JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



14 November 2010

ISU KESIHATAN : SEJUMLAH 11.3 PERATUS DARIPADA 26 JUTA RAKYAT MALAYSIA MEMPUNYAI MASALAH MENTAL

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci termasuk mengenal pasti tahap kesihatan mental suspek lelaki kes amuk menggunakan pedang samurai yang mencederakan sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki di Rumah Pangsa Alor Akar, Kubang Buaya, Kuantan, kelmarin. Naib Presidennya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata sekiranya laporan kesihatan mendapati lelaki itu menderita kerana penyakit kemurungan, Kementerian Kesihatan harus mengambil perhatian serius dengan menyebar maklumat lebih meluas mengenai sindrom itu serta langkah bagi menangani pesakit mental. Beliau berkata, kajian menunjukkan 11.3 peratus daripada 26 juta rakyat di negara ini mempunyai masalah mental dan sekiranya golongan itu tidak diberikan rawatan sempurna, dikhuatiri lebih ramai akan menjadi mangsa. 

Saya perhatikan trend jenayah dilakukan golongan itu (tertekan dan kemurungan) sering dilaporkan kebelakangan ini. Difahamkan, mereka akan bertindak ganas tanpa disedari sekiranya tidak makan ubat kerana mungkin tidak cukup wang atau lupa mengambilnya. Ahli keluarga juga perlu lebih peka dengan tahap kesihatan saudara mereka yang mempunyai masalah kemurungan dan kelihatan suka bersendirian. Nasihatkan mereka mengambil ubat pada masa ditetapkan bagi mengelak pesakit bertindak di luar kawalan, katanya kepada Berita Minggu, semalam.  Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi kelmarin, sepasang suami isteri dan seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun parah dengan ibu jari tangan kirinya hampir putus selepas ditetak dengan pedang samurai oleh seorang lelaki tidak dikenali di rumah mereka.

ISU SOSIAL : KAJIAN PROFIL MEMBACA RAKYAT MALAYSIA


Kajian Profil Membaca Rakyat Malaysia yang dilakukan 10 tahun sekali mungkin akan dipendekkan kepada lima tahun dengan kajian terbaru dijangka dilancarkan dalam tempoh terdekat, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), Datuk Raslin Abu Bakar. Beliau berkata, kajian ini dipendekkan berikutan tempoh 10 tahun adalah terlalu lama dan bergantung kepada peruntukan diterima. Katanya, kajian kali terakhir dibuat pada 2005 yang mendapati golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas kurang membaca, tetapi dalam kalangan kanak-kanak meningkat sebelum menurun apabila mereka dewasa dengan rakyat negara ini hanya membaca antara lapan hingga 12 buku setahun.

Katanya, kajian kali terakhir dibuat pada 2005 yang mendapati golongan dewasa berusia 40 tahun ke atas kurang membaca, tetapi dalam kalangan kanak-kanak meningkat sebelum menurun apabila mereka dewasa dengan rakyat negara ini hanya membaca antara lapan hingga 12 buku setahun. Kerajaan cuba atasi maslah ini. Golongan dewasa, terutama pekerja perlu meningkatkan pembacaan kerana mereka memerlukan banyak maklumat, katanya selepas merasmikan Pesta Buku Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) 2010 Bersama PNM di Wisma Rozali, di sini semalam.

 

PENDAPAT TOKOH : TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN


"Di samping berjuang dalam satu masyarakat majmuk dan muhibah, kerajaan tidak lupa akan sifat-sifat KeMalaysiaan. Antara nilai penting yang menjadi teras kita dan perlu diterapkan pada setiap rakyat ialah hormat-menghormati antara satu sama lain, mengamal budi bahasa dan menterjemahkannya menerusi 1Malaysia,"

"Marilah kita iktiraf hak-hak kaum Malaysia dengan baik. Walaupun rakyat keturunan India yang mungkin bilangan sekitar 10 peratus daripada populasi, kita beri sokongan dan galakan kepada mereka. Begitu juga masyarakat Tionghoa, Melayu, bumiputera lain, kita harus mengakui, mencintai semua budaya serta menghormati semua agama. Kita tidak boleh berjaya kalau tak bertanggungjawab menjalankan usaha bersama," 

"Menghormati dan kunjung-mengunjung ke rumah terbuka adalah salah satu amalan menyatukan rakyat. Apabila kerajaan menganjurkan rumah terbuka secara besar-besaran, ia bermakna kita memberikan penghargaan kepada setiap kaum. Kalaulah ada antara orang yang cuba halang perpaduan maka kita anggap mereka adalah golongan yang tidak berpandangan jauh," 

Ucapan perasmian 
Rumah Terbuka Malaysia 
sempena perayaan Deepavali 2010 
Taman Keladi,Kedah

"Setiap negara serta rantau di dunia perlu mendukung tiga prinsip penting dalam pembangunan masing-masing iaitu mewujudkan pentadbiran kerajaan yang baik, masyarakat berdedikasi serta rakyat yang bersatu padu."

"Dalam kes Malaysia, konsep 1Malaysia menunjukkan rakyat berbilang bangsa, agama dan budaya boleh hidup dalam keadaan yang harmoni. Pemahaman sebegini membolehkan para pemuda dan pemudi seperti anda untuk kekal berhubung di antara satu sama lain seterusnya mewujudkan keamanan serta kesejahteraan di antara negara kita semua," 

Ucapan menyambut ketibaan 
319 belia dari Jepun dan 10 negara Asia Tenggara 
yang terlibat dalam Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) Ke-37

ISU SOSIAL : IBU BAPA PALING RAMAI JADI KAKI DERA ANAK SENDIRI

Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sebanyak 1,010 laporan kes dera terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan 808 kejadian melibatkan ibu bapa mendera anak sendiri. Jumlah itu bermakna setiap hari lapan orang kanak-kanak menjadi mangsa kes seperti penderaan fizikal, emosi, seksual, sumbang mahram dan buang bayi. Daripada angka yang dilaporkan, saudara-mara mangsa juga banyak terlibat dengan laporan 270 kes diikuti dengan teman lelaki si ibu (270). Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kecenderungan masyarakat bertindak kejam terhadap kanak-kanak sudah sampai ke tahap membimbangkan. Ahli keluarga adalah golongan yang paling banyak mendera sedangkan mereka sepatutnya memberikan perlindungan kepada kanak-kanak. Oleh itu, kementerian berkenaan telah mewujudkan talian kanak-kanak Childline dengan menggunakan talian 15999. Shahrizat berkata, talian itu disatukan dengan talian Nur yang sudah wujud sebelum ini dengan mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal dan ia beroperasi 24 jam sehari.