Alam persekolahan tidak akan lengkap
sekiranya kita tidak mahu melibatkan diri dalam apa-apa jua aktiviti kokurikulum di
sekolah. Alangkah ruginya kita jika hanya sekadar menjadi penonton kepada beberapa aktiviti kokurikulum yang melibatkan rakan-rakan kita. Kenapa kita tidak mahu menjadi seperti mereka? Saya percaya niat untuk mewakili sekolah dalam pertandingan perbahasan, tarian, nyanyian, kawat kaki, bicara berirama memang ada dalam jiwa setiap pelajar tetapi niat itu terhalang oleh sebab rasa MALU yang amat tebal. Rasa malu ini wujud dalam jiwa setiap manusia. Namun begitu, rasa malu untuk menunjukkan bakat dan potensi diri adalah negatif. Jika kita ada rasa malu untuk tidak merokok, ponteng sekolah, melawan guru, membuli kawan dan sebagainya, itu malu positif. Saya sifatkan kegiatan kokurikulum ini dengan bait-bait lagu Sheila
Majid yang berjudul “Jentayu”.
Jentayu, Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu, Patah paruh bertongkat siku
Jentayu, Patah siku bertongkat dagu
Jentayu, Patah dagu bertongkat kuku
Jentayu, Patah sayap bertongkat paruh
Jentayu, Patah paruh bertongkat siku
Jentayu, Patah siku bertongkat dagu
Jentayu, Patah dagu bertongkat kuku
Pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum mampu membina jati diri yang mantap dan mampu berdikari jika
berhadapan dengan apa-apa jua situasi sukar yang merintang hidup mereka ibarat
burung Jentayu dalam lirik lagu di atas. Pelajar yang aktif dalam bidang
kokurikulum merupakan pelajar yang amat beruntung kerana mereka dapat mempelajari pelbagai perkara yang berkaitan dengan kehidupan masa kini dan masa akan
datang. Mereka dapat mempertajamkan minda dan mengasah kematangan akal demi
membentuk diri menjadi insan yang berwawasan dan berguna kepada masyarakat. Nama mereka akan disanjung dan mendapat pelbagai pengiktirafan serta anugerah daripada pihak sekolah. Mereka akan dikenali dan dikagumi oleh semua pelajar dan disayangi oleh para guru serta masyarakat setempat. Nama alma meter mereka akan mengharum dan menjadi sebutan sepanjang masa.
10% MARKAH KOKURIKULUM "TALI HAYAT" UNTUK MEMASUKI IPT
Sehingga kini prasyarat kemasukkan ke
IPTA masih memerlukan 10% markah kokurikulum. Perkara ini menunjukkan betapa
pentingnya penglibatan dan pencapaian dalam bidang kokurikulum untuk memastikan
kita berjaya dalam persaingan merebut tempat di IPTA. Kecemerlangan dalam
bidang akademik bukanlah ukuran kecemerlangan total bagi setiap pelajar di negara
kita. Pencapaian dalam bidang kokurikulum turut ditekankan. Hal ini disebabkan
orang yang aktif dalam bidang kokurikulum mempunyai perwatakan yang berbeza
dengan pelajar yang pasif atau ‘ulat buku’ sepanjang meneruskan alam
persekolahannya. Saya masih ingat, semasa berada di Tingkatan 5 saya mewakili
sekolah saya dalam pertandingan Pesta Pantun anjuran Berita Harian. Kami
berjaya beraksi di pentas final di peringkat negeri. Kemudian, saya melibatkan
diri dalam pertandingan pidato piala di raja, sehingga beberapa kali menjadi
juara di peringkat Zon Sibu – Kapit pada masa itu. Sijil-sijil yang saya
peroleh daripada pertandingan tersebut amat besar maknanya sehingga kini.
Dahulu saya merupakan pelajar yang pasif dan tebal dengan rasa rendah diri.
Sifat ini menjadikan saya seorang pelajar yang pendiam dan takut melontarkan
pendapat mahupun cadangan. Saya selalu memencilkan diri apabila berada dalam satu kumpulan bersama-sama dengan pelajar lain. Guru-guru tidak mengenali saya. Kehadiran saya hanyalah ibarat melukut di tepian gantang. Ada tidak menambah, tiada tidak mengurang.
Saya berasa amat bersyukur kerana
segala rasa rendah diri itu telah hilang apabila saya melibatkan diri dalam
aktiviti pidato. Saya mula berani memberikan pendapat. Saya mula aktif menulis
di akhbar mahupun majalah. Pencapaian saya dalam subjek Bahasa Melayu semakin
meningkat. Hal ini dikatakan demikian kerana saya berusaha membuat teks pidato
sendiri dan mempersembahkan sendiri kepada audien semasa tiba hari pertandingan.
Barang kali kerana sijil kokurikulum yang banyak laluan saya dalam mana-mana
temuduga yang dihadiri amat mudah. (Jangkaaan saya sahaja). Dari seorang
pelajar pemalu, saya diberikan kepercayaan menjadi juruacara majlis dan berucap
di perhimpunan sekolah. Guru-guru dan pelajar-pelajar mula mengenali saya. Saya diberikan kepercayaan untuk menjadi Editor Majalah Sekolah, Pengerusi Persatuan, Pengerusi Badan Beruniform, Pengawas Kanan dan Ketua Tingkatan. Pencapaian saya dalam bidang akademik amat baik. Semasa Anugerah Kecemerlangan, saya menjadi pelajar terbaik subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Sastera, dan Geografi. Sijil-sijilnya masih saya simpan hingga ke hari ini. Cuma piala kemenangan yang saya peroleh lenyap menjadi debu disebabkan kebakaran.
Begitulah hebatnya kokurikulum dalam membentuk jati diri seseorang pelajar. Saya amat berterima kasih kepada para guru yang banyak membantu melatih diri saya dalam arena debat, pidato, syarahan, dan pantun. Walau bagaimanapun, saya bukanlah pelajar yang cemerlang dalam bidang sukan dan olahraga. Semasa zaman persekolahan saya memang tidak meminati bidang olahraga disebabkan saiz badan yang kecil. Saya tidak pernah mencuba dan bercita-cita menjadi olahragawan. Namun begitu, saya amat minat menonton acara sukan olahraga di televisyen. Bukan dongengan tetapi kenyataan, kini saya pula menjawat jawatan sebagai Penolong Kanan Kokurikulum! Terkadang saya tersenyum sendiri memikirkan perjalanan kerjaya saya dalam bidang perguruan. Suatu perjalanan yang amat sukar untuk diramal.

PELAJAR PONTENG KOKURIKULUM
Minggu pertama dan minggu kedua sesi
persekolahan 2017, saya selalu berhadapan dengan beberapa orang pelajar yang
tidak mahu menghadiri aktiviti kokurikululum. Pelbagai alasan dikemukakan oleh
pelajar-pelajar ini. Namun begitu, saya
telah lebih awal mengesan dan meneka alasan-alasan yang bakal diberikan oleh
golongan pelajar ponteng tersebut. Jumlah mereka tidak banyak, hanya 12 orang sahaja. Mereka akan berjalan-jalan seolah-olah mencari tempat perjumpaan. Mereka memberikan alasan tidak tahu bilik perjumpaan, tidak mengenali guru. Pada suatu pagi, saya kumpulkan mereka di tapak perhimpunan. Saya suruh mereka duduk dalam barisan. Tujuh orang pelajar perempuan dan lima orang pelajar lelaki itu saya berikan suntikan semangat dan motivasi yang dicampur sedikit dengan rasa marah dan ugutan. Saya lontarkan beberapa pertanyaan berikut:
1. Mengapakah kamu semua jauh berbeza daripada pelajar-pelajar sekolah ini?
2. Dari manakah kamu datang?
3. Apa tujuan kamu datang ke sekolah?
4. Tahukah kamu kepentingan kegiatan kokurikulum?
5. Adakah kamu mempunyai otak untuk berfikir?
6. Adakah kamu mempunyai rasa malu?
7. Adakah kamu sayang kepada ibu bapa kamu?
8. Sekarang, tutup mata kamu, sebut nama ibu, sebut nama ayah, sebutkan "saya berdosa terhadap papa dan mama kerana mengkhianati kepercayaan yang diberikan. Saya telah ponteng kegiatan kokurikulum"?
9. Adakah kamu mempunyai agama? Jika kamu pelajar yang taat kepada ajaran agama kamu tidak akan menyusahkan guru dan ibu bapa. Kamu akan rasa bersalah jika melakukan sesuatu yang dilarang begini.
10. Berjanji pada diri kamu, kamu tidak akan mengulangi kesalahan ini. Kamu mesti sedar, yang rugi tetap kamu, bukan guru, bukan ibu bapa kamu.
Saya sifatkan pelajar yang tidak aktif dalam bidang kokurikulum ini merupakan kelompok pelajar yang paling malang di dunia. Mereka gagal memanfaatkan alam persekolah diri dengan sebaik-bainya. Saya sifatkan golongan ini sebagai golongan yang menjerut leher diri sendiri. Mengapakah saya beranggapan sebegitu? Pelajar-pelajar yang tidak minat dalam aktiviti kokurikulum ini merupakan golongan yang tidak mampu berfikir secara ikhlas dan waras terdapat kehidupan mereka pada masa muka. Sesuatu dasar yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia seperti mewajibkan pelajar mengikut kegiatan kokurikulum bukanlah dasar yang sia-sia kerana manfaatnya amat besar. Kita mahu manjadikan semua sekolah di Malaysia sebagai sebuah kilang yang berkemampuan mengeluarkan produk-produk bermutu yang mendapat sambutan hangat di pasaran. Kita tidak mahu generasi yang dijana dan ditempa di sekolah terus menerus menjadi warga subsidi yang lembik fizikal dan lembik akal, sehingga nak makan pun perlu disuap. Kita mahu memanusiakan manusia melalui kegiatan kokurikulum.
