Kemiskinan bukanlah hari tanpa makanan tetapi hari tanpa pemikiran. When educating the mind of our youth, we must not forget to educated their hearts. Mendidik adalah tanggungjawab setiap orang terdidik. Ertinya, kanak-kanak yang tidak terdidik di negara ini adalah dosa setiap orang terdidik yang dimiliki di negara ini. Anak-anak tidak berbeza. Mereka semua berpotensi. Mereka hanya dibezakan oleh keadaan.
27 Februari 2016
BM STPM PENGGAL 1 (910/3) WACANA
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
7:12:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
BAHASA MELAYU 910/3 STPM
15 Februari 2016
UNIVERSITI - INDUSTRI MEMPERKASA IPT
PROF. IR. DR. KAMAL NASHARUDDIN MUSTAPHA
Naib Canselor Universiti Tenaga Nasional
(Uniten).
Utusan Malaysia Online, 13 Februari 2016
Pada 11 November 2015, satu sidang
dialog bersama Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhubung Skim Latihan 1Malaysia
(SL1M) telah diadakan. Fokus utamanya untuk meningkatkan kolaborasi di antara
pihak universiti dan industri ke arah melahirkan graduan yang memenuhi
keperluan industri serta menyelesaikan masalah graduan tidak mendapat
pekerjaan. Universiti memainkan peranan signifikan sebagai tapak percambahan
ilmu menerusi pengajaran dan penyelidikan yang berasaskan keperluan semasa
dalam konteks pembangunan bangsa dan pembinaan negara. Fungsi utama institusi
pengajian tinggi (IPT) adalah menyediakan modal insan yang kompeten bagi
keperluan pelbagai sektor pekerjaan.
Seiring dengan pembangunan negara menuju
Wawasan 2020, universiti perlu lebih agresif memastikan aspirasi murni ini
tercapai. Bagaimana? Adakah cukup dengan melipatgandakan pengajaran dan
penyelidikan semata-mata? Jawapan kepada persoalan ini amat berkait rapat
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025,
yang akan mengubah landskap pengajian tinggi di Malaysia. Pelan ini telah
mencetuskan gelombang transformasi yang turut melibatkan industri dalam
memperkasakan kewibawaan universiti di negara ini. Isu jaringan
universiti-industri yang hangat diperkatakan kebelakangan ini adalah
bertunjangkan konsep hubungan simbiotik di antara kedua-dua entiti. Hubungan
ini diperkukuhkan menerusi kelahiran graduan serba lengkap serta mampu memacu
inovasi produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh industri. Menyedari hakikat
ini, kerajaan sentiasa mengiktiraf kepentingan universiti sebagai elemen
strategik dalam pembangunan ekonomi.
Justeru, universiti tempatan perlu lebih
proaktif mewujudkan kerjasama strategik bersama industri pada peringkat
kebangsaan, serantau dan antarabangsa. Tidak dapat disangkal lagi bahawa
kolaborasi universiti-industri merangkumi konteks yang lebih luas bukan sahaja
aktiviti pengkomersialan produk malah melibatkan aspek pembangunan kurikulum,
kerjasama pintar, penempatan bersilang (cross-fertilization) dan sidang dialog
universiti-industri. Pihak universiti boleh memperkukuhkan kerjasama dua hala
menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian
(MoA) dengan pelbagai pihak untuk membentuk satu jaringan strategik yang bukan
sahaja membentuk satu kerjasama formal universiti-industri malah membuka laluan
kepada banyak kebaikan bagi kedua-dua pihak.
Universiti sebagai pusat kecemerlangan
akademik amat bergantung kepada kerjasama strategik yang terjalin dengan
industri dalam pembentukan kurikulum pengajaran dan pembelajaran yang relevan
kepada keperluan industri. Ini akan meningkatkan kebolehpasaran graduan
tempatan.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri
Idris Jusoh pernah menyuarakan bahawa kolaborasi sebegini bukan sahaja akan
memperkukuhkan program akademik yang ditawarkan malah memastikan mahasiswa
tidak berdepan masalah mendapatkan pekerjaan sebaik sahaja menamatkan
pengajian. Dalam penggubalan kurikulum mahupun semakan semula kurikulum program
akademik yang ditawarkan, maklum balas pihak industri amat dititikberatkan.
Pihak universiti melantik Panel
Penasihat Industri bagi menilai sejauh mana program yang ditawarkan memenuhi
keperluan industri. Di Uniten misalnya, jemaah panel ini merangkumi nama-nama
yang disegani dalam agensi kerajaan dan korporat di Malaysia. Dalam sidang
penasihat yang diadakan dua kali setahun, ahli-ahli panel akan memberi input
seperti penambahan elemen ilmu semasa yang perlu diterapkan kepada silibus
kursus yang ditawarkan bagi sesuatu program akademik agar ilmu dan mentaliti
bakal graduan yang dihasilkan dapat menepati citarasa bakal majikan.
Pelantikan Profesor Adjung dalam
kalangan tokoh tersohor bidang pentadbiran awam dan korporat turut meluaskan
perspektif mahasiswa dan warga kerja akademik terhadap keperluan semasa dunia
luar menerusi sidang dialog, forum dan syarahan perdana. Usaha sebegini akan
meningkatkan kredibiliti program akademik yang ditawarkan kerana pandangan
pemegang taruh (stakeholders) sentiasa diberi perhatian utama oleh pihak universiti.
Dari sudut penyelidikan pula, kerjasama strategik universiti-industri bertitik
tolak daripada perubahan ekonomi global yang memerlukan syarikat-syarikat
korporat bergerak seiring dengan penemuan terbaru dalam setiap jurusan ilmu.
Hakikatnya, peningkatan ilmu dan pembangunan teknologi bergantung kepada
kelengkapan infrastruktur dan kepakaran penyelidikan yang terdapat di
universiti.
Kerjasama dalam bidang penyelidikan
boleh dilihat dari dua perspektif utama. Pertama, pihak industri memerlukan
platform untuk penyelidikan bersama bagi menghasilkan sesuatu produk
berteknologi tinggi. Jika diperhalusi perkara ini, kita juga boleh menyimpulkan
bahawa penglibatan industri akan menjana pendapatan universiti menerusi
ganjaran yang diperoleh daripada pemindahan hak milik paten hasil
pengkomersialan produk penyelidikan. Ini sudah pasti akan mengurangkan
kebergantungan pihak universiti terhadap pemegang taruh dalam membiayai operasi
dan penyelenggaraan makmal-makmal penyelidikan. Sebagai contoh, Uniten dengan
kerjasama TNB Research Sdn. Bhd. telah menjalankan kajian untuk
mempertingkatkan keupayaan operasi TNB dari segi pengurangan impak stesen
janakuasa terhadap alam sekitar, kualiti tenaga yang dihasilkan serta kaedah
peningkatan produktiviti stesen janakuasa.
Kedua, pihak industri kadangkala
mempunyai makmal termaju yang tersendiri tetapi tidak mempunyai kepakaran
dalaman. Justeru, industri bergantung kepada kepakaran penyelidik di universiti
bagi inovasi produk mereka manakala pihak universiti pula meraih reputasi tinggi
menerusi peningkatan jumlah dana penyelidikan. Ini bertepatan dengan model
kerjasama strategik di antara universiti, industri dan agensi-agensi kerajaan
iaitu Public-Private Research Network (PPRN) yang dilancarkan kerajaan pada
awal 2015. Tenaga pakar di universiti boleh menawarkan jalan penyelesaian atau
kaedah penambahbaikan industri berdasarkan pendekatan yang sesuai dengan
konteks perniagaan semasa. Secara tidak langsung, pihak industri mengurangkan
kebergantungan terhadap pakar runding asing dan sekali gus menjimatkan kos
bagi khidmat runding tersebut. Kolaborasi universiti-industri juga membolehkan
mobiliti kerjaya di antara kedua-dua pihak. Para pelajar boleh ditempatkan di
syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti bagi latihan industri mengikut
bidang yang dikehendaki. Sebagai contoh, TNB menawarkan tempat bagi latihan
industri untuk para pelajar Uniten menerusi program Better Brighter.
Begitu juga dengan warga kerja akademik
dan industri boleh menjalani penempatan bersilang bagi mendalami kepakaran,
mempertingkatkan keberhasilan dan mencontohi budaya prestasi tinggi. Kolaborasi
universiti-industri adalah elemen yang tidak boleh dipisahkan daripada dunia
pengajian tinggi di Malaysia. Kerjasama strategik ini bukan sahaja memanfaatkan
kedua-dua pihak bahkan masyarakat amnya menerusi inovasi produk serta
teknologi. Menyedari perubahan pantas dalam industri di era globalisasi ini,
program akademik yang ditawarkan oleh universiti haruslah relevan dengan
keperluan semasa dan perubahan dalam sesuatu lapangan industri. Hanya menerusi
jalinan kerjasama yang utuh di antara universiti dan industri akan memastikan
kelestarian kedua-dua pihak di zaman yang serba kompetitif ini.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
10:21:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
RENCANA SUMBER ILMU DAN ILHAM
BM STPM PENGGAL 2: MORFOLOGI, KATA KERJA
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
10:09:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
BAHASA MELAYU 910/2 STPM
11 Februari 2016
PESANAN CIKGU ZUL: CALON STPM, MENGULANGLAH SELAGI ADA PELUANG
Tanggal 1 Januari 2016, usia STPM baharu telah menjangkau 4 tahun. Alhamdulillah, penerimaan pelajar-pelajar dan guru-guru serta ibu bapa semakin baik. Semakin hari semakin ramai yang memahami dan mulai melihat peluang terindah apabila mengambil keputusan meneruskan pengajian di Tingkatan Enam atau Prauniversiti. Sesungguhnya, STPM Baharu membawa banyak kemaslahatan kepada para pelajar. Mereka bukan sahaja menduduki Peperiksaan STPM Penggal 1, 2, dan 3 secara percuma malahan tidak perlu membayar yuran yang mencecah angka ribuan ringgit seperti mana yang dihadapi oleh kawan-kawan yang meneruskan pengajian di kolej-kolej. Walau bagaimanapun, saya masih melihat tahap kesedaran pelajar untuk mengulang bagi membaiki keputusan masih rendah.
KENAPA PERLU MENGULANG?
Semua pelajar yang menduduki peperiksaan STPM diberi peluang untuk memperbaiki keputusan. Sebagai contohnya, jika seseorang pelajar mendapat Gred C- atau F dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kertas 1 yang diduduki semasa Penggal 1, mereka boleh mengulang subjek tersebut untuk memperbaiki keputusan. Jika kertas yang diulang mendapat Gred A, B+, B, atau B-, maka pelajar tersebut telah berjaya! Secara tidak langsung, CGPA pelajar meningkat dan peluang untuk bersaing bagi mendapat tempat di universiti semakin cerah.
BAYARAN SANGAT MAHAL?
Saya melihat pelajar-pelajar Tingkatan Enam sangat berkira jika diminta untuk mengulang. Alasan mereka bayaran berjumlah RM50.00 bagi satu mata pelajaran yang diulang amatlah mahal. Benarkah begitu? Tepuk dada tanya selera. Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, pelajar-pelajar sekarang lebih risau jika tidak cukup duit untuk menambah kredit telefon bimbit dan membeli kouta Internet. Mereka menghabiskan sekurang-kurangnya RM50.00 hingga RM200.00 sebulan untuk tujuan ini. Akan tetapi, apabila diminta membayar RM50.00 hingga RM200.00 untuk mengulang subjek yang keputusannya tidak begitu baik dalam Peperiksaan STPM mereka tidak mahu.
CUKUPLAH CIKGU, MENGULANG NANTI GAGAL, RUGI! SAYANG DUIT
Konsep sayang duit antara mengulang subjek yang gagal dalam peperiksaan dan membeli telefon bimbit yang memiliki kemudahan 3G dan 4G, ternyata salah. Pelajar sanggup berlapar dan bekerja di luar waktu persekolahan sehingga tidak cukup tidur dan tidak menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru semata-mata untuk mengumpul duit bagi membeli telefon pintar idaman hati mereka. Perkara ini amatlah mengecewakan. Untuk mengulang, pelajar cuma perlu menyediakan wang antara RM50.00 hingga RM200.00 sahaja. Jumlah sebanyak itu amatlah sedikit jika dibandingkan dengan harga sebuah telefon pintar yang mencecah RM500.00 ke atas, pelajar mampu menyediakan wang sebanyak itu! Peribahasa Melayu yang berbunyi, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih amatlah sesuai untuk golongan pelajar sebegini.
GURU RISAU, PELAJAR TIDAK PEDULI
Ramai guru Prauniversiti mengeluh dengan kerenah pelajar yang mengulang. Cikgu sanggup korbankan masa bersama dengan keluarga demi mengadakan kelas tambahan untuk membimbing pelajar yang mengulang. Malangnya, jika ada 10 orang pelajar yang mengulang, hanya 2 orang sahaja yang hadir. Yang lain, tidak hadir. Hancur dan punah harapan guru. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kesungguhan dan pengorbanan Sang Guru langsung tidak dihargai, malah hanya di pandang sebelah mata sahaja. Bagi yang taat dan berkeinginan untuk berjaya, peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, mereka berjaya. Mereka mendapat CGPA yang tinggi semasa keputusan keseluruhan diumumkan. Mereka berjaya mengikut kursus idaman mereka di universiti-universiti tempatan.
