I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
27 Julai 2023
23 Julai 2023
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2) STPM : KATA GANDA BERENTAK
Kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Bentuk kata ganda yang diulang itu disebut sebagai kata dasar, manakala bentuk ulangannya disebut sebagai gandaan.
Bentuk dasar terletak di hadapan manakala gandaannya terletak selepasnya.
Kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
(a) Kata ganda penuh
(b) Kata ganda semu
(c) Kata ganda separa
(d) Kata ganda berentak
Slaid PdP yang saya kongsikan di bawah hanya untuk kata ganda berentak. Perkongsian ini saya lakukan dengan iklhas kerana ada permintaan daripada beberapa orang guru yang memberitahu pelajar sukar membezakan:
(a) Penggandaan berentak pengulangan vokal
(b) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
(c) Penggandaan berentak bebas
(d) Penggandaan bersisipan


































