Bagi saya, bukan sahaja pelajar yang perlu mengucapkan "Selamat pagi", guru sendiri juga harus mengucapkan salam sebelum disambut dengan ucapan "selamat pagi" daripada para pelajar-pelajar beliau. Amalan itu akan menjadikan proses kita mendidik pelajar berhemah dan berbudi bahasa akan lebih mudah.
I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
17 Mei 2010
PANDANGAN CIKGU ZUL : PERLU KE UCAPAN "SELAMAT PAGI CIKGU"
Bagi saya, bukan sahaja pelajar yang perlu mengucapkan "Selamat pagi", guru sendiri juga harus mengucapkan salam sebelum disambut dengan ucapan "selamat pagi" daripada para pelajar-pelajar beliau. Amalan itu akan menjadikan proses kita mendidik pelajar berhemah dan berbudi bahasa akan lebih mudah.
PENDAPAT CIKGU ZUL : PANDANGAN MASYARAKAT TENTANG PROFESION PERGURUAN
Memang ada yang berpandangan negatif terhadap kerjaya kita, biarkanlah kerana lambat laun akan terimbas juga diingatannya bahawa guru ini jua yang mendidik dia mengenal huruf sehingga berjaya. Kita tak perlu sedarkan masyarakat supaya menghormati kita kerana penghormatan terhadap kita akan datang jua apabila tiba masanya. Dia akan menoleh kenangan di waktu persekolahannya yang lampau dimana wajah guru-gurunya akan tertayang satu persatu, maka pada ketika itu dia akan sedar bahawa keringat, doa dan air mata guru itulah yang banyak berjasa kepadanya.
PENDAPAT CIKGU ZUL : GURU LAMA VS GURU BARU
Zaman berubah dan musim pun berbunga, tahun demi tahun saya semakin matang dan kini setelah 13 tahun berkhidmat di sini saya sudah pandai menyesuaikan diri dengan guru-guru dan para pelajar. Hidup saya terasa indah dan bahagia. Sesekali saya memerhatikan guru-guru baru dari jauh dan ada ketika saya sengaja bertanya mengenai pengalaman mereka bersosialisasi sesama guru. Kebanyakannya memberikan reaksi yang hampir sama dengan alasan saya dahulu. Konklusinya, saya memohon guru-guru lama silalah beri pertolongan kepada guru-guru baru dan begitulah sebaliknya. Jangan sisihkan dan biarkan mereka dengan dunia mereka sendiri. Sebagai guru lama kita hendaklah merendah diri tanpa kerugian apa dengan bertanya khabar atau beramah mesra dengan guru yang lain
JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN SEORANG KAWAN YANG SOMBONG "UNTUNGKAH JADI CIKGU?"
PANDANGAN CIKGU ZUL : Isu Pengabaian Pelajaran dalam Kalangan Pelajar: Peranan Ibu Bapa, Guru, dan Cabaran Semasa
Isu pelajar yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran bukanlah sesuatu yang baharu dalam sistem pendidikan negara. Fenomena ini berlaku di sekolah rendah mahupun menengah, di sekolah berasrama penuh mahupun sekolah harian biasa, bahkan hingga ke sekolah teknik sekalipun. Semua guru, tanpa mengira lokasi, pasti berhadapan dengan cabaran yang sama. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM, 2023), tahap motivasi pelajar terhadap pembelajaran semakin merosot terutamanya selepas pandemik COVID-19 apabila pelajar lebih selesa dengan gajet dan hiburan digital berbanding buku. Maka, isu ini perlu dianalisis daripada aspek punca dan cara penyelesaiannya.
Peranan Ibu Bapa sebagai Punca Utama
Punca pertama yang sering dikaitkan dengan masalah ini ialah kurangnya peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ibu bapa ialah individu paling dekat dengan anak-anak, dan seharusnya menerapkan nilai serta budaya belajar sejak kecil. Namun, keadaan masyarakat moden yang terlalu sibuk dengan urusan pekerjaan menyebabkan ibu bapa lebih banyak memberikan nasihat berbentuk lisan semata-mata tanpa pemantauan berterusan. Menurut kajian Universiti Malaya (2022), 67% ibu bapa mengaku tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyemak kerja rumah anak-anak. Hal ini akhirnya mewujudkan jurang antara anak-anak dan ibu bapa, lalu anak-anak leka dibuai permainan teknologi moden yang semakin meluas di pasaran.
Lebih membimbangkan, sebilangan pelajar yang hidup dalam kemewahan kurang memahami kesusahan hidup tanpa pendidikan. Mereka beranggapan kejayaan tidak semestinya bergantung pada pelajaran, lalu sikap sambil lewa ini menjadi budaya. Bagi anak-anak pedalaman pula, kesedaran tentang pentingnya pendidikan juga amat rendah kerana mereka dikelilingi masyarakat yang tidak berdaya saing. Jelaslah, faktor pendidikan keluarga dan kesedaran ibu bapa amat menentukan sikap anak-anak terhadap pelajaran.
Sindrom Malas dan Fenomena Bercinta
Punca kedua yang sering menjerat pelajar ialah sindrom malas yang keterlaluan. Penyakit ini tidak mengenal bangsa atau latar belakang, malah lebih membarah dalam kalangan pelajar pedalaman yang kurang dorongan serta galakan daripada ibu bapa. Sebagai contoh, pengalaman mengajar di sekolah pedalaman seperti SMK Katibas, Song, Sarawak, menunjukkan bahawa masalah utama pelajar bukan sahaja kurang berminat dengan pelajaran, malah lebih cenderung kepada fenomena percintaan remaja. Kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES, 2021) mendapati 42% pelajar menengah atas mengaku hubungan percintaan mereka menjejaskan fokus terhadap akademik. Fenomena ini menuntut kreativiti dan inovasi guru kerana golongan pelajar ini lazimnya daif dari segi ilmu pengetahuan serta tidak berpandangan jauh.
Namun, situasi ini tidak hanya berlaku di pedalaman, bahkan pelajar bandar turut berdepan cabaran sama, cuma gaya dan caranya berbeza. Di bandar, pengaruh media sosial, hiburan digital, serta budaya hedonisme menyebabkan pelajar lebih banyak membuang masa. Sementara itu, di pedalaman, budaya konvensional dan kekurangan pendedahan kepada kepentingan pendidikan pula menjadi penghalang.
Cabaran Guru dalam Era Globalisasi
Secara keseluruhan, pelajar masa kini sangat mencabar untuk dididik, sejajar dengan perkembangan arus globalisasi. Guru bukan sahaja berperanan menyampaikan ilmu, tetapi juga membentuk akhlak dan disiplin. Tekanan kerja guru semakin meningkat dengan pelaksanaan kurikulum yang berasaskan pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) yang memerlukan pendekatan lebih interaktif dan kreatif. Walaupun begitu, tugas guru tetap harus dilakukan dengan penuh amanah dan keikhlasan.
Menurut UNESCO (2022), peranan guru semakin kompleks kerana mereka kini perlu berfungsi bukan sahaja sebagai pendidik, tetapi juga kaunselor, pembimbing, dan agen perubahan sosial. Maka, guru perlu tabah meskipun berdepan pelbagai cabaran seperti pelajar yang malas, tidak bermotivasi, atau terlalu sibuk dengan hal peribadi.
Kesimpulan
Kesimpulannya, isu pelajar yang mengabaikan pelajaran berpunca daripada peranan ibu bapa yang kurang berkesan, sindrom malas, fenomena percintaan, serta pengaruh persekitaran. Semua ini menuntut usaha bersama antara pihak sekolah, ibu bapa, dan masyarakat. Guru perlu terus berusaha mendidik dengan penuh dedikasi walaupun jiwa terluka, kerana tugas guru ialah menyampaikan ilmu. Jika segala usaha sudah dijalankan dengan sebaik-baiknya, guru tidak perlu berasa bersalah. Percayalah, suatu masa nanti pelajar yang leka hari ini akan menyedari kepentingan ilmu dan kembali menghargai guru mereka.
PANDANGAN CIKGU ZUL : MURID MEWAH, GURU PAPA KEDANA
PANDANGAN CIKGU ZUL TENTANG KEPENTINGAN PTK DAN LNPT
Ada segelintir guru yang mengambil mudah dan buat tak kisah dengan perkara ini nampu percayalah jika anda bertanya kepada guru-guru yang sudah lama menceburi kerjaya perguruan barangkali pendapat yang sama juga akan diutarakan. Konklusinya, kedua-dua aspek ini tidak boleh dipandang remeh salah satu daripadanya. Cuma, dalam pemberian markah LNPT kadang-kadang mencetuskan kontroversi apabila ada guru yang diberi markah dalamn lingkungan 70% keatas dan kurang daripada 85%.
Penilai pertama dan penilai kedua harus jujur dan amanah serta telus dalam hal ini kerana kesilapan kita menilai seseorang pegawai boleh menjejaskan kenaikan pangkat pegawai tersebut. Contohnya, pegawai DG41 yang memohon "time base" atau "Guru Cemerlang" diminta mengemukakan markah LNPT 3 tahun kebelakangan. Maknanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan markah LNPT beliau mestilah melebihi 85% (90% ke atas lebih baik - berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh mereka yang berkaitan).