GURU RISAU, PELAJAR TIDAK PEDULI
Ramai guru Prauniversiti mengeluh dengan kerenah pelajar yang mengulang. Cikgu sanggup korbankan masa bersama dengan keluarga demi mengadakan kelas tambahan untuk membimbing pelajar yang mengulang. Malangnya, jika ada 10 orang pelajar yang mengulang, hanya 2 orang sahaja yang hadir. Yang lain, tidak hadir. Hancur dan punah harapan guru. Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan oleh mereka. Kesungguhan dan pengorbanan Sang Guru langsung tidak dihargai, malah hanya di pandang sebelah mata sahaja. Bagi yang taat dan berkeinginan untuk berjaya, peluang ini digunakan sebaik-baiknya. Alhamdulillah, mereka berjaya. Mereka mendapat CGPA yang tinggi semasa keputusan keseluruhan diumumkan. Mereka berjaya mengikut kursus idaman mereka di universiti-universiti tempatan.
MENGULANG SELAGI ADA PELUANG
Persaingan dalam dunia pekerjaan sekarang amat sengit. Pencapaian dalam bidang akademik masih lagi diambil kira oleh majikan walaupun faktor-faktor lain seperti pengalaman dan kebolehan berkomunikasi semakin dititikberatkan. Peringkat STPM merupakan peringkat persekolahan yang terakhir sebelum menjalani hidup sebagai siswa dan siswi di universiti. Semua orang berpeluang mendapat 4A. Peluang itu terbuka luas. Salah satu cara untuk meraih 4A dalam STPM adalah dengan mengulang. Kejayaan ini akan dikenang selama-lamanya sehingga ke anak cucu kita. Bukan semua orang mampu mendapat 4A dalam STPM.
JANGAN CEPAT BERPUAS HATI
Pelajar-pelajar harus mengikis budaya "Sekadar Cukup Makan" kerana budaya ini tidak membawa apa-apa makna terhadap hidup kita. Kita harus berusaha untuk melakukan yang terbaik dan ada niat yang tinggi untuk mengatasi orang lain dengan usaha dan kemampuan diri kita sendiri. Sesungguhnya, hidup ini tidak terlalu mudah. Sekiranya mahu senang, kita kenalah berusaha. Korbankan sedikit keseronokan untuk mendapat nikmat hidup yang indah bagi tahun-tahun mendatang.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
9:44:00 PTG
2 ulasan:
Reactions: |


Labels:
MOTIVASI BERSAMA CIKGU ZUL
BM STPM PENGGAL 2 : PROSES MORFOLOGI, BENTUK KATA, DAN GOLONGAN KATA
Pelajar selalu keliru tentang tiga perkara ini bukan sahaja semasa menjawab soalan peperiksaan malahan juga semasa sesi P&P di dalam kelas. Pada masa yang sama, apabila saya mengkaji soalan tahun-tahun lepas, banyak juga soalan keluar berkaitan dengan perkara yang agak asas ini.
Ralat
adalah berbeza - amat berbeza
Ralat
2. Kata terbitan
Mohon gantikan kata
"memperbesarkan" dengan kata
memperisterikan
Sebab "besar" ialah kata adjektif. Kata adjektif hanya menerima imbuhan memper-... sahaja
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
5:50:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
BAHASA MELAYU 910/2 STPM
BM STPM PENGGAL 2 : KATA AKAR DAN KATA DASAR
Saya selalu ditanya tentang perbezaan antara kata akar dan kata dasar oleh para pelajar. Walaupun semasa saya menerangkan, mereka faham tetapi apabila saya keluarkan soalan dalam peperiksaan atau ujian tentang kedua-dua jenis kata ini, masih ramai pelajar yang tidak dapat membezakannya.
Antara contoh soalan yang selalu saya kemukakan dalam peperiksaan atau ujian.
a. Berikan satu perbezaan antara kata akar dan kata dasar.
b. Berikan satu contoh bagi kata akar dan satu contoh bagi kata dasar.
c. Bina ayat menggunakan kata dasar yang terdiri daripada frasa.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
3:17:00 PTG
1 ulasan:
Reactions: |


Labels:
BAHASA MELAYU 910/2 STPM
10 Februari 2016
BM STPM PENGGAL 2 : MORFEM
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
11:12:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
BAHASA MELAYU 910/2 STPM
PEMILIK GUDANG GARAM TIDAK MEROKOK.
Pegawai : Bapak, kenapa kok Bapak tidak
merokok sama sekali?
Owner : Lhoh, memangnya kenapa?
Pegawai : Kan bapak pemilik Gudang
Garam, kenapa malah tidak merokok?
Owner : Itu di bungkus rokok kan ada
tulisannya: Merokok dapat menyebabkan kanker, penyakit jantung, impotensi,
gangguan kehamilan dan janin. Ngapain saya merokok kalo bisa jadi penyakitan.
Pegawai : Maksud Bapak?
Owner : Percuma jadi orang kaya kalo
kena kanker, penyakit jantung, apalagi impotensi.
Pegawai : Lhah, kenapa bapak bikin
pabrik rokok?
Owner : Rokok itu dibikin hanya untuk
orang orang yang NGGA BISA BACA saja..!!!
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
4:37:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
FAKTA DAN STATISTIK
09 Februari 2016
NYAMUK AEDES MEMBIAK CEPAT SEMASA CUACA PANAS
Oleh: Mohd Zin Ali, 4 Februari 2016, Berita Harian Online
Cuaca panas, kering dan suhu tinggi akibat fenomena El Nino yang
melanda negara sehingga Mac ini dikatakan menyumbang kepada peningkatan kes
demam denggi sehingga sebanyak 50 peratus. Kitaran hidup nyamuk aedes daripada
telur ke peringkat nyamuk dewasa menjadi semakin singkat, iaitu kurang daripada
tujuh hari menyebabkan populasi nyamuk meningkat. Cuaca panas turut menjadikan
nyamuk lebih aktif dan meningkatkan frekuensinya untuk menggigit mangsa selain
penyebaran virus denggi menjadi lebih luas. Kemarau akibat El Nino pula memaksa
masyarakat menakung air bagi menampung bekalan air harian, sekali gus
meningkatkan tempat pembiakan nyamuk aedes.
Salah faham punca kes meningkat Berikutan peningkatan kes demam
denggi akhir-akhir ini, kerajaan dan masyarakat saling menyalahkan antara satu
sama lain sebagai punca kes demam denggi meningkat di negara ini. Masyarakat
dikatakan gagal menjaga kebersihan, enggan bergotong-royong memusnahkan tempat
pembiakan nyamuk dan gagal memberi kerjasama ketika aktiviti semburan kabus,
manakala kerajaan didakwa gagal melakukan semburan lebih kerap untuk mengawal
nyamuk aedes. Bagaimanapun, salah faham itu sebenarnya berpunca daripada
kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai cara menangani nyamuk aedes.
Pensyarah Entemologi Perubatan di Fakulti Sains Kesihatan Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Hidayatulfathi Othman, berkata
pengetahuan mengenai nyamuk aedes adalah sangat penting untuk orang ramai
mencegah demam denggi. Beliau yang mempunyai kepakaran dalam bidang nyamuk
aedes dan mobilisasi masyarakat terhadap denggi berkata, kajian mendapati hanya
50 peratus masyarakat mengetahui mengenai nyamuk aedes berbanding 75 peratus
masyarakat tahu mengenai demam denggi. "Kita sedar mencegah adalah lebih
baik daripada berubat. Oleh itu, untuk mencegah demam denggi, kita sepatutnya
mengenali dengan lebih baik nyamuk aedes ini," katanya ketika ditemui
baru-baru ini.
Dr Hidayatulfathi berkata, nyamuk aedes terdiri daripada dua jenis,
iaitu aedes aegypti dan aedes albopictus yang sama kuat membawa virus denggi
dengan kedua-duanya menggigit pada siang hari. Aedes aegypti sangat domestik
kerana tinggal dalam rumah bersama manusia, membiak di bawah bumbung, anjung
atau tempat letak kereta serta hinggap di celah langsir dan gantungan baju,
manakala aedes albopictus tinggal di luar rumah dengan membiak di lubang pokok
atau bekas sampah yang tidak diurus baik. Nyamuk aedes perlu menghisap darah
untuk mendapatkan protein dan zat besi bagi menghasilkan telur dengan seekor
nyamuk aedes aegypti boleh bertelur antara 80 dan 200 biji, manakala aedes
albopictus boleh bertelur antara 40 dan 80 biji.
