JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



23 Julai 2023

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2) STPM : KATA GANDA BERENTAK

Kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. 

Bentuk kata ganda yang diulang itu disebut sebagai kata dasar, manakala bentuk ulangannya disebut sebagai gandaan.

Bentuk dasar terletak di hadapan manakala gandaannya terletak selepasnya. 

Kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:

(a)    Kata ganda penuh 

(b)    Kata ganda semu

(c)    Kata ganda separa

(d)    Kata ganda berentak

Slaid PdP yang saya kongsikan di bawah hanya untuk kata ganda berentak. Perkongsian ini saya lakukan dengan iklhas kerana ada permintaan daripada beberapa orang guru yang memberitahu pelajar sukar membezakan:

(a)     Penggandaan berentak pengulangan vokal

(b)     Penggandaan berentak pengulangan konsonan

(c)     Penggandaan berentak bebas

(d)     Penggandaan bersisipan

BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2) STPM : ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT, SLAID PDP CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN

Fredinand de Saussure telah memperkenalkan Teori Linguistik Struktural sekitar pertengahan abad ke-20 di Eropah. Berdasarkan teori ini, sesuatu bahasa itu dianalisis sebagaimana sifat atau sistem yang ada pada sesuatu bahasa itu sendiri. Dengan kata lain, pemerihalan tentang sistem bahasa itu dibuat berasaskan bahan bahasa, sama ada yang dituturkan atau ditulis oleh penutur jatinya. Teori yang dipelopori oleh Fredinand de Saussure ini melihat hubungan terdekat antara satu unsur dengan satu unsur yang lainnya dalam sesuatu binaan yang lebih kecil, iaitu sama ada dalam binaan frasa atau klausanya. Analisis seperti ini lebih dikenali sebagai Analisis Konstituen Terdekat. 

















Slaid ini lebih mudah difahami oleh pelajar. Saya menjelaskan Analisis Konstituen Terdekat dalam bentuk grafik yang mudah difahami. Jika ada pertanyaan sila ajukan di ruangan komen. Insya-Allah saya akan menjawab semua pertanyaan dan komen yang diajukan itu. Semoga bermanfaat.