Walau bagaimanapun, pendapat saya ini berdasarkan persepsi saya yang diperoleh daripada pembacaan, perbualan dan pengalaman sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan seperti cikgu-cikgu sekalian.
HASIL KARYAKU: SEMPENA HARI GURU YANG KESEKIAN KALINYA INI
sudikah kiranya kau berkongsi rasa
merasai kepahitan yang kutelan
memikul beban tugas yang kupikul
mengusung tomahan dan cacian yang kau lempar
agar tiada lagi tawar menawar
moga tiada lagi acu mencacu
kerana aku sudah tidak tahan
melayan kerenah dan kehendakmu
yang mendesak dan mengasak
sampai patah tulang-tulang rajinku
sempena hari guru yang kesekian kalinya ini
relakan kiranya andai kau dan aku berkongsi cerita
supaya kita dapat membuat pengklasifikasian
cerita kaukah yang lebih sedih
atau cerita aku yang penuh dengan duka berganda
siapa pula di antara kita berdua
yang bisa menitiskan mutiara berharga
di penghujung cerita yang dicerita
kerana selama ini
kau sebenarnya tidak pernah menyelam
merasai asam garam
duniaku dan kehidupanku
sempena hari guru yang kesekian kalinya ini
mahukah andainya kau berubah
mengubah persepsi dan pandangan salah
pada kerja muliaku ini
agar kau tidak lagi bersusah payah
menulis di akhbar arus perdana
turun naik mahkamah
atau menjerit-jerit di kedai kopi
tentang diriku dan duniaku ini
kerana bagiku
kau tidak kenal asal usulmu
setelah terlalu tinggi mendaki
kau lupa
bahawa akulah yang membentukmu!
Nukilan
Cikgu Zulkarnain Farihin
15 Mei 2010
SEMPENA HARI GURU YANG DIBERKATI INI
Saat yang paling membahagiakan apabila anak-anak didik yang berjaya mulai menyapa, mengirim khabar dan mengutus berita dari seluruh pelusuk dunia. Terasa diri ini amat disayangi dan dihormati. Yang dekat pula selalu memberi nasihat dan teguran supaya diri ini sentiasa menjaga kesihatan agar dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Itulah gelagat pelajar-pelajar yang tidak terhitung jumlahnya. Apabila usia semakin senja, pelajar-pelajar ku pula semakin dewasa dan banyak yang berjaya. Kadang-kadang apabila mahu berurusan di pelbagai jabatan, ada sahaja tangan yang menghuluran bantuan dengan sapaan yang penuh sopan. Terpaku aku sejenak, andai aku ini bukan guru, apakah layanan itu akan aku rasai dan nikmati? Mungkin ya dan mungkin juga tidak kerana masyarakat sekrang terlalu invidualistik.
Kadang-kadang layarku dihempas tiupan angin sampai patah dan berterbangan. Kadang-kadang dayungku dihempas ombak ganas sehingga tenggelam ke dasar lautan. Ada ketikanya pula, perahu kesabaranku terhuyung-hayang dipukul gelombang sehingga terdampar kesepian di pantai keikhlasan. Ku anggap semua ini ujian untuk dijadikan perhiasan perjalanan hidup seorang pendidik. Pada suatu ketika pula, rasa gembira dan ceria sampai menjangkau angkasa. Kebahagiaan dan kesejahteraan mewangi dan berseri pada setiap masa. Itulah dunia yang kurasa sepanjang menjadi guru.
Guru Pembina Negara Bangsa
Kalau kita meratapi dan melaung sana sini untuk diagung-agungkan suara kita makin lama makin memuakkan dan kerenah kita semakin membosankan. Realitinya, guru zaman kini semakin terbela dan tidak dipinggirkan walaupun kadang-kadang hati kita terguris dan jiwa sesekali berasa pedis. Apabila tiba masanya kita pasti akan merasai indahnya dunia perguruan tetapi kita kena ada kebolehan, potensi dan berdaya saing kerana dalam dunia perguruan ini selain daripada polis dan askar, kitalah merupakan golongan yang terbanyak. Tempat kita bertugas pula bertaburan di seluruh pelusuk empat penjuru Malaysia yang tercinta ini. Dengan bilangan sekolah melebihi 10, 000 buah dan bilangan guru pula mencecah melebihi 300, 000 orang mustahil untuk kerajaan menyediakan pembantu atau setiausaha untuk mereka yang berada pada gred DG48 dan DG52 ke atas. Jika dibuat analisis, gurulah golongan pejawat awam yang terbanyak diberikan kenaikan pangkat ke DG44 dan ke atas.

