JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



19 Oktober 2010

MEMANTAPKAN ILMU TATABAHASA ASPEK SINTAKSIS


AYAT 1
Anak angkat yang dipeliharanya sudah pun berumah tangga

PENERANGAN
Ayat di atas ialah Ayat Penyata. Ayat penyata berperanan untuk menyatakan sesuatu. Ayat penyata juga dinamakan ayat berita atau ayat keterangan.

AYAT 2
Buah manggis itu kurang baik isinya

PENERANGAN
Ayat di atas ialah ayat yang menggunakan frasa adjektif frasa perbandingan.

AYAT 3
Orang yang berjuang menentang Malayan Union dahulu itu telah diberi penghormatan.

PENERANGAN
Kata "yang" dalam ayat di atas ialah penanda ayat pancangan relatif kerana "yang" ialah kata hubung pancangan relatif.

AYAT 4
Putih kuning menawan hati

PENERANGAN
Ayat di atas menunjukkan frasa adjektif yang berfungsi sebagai subjek iaitu frasa "putih kuning".

AYAT 5
1. Keluarganya ke rumah sepupunya.
2. Yang kecil di dalam rumah.

PENERANGAN
Kedua-dua ayat di atas merupakan pola ayat dasar yang menggunakan pola "Kata Nama + Kata Sendi Nama". Perkataan "keluarganya" dan "rumah" ialah frasa nama manakala "ke rumah" dan "di dalam" adalah frasa sendi nama.

AYAT 6
Sebelum keluar mendapatkan ibunya yang sedang menunggu di tepi jalan itu, dia pergi ke bank untuk mengeluarkan wang.

PENERANGAN
Klausa utama atau klausa bebas bagi ayat di atas ialah "dia pergi ke bank". Klausa utama atau klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri dengan sendiri untuk menjadi ayat yang lengkap.

AYAT 7
Semua orang perlu berusaha bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan dan menikmati kehidupan yang senang.

PENERANGAN
Ayat majmuk pancangan di atas ialah ayat majmuk pancangan keterangan keterangan harapan.

Tiada ulasan: