh berdiri sendiri dalam ayat
4. Dibentuk daripada kata akar atau kata dasar tertentu

KATA AKAR

1. Terdiri daripada satu morfem bebas
2. Belum diberi sebarang imbuhan
3. Dianggap inti sesuatu kata

CONTOH KATA AKAR

1. Morfem bebas ikhlas pada kata kejujuran
2. Morfem bebas jujur pada kata kejujuran
3. Morfem bebas tenang pada kata ketenangan
4. Morfem bebas kecil pada kata mengecilkan
5. Morfem bebas habis pada kata dihabiskan

KATA DASAR

1. Kata yang menjadi dasar untuk membentuk kata

KATA AKAR BOLEH TERDIRI DARIPADA

1. akar kata
2. kata akar
3. kata terbitan
4. kata majmuk
5. kata ganda
6. frasa tertentu

KONSEP MORFEM

CIRI-CIRI

1. Unsur yang membentuk kata.
2. Unit terkecil dalam bahasa yang mempunyai fungsi gramatis
3. Unit yang menjalankan tugas nahu.

MORFEM BEBAS

1. Morfem yang dapat berdiri sendiri sebagai suatu kata
2. Berfungsi sebagai ayat minimum
3. Kata akar yang belum menerima sebarang imbuhan

CONTOH MORFEM BEBAS

1. kawan
2. sekolah
3. ambil
4. sentuh
5. cerlang
6. lapang

MORFEM TERIKAT

1. Memerlukan morfem lain untuk membentuk kata
2. Imbuhan-imbuhan yang membentuk kata terbitan

CONTOH MORFEM TERIKAT

1. awalan ber- pada kata berkawan
2. akhiran -an pada kata sentuhan
3. sisipan -em- pada kata cemerlang
4. apitan ke-...-an pada kata kelapangan