JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



22 Oktober 2010

ISU KESIHATAN : TAHAP KESEDARAN RAKYAT TENTANG KESIHATAN MASIH RENDAH

Tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan pada kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang remeh isu tersebut. Menurut Dr. Siti Norishah Saad, rata-rata rakyat negara ini hanya ke hospital selepas mengetahui mereka mempunyai penyakit selain tidak menitikberatkan konsep ”mencegah itu lebih baik daripada merawat”. Ini satu fenomena yang tidak baik kerana sepatutnya mereka perlu mencegah penyakit sebelum penyakit itu menyerang kita.  Berdasarkan satu kajian, rakyat Malaysia juga tidak mengamalkan pengambilan makanan tambahan untuk menampung keperluan vitamin dan mineral oleh badan mereka. Kajian menunjukkan hanya 30 peratus rakyat Malaysia mengambil makanan tambahan berbanding 56 peratus di Amerika Syarikat. Jika rakyat tidak mengamalkan tabiat makanan yang baik dan tidak dapat menampung keperluan vitamin, mineral dan keperluan-keperluan asas lain badan, mereka perlu mengambil makanan tambahan supaya dapat memperbaiki dan menampung kekurangan nilai nutrisi makanan mereka.

ISU SOSIAL : NILAI KESEJAHTERAAN SOSIAL


GEJALA sosial mempunyai kesan negatif ke atas pertumbuhan psikologikal, fizikal, ekonomi dan pembangunan seseorang individu dan sesebuah negara. Perlakuannya yang negatif secara terus menyebabkan situasi baru iaitu economic dysfunctioning. Economic dysfunctioning berkaitan kemiskinan, pengangguran dan penghijrahan sama ada dari dalam atau luar bandar yang mampu dilihat sebagai masalah sosial, selain faktor pendorong kepada pelbagai lagi masalah yang bakal dihasilkan. Realitinya, masalah sosial menyebabkan peningkatan kos sosial, sekali gus menjejaskan keseimbangan pembangunan negara.

Kerana itulah, Datuk Seri Najib Tun Razak mengehendaki setiap projek pembangunan seluruh peringkat yang hendak dilaksanakan perlu menyediakan kajian terhadap kesan sosial membabitkan masyarakat setempat. Selaku Pengerusi Majlis Sosial Negara (MSN), beliau berkata, langkah itu bagi memastikan setiap projek yang dilaksanakan akan menjamin kesejahteraan masyarakat dalam usaha membendung gejala sosial yang kian meningkat ketika ini. Umumnya, kata Najib, kerajaan ambil maklum tentang trend gejala sosial yang berterusan, dalam erti kata peningkatannya masih ketara melibatkan semua petunjuk yang telah dikumpulkan seperti penderaan kanak-kanak, pembuangan bayi, sumbang mahram dan penagihan dadah.

Dalam Konvensyen Memerangi Gejala Sosial anjuran Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Pejabat Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dua tahun lalu, masalah sosial seperti ini menjadi bahan utama kajian kes. Gejala sosial merupakan fenomena modenisasi dan kejutan budaya yang melanda golongan remaja dan belia. Pada zaman remaja, seseorang itu berdepan dengan satu siri krisis identiti iaitu pembentukan dan pengembangan identiti diri. Kegagalan untuk mengatasi cabaran itu membuatkan remaja mengalami krisis kekeliruan. Sebenarnya, tiada jalan pintas untuk mengatasi masalah sosial yang dihadapi remaja. Remaja merupakan satu kumpulan individu yang kompleks. Sebahagian masalah yang dihadapi mereka adalah juga masalah sosial yang dihadapi orang dewasa.

Hakikatnya, semua ibu bapa mengasihani anak-anak mereka dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk menikmati kehidupan berkeluarga secara harmoni dan bahagia. Bagaimanapun, senario mengejar perbelanjaan harian menyebabkan tekanan emosi di kalangan ibu bapa. Masalah ini dapat diselesaikan seandainya ibu bapa memberikan perhatian secukupnya kepada anak-anak sejak kecil dan sentiasa berkongsi masalah dengan mereka. Ibu bapa sepatutnya bukan sahaja menjadi `penjaga' mereka, tetapi juga `kawan' kepada anak mereka sendiri, di samping menimbulkan persekitaran kekeluargaan dan teknik keibubapaan yang sihat dan cemerlang. Begitu juga dalam kes sumbang mahram. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 2004 mendapati 4.4 juta remaja di dunia pernah menjalani pengguguran manakala 55,000 kes pengguguran berlaku setiap hari dengan 60 peratus daripadanya berlaku di kalangan remaja yang tidak berkahwin.

Menurut kajian itu juga, setiap tahun seorang daripada 20 remaja di dunia dijangkiti penyakit kelamin. Daripada 333 juta kes baru penyakit kelamin, 111 juta kes berlaku di kalangan belia di bawah 25 tahun.  Dalam mencari jalan mengatasi masalah seks luar nikah atau seks bebas ini, selain peranan didikan ibu bapa, banyak pihak mengutarakan pendidikan seks di sekolah-sekolah sebagai satu cara untuk memberi maklumat tentang seks kepada remaja. Langkah ini diambil dengan harapan, maklumat itu akan membantu remaja membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi isu-isu seksual. Persoalan yang harus dibincangkan ialah apakah isi kandungan kurikulum pendidikan seks itu dan bagaimana ia harus diajarkan.

Pendidikan seks yang semata-mata mengajar remaja tentang aspek biologikal dan cara-cara untuk mengadakan hubungan seks yang selamat tidak begitu berkesan dalam membendung masalah ini. Menurut konvensyen anjuran ISM ini, ada kajian menunjukkan bertambahnya perlakuan seksual di kalangan remaja yang mendapat pendedahan tentang pendidikan seks pada umur yang muda. Remaja terus melakukan hubungan seks dengan perlindungan seperti kondom, pil kontraseptif dan sebagainya yang kerap kali tidak menjamin keselamatan mereka sepenuhnya. Negara-negara seperti Britain dan Amerika Syarikat yang memberi pendidikan seks kini semakin dilanda masalah yang dibawa oleh amalan seks bebas di kalangan remaja mereka.

Dalam kes sumbang mahram pula, ia dikaitkan dengan pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga iaitu perkahwinan sesama sendiri yang ditegah atau dari segi konteks Islamnya muhrim atau mahram. Antara langkah yang boleh diambil untuk membendung kejadian sumbang mahram daripada berleluasa ialah dengan memberikan kemahiran keibubapaan secukupnya untuk pasangan suami isteri, memberikan pendidikan seks di sekolah yang memberi penekanan kepada bahagian badan, penjagaannya, pengawalannya dan mengenali batas perhubungan di antara lelaki dan wanita.  Selain itu, ajaran agama yang kukuh perlu dipraktikkan di kalangan anggota keluarga terutama tentang nilai-nilai kehidupan yang patut diikuti selain mengadakan pusat rujukan khidmat keluarga yang berterusan.

Bak kata Najib, umumnya selama ini kita memberikan tumpuan kepada pembangunan bersifat fizikal dan kewangan. Kita berasa puas hati apabila sesuatu projek serta program pembangunan dilaksanakan dan apabila dilaporkan, peruntukan 100 peratus dibelanjakan. Sebaliknya, jarang dibuat perkiraan dan penilaian dari segi kesan sosial sejauh mana ia memberikan kesan ke atas kesejahteraan sosial. Di sinilah letaknya ruang bagi perancang sama ada dari aspek agama, psikologikal, fizikal, ekonomi ataupun sosial memainkan peranan mereka sebagai `jurutera' dan `arkitek' pembangunan semasa dengan menggariskan panduan dasar, strategi dan program yang perlu dan sesuai dijalankan.


Oleh: ZULKIFLI JALIL (Wartawan Utusan)
Utusan Malaysia
20 Mac 2006

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN KAD KREDIT

Tanpa disedari, kad kredit atau 'kad plastik' kian menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian. Kita bukan sahaja dapat membeli barangan keperluan harian atau barangan impian dengan sekelip mata, malah juga berpeluang membayarnya pada akhir bulan dan boleh membayar dengan amaun yang minimum iaitu lima peratus daripada jumlah keseluruhan hutang. Walau apa pun yang dikatakan tentang itu atau sekadar untuk menyedapkan hati, soal pinjaman, pembelian atau wang yang digunakan dengan kad kredit tetap dipanggil hutang. Oleh itu, apabila seseorang mencatatkan bajet bulanan atau merancang kewangan bulanan dan tahunan, amaun yang diambil daripada kad kredit akan dimasukkan ke dalam bahagian hutang.

Dalam keadaan ekonomi lembap yang bukan sahaja dihadapi di negara ini bahkan di seluruh dunia, anda hendaklah bijak menahan nafsu ketika membeli-belah. Apatah lagi apabila ingin membayarnya dengan menggunakan kad kredit. Paling penting, anda seharusnya memahami kebaikan dan keburukan kad kredit yang dibawa bersama di dalam dompet walau ke mana anda berada. Tujuannya, agar anda dapat memahami segala informasi dan tahu mengguna dan mengurusnya dengan baik.