Kitar hidup nyamuk aedes dalam air adalah antara tujuh hingga lapan
hari, manakala jangka hayat nyamuk dewasa ialah antara tiga dan empat minggu
dengan seekor nyamuk mampu bertelur sebanyak lima atau enam kali. Sebenarnya,
sukar untuk mengelak daripada digigit nyamuk aedes kerana ia menggigit pada
siang hari berbanding nyamuk lain yang aktif pada waktu malam dengan orang
ramai boleh berlindung hanya menggunakan kelambu. Dr Hidayatulfathi berkata,
waktu aktif nyamuk aedes ialah antara jam 6.30 pagi hingga 8.30 pagi serta
antara jam 5.30 petang dan 8.30 malam, tetapi ia juga boleh aktif menggigit
pada waktu lain sekiranya cuaca persekitaran menyamai waktu aktifnya iaitu suhu
kurang daripada 28 darjah Celsius. Boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling
20 sen Beliau berkata, nyamuk aedes boleh bertelur dalam bekas sebesar syiling
20 sen yang mengandungi air bersih dengan telur akan melekat pada dinding bekas
di sekeliling gigi air.
Untuk membersihkan bekas pembiakan nyamuk, kita tidak boleh hanya
membuang airnya sahaja, tetapi perlu memberus dinding bekas untuk membuang
telur atau menyiram dengan air panas yang suhunya lebih 80 darjah Celsius untuk
membunuh telur. Tanpa memberus atau membunuhnya dengan air panas, telur yang
kelihatan seperti bintik tahi lalat itu boleh hidup dalam keadaan kering selama
enam hingga sembilan bulan dan boleh menetas menjadi jejentik hanya dalam masa
setengah hingga satu jam apabila terkena air.
Selain itu, Dr Hidayatulfathi berkata, nyamuk aedes mempunyai
kelebihan unik, iaitu boleh melakukan jangkitan secara transovarial selama lima
keturunan. Ia adalah keadaan di mana nyamuk dewasa akan menyimpan virus denggi
dalam ovari selepas menggigit pesakit denggi dengan setiap kali telur yang
dihasilkan akan mempunyai virus di dalamnya. Apabila telur menetas, jejentik
yang dihasilkan akan sedia ada dengan virus berkenaan dan apabila menjadi
nyamuk dewasa, ia boleh menularkan virus kepada orang lain yang sihat tanpa
perlu hisap darah orang berpenyakit dengan virus ini boleh bertahan sehingga
lima keturunan.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
11:15:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
RENCANA SUMBER ILMU DAN ILHAM
PERGOLAKAN DI LUAR NEGARA BERI KESAN KEPADA MALAYSIA
Sumber : Berita Harian Online, 6 Februari 2016
Selepas insiden pengeboman di Istanbul, Jakarta dan Charsadda,
Pakistan, beberapa minggu lalu, berlaku pula letupan bom di Kaherah serta di
Mogadishu, Somalia. Semua kejadian ini tercetus dalam negara Islam. Sedarkah
kita bahawa huru-hara sering terjadi di negara Islam apabila ada anasir yang
melaga-laga dan menyemai sikap kebencian melampau dalam kalangan umat Islam di
dalam negara itu sendiri? Apa yang kita bimbangkan bukan sahaja mereka yang
tidak bersalah akan terbunuh, tetapi nyawa rakyat Malaysia akan terancam di
negaraberisiko berlakunya peristiwa yang tidak diingini. Kita harus berterima
kasih dan bersyukur kerana sehingga hari ini, pasukan keselamatan negara masih
lagi mampu mengekalkan keamanan. Ramai warganegara Malaysia yang berada di
seberang laut seperti pelajar, pelancong, pegawai kedutaan dan peniaga.
Walaupun insiden yang disebutkan tadi berskala kecil, kebarangkalian berlakunya
peperangan besar dalam sesebuah negara atau antara beberapa negara, adalah
tidak mustahil seperti di Yaman.