"Berikan mereka pancing bagi membolehkan mereka memancing untuk mendapatkan ikan, jika kita beri ikan, lepas ikan habis, mereka minta lagi, tetapi bila kita beri pancing, mereka tidak akan minta ikan lagi. Mereka akan cari ikan sendiri,"

Kebanyakan pelajar yang bermasalah di
sekolah merupakan pelajar yang tidak aktif dalam kegiatan kokurikulum. Mereka
ibarat lauk yang tidak cukup garam. Hidup mereka rasa tawar dan hambar menyebabkan
mereka sentiasa keluh kesah melalui hari-hari di sekolah. Mereka tidak
berpengalaman menjadi pemimpin. Mereka tidak berpengalaman berkawat. Mereka
tidak berpengalaman berkhemah. Mereka tidak berpengalam membuat ikatan dan
melakukan pertolongan cemas. Kehidupan mereka sungguh bosan. Bagi menghilangkan
rasa bosan itulah mereka mula melakukan perkara-perkara yang tidak baik
sehingga menyusahkan guru dan ibu bapa. Peluang keemasan yang diberikan kepada
mereka tidak digunakan sehingga ke tahap cemerlang. Penghujungnya, pencapaian
mereka dalam kegiatan kokurikulum ibarat nyawa-nyawa ikan sahaja. Selepas itu
baru mereka sedar. Namun begitu sayang seribu kali sayang, mereka gagal
mendapatkan markah yang baik disebabkan sikap dan penampilan diri sendiri.
PILIH KEGIATAN KOKURIKULUM
Pada setiap hari Rabu, saya selalu
didatangi oleh beberapa orang pelajar yang mahu berpindah ke kegiatan
kokurikulum yang lain. Mereka ini terlalu memilih. Alasan perpindahan yang
diberikan kadang-kadang sukar diterima akal. Saya terpaksa menahan senyum
apabila pelajar mengatakan mereka tidak datang kegiatan kokurikulum kerana mereka
tidak ingat apakah aktiviti kokurikulum mereka. Saya sifatkan golongan ini
seperti seekor burung yang hanya hinggap beberapa minit pada satu dahan,
kemudian terbang ke satu dahan tanpa berasa penat dan lelah. Mereka tahu tiga
jenis aktiviti kokurikulum yang telah mereka pilih semasa hari pendaftaran.
Mereka tahu lokasi perjumpaan. Mereka kenal guru penasihat. Akan tetapi, yang
mereka tidak tahu ialah kegiatan kokurikulum merupakan pembentuk keperibadian
mula bagi seseorang. Kegiatan kokurikulum mampu mengangkat imej dan kewibawaan.
Anak-anak ku, budaya terlalu memilih kegiatan kokurilulum haruslah dinyahkan dari
hati dan nurani. Pihak sekolah telah memberikan peluang dan ruang yang terbaik
buat anda semua. Cuba ikuti perbualan saya dengan pelajar ini.
Cikgu Zul : Awak tak ikut kegiatan
kokurikulum semalam.
Pelajar 1 : Saya tidak tahu aktiviti kokurikulum saya
cikgu.
Cikgu Zul : Dah masuk minggu ke-7,
awak masih tak tahu aktiviti kk awak.
Pelajar 1: Saya betul-betul tak ingat cikgu.
Saya buka komputer untuk lihat pendaftaran aktiviti kokurikulum pelajar. Saya bacakan aktiviti kokurikulum dia.
Cikgu Zul: Ingat tak aktiviti kokurikulum awak?
Pelajar 1: Ingat cikgu.
Cikgu Zul: Apakah aktiviti Badan Beruniform awak?

Pelajar 1 : Saya ada terlibat dalam Kadet Majalah
Sekolah.
Cikgu Zul : Bukan Kadet Majalah
sekolah tetapi Kadet Remaja Sekolah.
Pelajar 1 : Terima kasih cikgu Zul
Cikgu Zul :
Sama-sama. Semoga awak berjaya. Jangan lupa lagi. Kalau lupa, saya gantung manila kad di leher awak minggu depan. (Dia angguk dan berlalu)
Konklusinya, kegiatan kokurikulum
amatlah penting bagi semua pelajar yang masih di bangku sekolah. Pelajar harus
mempunyai tiga aktiviti kokurikulum, iaitu kelab dan persatuan, sukan dan
permainan, dan Unit Badan Beruniform. Aktiviti kokurikulum ini merupakan jalan
terindah untuk kita membaiki kekurangan diri demi menjadikan diri kita sebagai insan yang
berguna kepada bangsa dan negara. Mengapakah kita harus menyorok semasa orang
lain seronok mengikuti aktiviti kokurikulum. Ingatlah, penyesalan akan datang
setelah kita gagal bukannya sebelum. Setiap aktiviti kokurikulum yang diikuti
di sekolah merupakan kegiatan yang mendatangkan banyak kemaslahatan kerana
kegiatan tersebut diiwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memanusiakan manusia.
Catatan Pendidik Bangsa
Cikgu Zulkarnain Farihin
SMK Sibu Jaya
Sibu Sarawak