Kebaikan dan keburukan kad kredit

Terdapat beberapa kebaikan atau faedah apabila seseorang mempunyai kad kredit. Faedah paling ketara ialah apabila kita menghadapi kecemasan. Contohnya, anda atau ahli keluarga sakit tenat pada waktu tengah malam, dan perlu dimasukkan ke hospital. Pada saat itu juga, anda tidak menyimpan wang dengan jumlah yang banyak di rumah. Tetapi apabila anda mempunyai kad kredit, masalah kemasukan ke wad dapat diselesaikan dengan sempurna. Bukan itu sahaja, disebabkan persaingan yang mendadak di antara bank-bank dan institusi kewangan, anda sebagai pengguna sememangnya beruntung kerana setiap kali ingin membuat pembelian atau pembayaran melalui kad kredit, anda juga dapat insentif atau perangsang. Di antaranya ialah ganjaran-ganjaran yang hebat daripada barangan elektrik sehinggalah baucer untuk percutian di dalam atau luar negara dan sebagainya. Satu lagi faedah yang dapat membantu anda pada waktu mencabar ini adalah dengan menggunakan kad kredit yang ditawarkan pada kadar faedah yang rendah dan kadar faedah sifar (0% interest). Hanya satu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan, iaitu apabila kadar faedah rendah atau kadar faedah sifar telah ditawarkan, bayaran balik terhad kepada enam bulan, 12 bulan atau 18 bulan dengan jumlah bayaran ansuran telah ditetapkan.

Dalam kebaikan ada keburukannya. Apabila api itu kecil, ia akan menjadi kawan, apabila api menjadi besar, ia akan menjadi lawan. Begitu juga dengan penggunaan kad kredit. Apa yang penting ialah sebagai pengguna, baik pengguna yang baru ataupun yang lama, anda hendaklah mengetahui cara penggunaannya. Cara itu akan mendatangkan kebaikan kepada anda dan bukan menjahanamkan diri anda dan keluarga. Oleh itu, sebelum dilanda masalah besar, anda sebaik-baiknya mempelajari beberapa perkara mudah yang dapat membantu anda mengurus kad kredit. Kalau diberikan pilihan di antara kad kredit dan kad debit, pilihlah kad debit. Ini kerana, setiap kali anda membuat pembelian atau pembayaran, jumlah keseluruhan yang perlu dibayar pada hujung bulan akan ditolak daripada akaun simpanan atau semasa. Oleh itu, anda akan selalu berfikir sebelum membuat pembelian kerana anda tidak ingin semua wang yang disimpan itu habis ditolak pada hujung bulan.

Satu lagi cara terbaik untuk menyelesaikan masalah menyalahgunakan kad kredit adalah jangan sesekali menggunakannya. Walaupun bukan satu perkara yang realistik untuk kebanyakan orang tetapi jika anda tidak mempunyai kad kredit, anda dapat mendisiplinkan diri dan komitmen terhadap diri serta keluarga. Nasihat saya kepada pengguna kad kredit yang baru terutama mereka yang baru memulakan alam pekerjaan ialah sebelum menggunakan kad kredit, baca dan fahamilah kontrak yang dihantar dengan kad kredit. Sekiranya masih was-was, jangan malu dan segan, pergilah berjumpa dengan wakil bank atau institusi kewangan dan dapatkan penjelasan dengan terperinci. Jangan lupa, sebaik-baiknya apabila anda mula menggunakan kad kredit, perkara terbaik yang harus dilakukan adalah dengan membayar jumlah keseluruhan secara penuh pada setiap hujung bulan.

Katakan, anda tidak dapat membayarnya secara penuh, anda harus sedar bahawa bakinya akan dikenakan faedah sebanyak 18 peratus setahun atau 1.5 peratus sebulan. Kebanyakan bank dan institusi kewangan membenarkan anda membayar jumlah sebanyak lima peratus kadar minimum daripada jumlah keseluruhan. Apabila membuat pembayaran, cubalah sedaya upaya membayarnya lebih daripada lima peratus kerana ini akan mengurangkan lagi faedah yang akan dikenakan ke atas baki bulan hadapan. Dalam mendapatkan kesenangan dan kenikmatan hidup untuk hari ini dan esok, janganlah menyalahgunakan segala peluang yang boleh didapati di bank-bank tempatan dan institusi kewangan. Marilah kita menjadi seorang insan yang bijak dalam menguruskan wang.