Suhu politik yang semakin panas di rantau Arab meresahkan umat Islam
memandangkan setiap tahun ramai jemaah Malaysia menunaikan ibadah umrah dan
haji. Dijangkakan lebih banyak konflik akan berlaku pada tahun ini, manakala
konflik sedia ada di beberapa negara tidak menampakkan tanda penyelesaian. Jika
berlaku perkara tidak diingini di negara luar membabitkan warganegara Malaysia,
kita yakin terhadap kemampuan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis
Keselamatan Negara (MKN), Wisma Putra dan lain-lain agensi kerajaan dalam
membawa mereka pulang ke tanah air. Prestasi pasukan keselamatan Prestasi
pasukan keselamatan negara sememangnya terbukti seperti Ops Piramid pada
Februari 2011 yang berjaya membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir
menggunakan pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Namun pesawat
C-130 yang berenjin Propeller mempunyai kelemahan tertentu walaupun boleh
mendarat di kawasan tidak berturap, mampu membawa muatan pelbagai bentuk selain
penumpang dan boleh terbang dalam jarak yang jauh.
Antara kelemahan pesawat ini ialah kelajuannya rendah berbanding
pesawat berenjin jet. Malaysia khususnya TUDM perlu mempunyai pesawat strategik
berenjin jet supaya boleh diatur gerakan dengan pantas ke mana-mana lokasi
merentas benua untuk menyelamatkan warganegara Malaysia. Kedudukan geografi
Malaysia yang dipisahkan oleh Laut China Selatan juga adalah faktor utama
mengapa pesawat strategik berenjin jet diperlukan apatah lagi keadaan
keselamatan tidak menentu di perairan Timur Sabah yang bersempadan dengan
Selatan Filipina. Negara jiran Malaysia seperti Indonesia mengoperasikan
pesawat pengangkut terpakai berenjin jet, Boeing 737-500 yang dibeli dari
syarikat penerbangan Garuda, manakala Tentera Udara Republik Singapura bakal
menggunakan enam pesawat Airbus 330 MRTT (Multi-Role Transport Tanker).
Kedua-dua jenis pesawat ini asalnya adalah kapal terbang penumpang awam.
Pesawat ini juga boleh diubah untuk kegunaan lain seperti rondaan maritim,
pengisian minyak di udara, hospital bergerak, perisikan, pusat pemerintahan dan
kawalan serta lain-lain fungsi pertahanan.
Tragedi hitam MH17 menjadikan keperluan pesawat strategik sangat
perlu kerana nyawa rakyat Malaysia hilang beribu kilometer jauhnya dan kita
tidak mampu untuk melakukan sesuatu dengan cepat. Begitu juga dengan kehilangan
MH370. Operasi mencari dan menyelamat di laut luas seperti Lautan Hindi
memerlukan pesawat berkemampuan lasak untuk terbang dalam jangka waktu yang
lama. Kapal terbang aset penting Kapal terbang untuk tujuan pertahanan adalah
aset penting bagi sesebuah negara. Selain memantau ancaman musuh di luar
sempadan, pesawat udara strategik menjadi 'jambatan' utama ketika berlakunya
bencana alam yang tidak diduga.
Gempa bumi, banjir besar, tsunami dan tanah runtuh boleh berlaku
dalam sekelip mata serta memerlukan kecekapan pengurusan logistik yang disokong
oleh kepantasan pengangkutan udara. Pada 6 Januari 2016 yang lalu, negara China
menggunakan pesawat penumpang awam, China Southern Airlines (berenjin jet)
untuk mendarat di atas pulau buatan manusia di Fiery Cross Reef yang turut
dituntut oleh Filipina. Lihatlah bagaimana pesawat seperti itu digunakan untuk
tujuan strategik dan pertahanan walaupun mendapat tentangan pelbagai pihak
termasuk dari Amerika Syarikat (AS). Kepulauan Spratly diketahui dunia sebagai
salah satu titik panas yang boleh menimbulkan konflik besar kerana tuntutan
bertindih yang belum dapat diselesaikan sehingga hari ini. Rakyat Malaysia yang
kerap ke luar negara untuk tujuan perniagaan, urusan peribadi dan sebagainya
dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati serta tahu bagaimana hendak berhubung
dengan Kedutaan/Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di seberang laut.
Ini memudahkan urusan komunikasi jika berlaku sesuatu perkara yang
tidak diingini. Bagi warganegara Malaysia yang tidak ke luar negara,
sama-samalah kita menjaga keselamatan tanah air ini dengan tidak mudah melatah
apabila cepat berkongsi maklumat tidak sahih di dalam media sosial.