TATABAHASA


KAJIAN TATABAHASA


1. Morfologi
2. Sintaksis

KATA DUA MORFEM

1. Warganegara (warga + negara)
2. Gemilang (gilang + sisipan em)

PERBEZAAN KATA DAN MORFEM

1. Semua kata bersifat bebas
2. Morfem terbahagi kepada 2 iaitu morfem bebas dan morfem terikat

KAJIAN MORFOLOGI

1. Bentuk kata
2. Struktur kata
3. Golongan kata

BENTUK DASAR MEMBENTUK KATA

1. Akar kata
2. Kata akar
3. Frasa

SINTAKSIS

1. Bidang linguistik yang mengkaji pembinaan ayat

FRASA NAMA

1. Konstituen subjek dalam ayat dasar

RAGAM AYAT

1. Ayat pasif
2. Ayat aktif

FONOLOGI

VOKAL DEPAN LUAS [ a ]

1. Depan lidah direndahkan serendah-rendahnya
2. Lelangit lembut diangkat untuk menutupi rongga hidung
3. Udara keluar tanpa sekatan
4. Pita suara bergetar
5. Bibir terhampar

BUNYI KONSONAN

1. Ada bunyi konsonan bersuara dan ada yang tidak bersuara
2. Udara mengalami halangan semasa menghasilkannya
3. Konsonan sengauan semua bunyi bersuara
4. Konsonan letupan, udara dilepaskan serta merta
5. Konsonan letusan, udara dilepaskan pelahan-lahan

POLA KESELARASAN VOKAL

1. Hanya melibatkan kata dasar asli Bahasa Melayu
2. Tidak melibatkan kata berimbuhan
3. Keselarasan vokal berlaku antara suku kara praakhir dengan suku kata akhir
4. Suku kata akhir haruslah suku kata tertutup. (berakhir dengan konsonan)

GESERAN BIBIR GIGI BERSUARA [ v ]

1. Bibir bawah dirapatkan ke gigi atas supaya membuat sempitan
2. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang rongga tekak
3. Udara dibiarkan bergeser keluar dari daerah rapatan bibir bawah dan gigi atas
4. Pita suara bergetar

TANDA BACA SEMPANG ( - )

1. Digunakan untuk menulis kata ganda
2. Digunakan untuk menjelaskan kata dan ungkapan
3. Digunakan untuk merangkaikan huruf besar dengan huruf kecil

FONOLOGI

PENDEKATAN BIDANG FONETIK

1. Pendekatan pendengaran
2. Pendekatan penyebutan
3. Pendekatan akustik

SUKU KATA PRAAKHIR TERBUKA

1. Tembikai (Tem + bi + kai)
2. Nahhoda (Nah + ho + da)

FONEMIK

1. Menganalisis fonem dalam sesuatu bahasa
2. Menghasilkan sistem ejaan

UNSUR KEPANJANGAN

1. Unsur bunyi yang tidak bersifat penggalan

PASANGAN TERKECIL BERKONTRAS

1. Enak - Onak
2. Pilu - Ngilu

ALOFON

1. Varian fonem yang berdasarkan kedudukan

DIFTONG PADA SUKU KATA AKHIR KATA

1. Baloi (Ba + loi)
2. Kelembai (Ke + lem + bai)

VOKAL BAHASA MELAYU

1. Terdapat tiga vokal depan asli bahasa Melayu
2. Semua bunyi vokal ialah bunyi bersuara
3. Vokal tengah dilambangkan dengan huruf e-pepet

VOKAL BELAKANG SEMPIT [ u ]

1. Belakang lidah diangkat ke arah lelangit lembut tetapi tidak menyentuhnya
2. Lelangit lembut diangkat rapat ke belakang tekak dan menutup rongga hidung
3. Udara dikeluarkan dari paru-paru melalui rongga mulut tanpa sekatan
4. Pita suara bergetar
5. Bibir berada dalam keadaan bundar

CARA PENGELUARAN BUNYI VOKAL

1. Pita suara bergetar
2. Udara keluar tanpa sekatan
3. Vokal depan - bibir terhampar
4. Vokal belakang - bibir bundar

BUNYI DIFTONG

1. Satu puncak kelantangan
2. Satu suku kata
3. Satu hembusan nafas
4. Dieja dengan gabungan dua huruf vokal
5. Pita suara bergetar