Keprihatinan Kerajaan Persekutuan mengenai ancaman keselamatan mutakhir ini
diterjemahkan dalam Rang Undang-Undang Majlis Keselamatan Negara 2015. Antara
fungsi utama majlis ini ialah untuk merumuskan dasar dan langkah strategik mengenai
keselamatan negara, termasuk kedaulatan, integriti wilayah, pertahanan,
kestabilan sosiopolitik, kestabilan ekonomi, sumber strategik, perpaduan negara
dan kepentingan lain yang berhubung dengan keselamatan negara. Selain itu,
majlis ini juga akan memantau pelaksanaan dasar dan langkah strategik mengenai
keselamatan negara.
Perkara 149 di dalam Perlembagaan Persekutuan
juga dengan jelas menyatakan mengenai perundangan menentang perbuatan
subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam dan sebagainya. Berita
mengenai 46 rakyat Malaysia termasuk wanita dan kanak-kanak yang menyertai
kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria sangat membimbangkan kita.
Berwaspadalah ketika melayari dan membaca maklumat di dalam media sosial.
Periksa dan teliti terjemahan al-Quran serta hadis Rasulullah SAW dengan pihak
yang berwajib agar kita tidak mudah terpesong dengan bahan tidak tulen yang
mengelirukan. Peliharalah kesejahteraan serta keamanan negara seperti termaktub
pada Perkara 1, Perlembagaan Persekutuan. Setiap minda warganegara Malaysia
adalah barisan hadapan kepada pertahanan negara kerana maklumat yang dibaca di
media sosial adalah 'lautan' yang sarat dengan pelbagai unsur termasuk sampah
dan racun yang boleh menghancurkan kedaulatan tanah air seperti yang berlaku di
Syria serta Iraq.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
11:01:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
RENCANA SUMBER ILMU DAN ILHAM
KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA, LELAKI LEBIH BANYAK DARIPADA WANITA
Sumber : Sinar Harian, 22 Disember 2015
Seramai 65 peratus daripada jumlah kes kejadian bunuh diri atau
cubaan bunuh diri di kalangan penduduk tempatan atau warganegara asing di
negara ini melibatkan golongan lelaki.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Anak Kujat berkata sehingga Oktober
2015, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46
adalah wanita. Jumlah ini merangkumi 34 orang dari bangsa Melayu, 42 kaum
India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) terdiri daripada pelbagai kaum
dan etnik. Beliau menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal yang ingin
tahu sama ada kementerian mempunyai pangkalan data cubaan bunuh diri mengikut
kaum, jantina dan umur serta apakah tindakan susulan dalam membantu mereka ini
agar tidak mengulangi perbuatan cuba bunuh diri seterusnya kembali ke jalan
yang benar.
Menurut beliau lagi, sebanyak 178 kes kejadian bunuh diri atau
cubaan untuk membunuh diri dicatatkan pada 2013 manakala 191 kes pada
2014. Jelasnya, kejadian bunuh diri
yang berlaku di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah
kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan dan masalah keluarga. Bagi
mengatasi kes bunuh diri, Masir berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)
dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog telah memberikan langkah-langkah kesedaran
seperti bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi bagi individu yang
memerlukannya. PDRM juga telah meminta ahli keluarga yang rapat untuk sentiasa
memperhatikan tingkah laku ahli keluarga mereka bagi mengelakkan daripada
sebarang perkara yang tidak diingini.
Pihak keluarga dinasihatkan jika terdapat perubahan atas tingkah
laku seperti diam diri dan gelisah untuk segera mendapatkan khidmat kaunseling
dan psikoterapi yang bertauliah di hospital ataupun di sekolah. Jelasnya, dalam sesi perjumpaan sedemikian,
pihak kaunselor akan memberikan nasihat bagi membantu individu tersebut dalam
menyelesaikan masalah dan memberikan ruang untuk meluahkankan isi hati mereka.
Dalam pada itu, beliau menekankan ibu bapa memberi pendidikan agama dan moral kepada
anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana pengajaran agama dipandang sebagai
usul penting bagi menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia. Pendidikan agama
dan moral yang diterap oleh ibu bapa akan menjadi benteng utama menghalang
seseorang dalam mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan
mampu mengawal hawa nafsu mereka di samping dapat mengatasi masalah jiwa yang
kosong.
Bunuh diri bukan jalan terbaik
untuk lari dari masalah.
Posted by
CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
at
10:46:00 PTG
Tiada ulasan:
Reactions: |


Labels:
FAKTA DAN STATISTIK
Langgan:
Catatan (Atom)