Rencana ini ditulis
oleh :
NOOR AINUL YAKIN
MOHAMAD ISHAK
Pernahkah terfikir di
fikiran masing-masing untuk mendermakan organ kepada pihak yang memerlukan
sekiranya anda meninggal dunia ataupun masih hidup? Mungkin ada antara kita,
pernah mendengar mengenai pemindahan organ atau derma organ yang kini semakin
diperlukan untuk tujuan kesihatan. Namun ada yang masih tertanya-tanya sama ada
pemindahan organ atau derma organ tersebut dibolehkan dalam Islam atau tidak
kerana ada yang mengatakan ia haram dilakukan dan ada juga yang dibolehkan
mengikut beberapa keadaan. Penceramah bebas,
Zaharuddin Abd Rahman berkata, bagi menjawab persoalan berkaitan pemindahan
organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhadap isu derma
dan pemindahan organ:
1. Pemindahan organ
a) Memindahkan organ
seseorang pesakit daripada satu bahagian daripada tubuhnya ke bahagian lain
tubuhnya juga.
Hukumnya : Harus,
dengan syarat :
Kepastian manfaat
yang bakal diperoleh adalah lebih tinggi daripada mudarat yang mungkin menimpa
hasil pemindahan.
Pemindahan tersebut
tidak menyebabkan mana-mana anggota yang diambil, hilang upaya daripada
menjalankan fungsi asalnya.
b) Memindahkan organ
seseorang pesakit kepada pesakit lain.
Hukumnya : Harus ,
dengan syarat :
Ia terdiri daripada
anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
Mestilah penderma
mempunyai keahlian dari sudut umur dan akal dalam membuat keputusan tersebut.
c) Memanfaatkan
sebahagian anggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit
tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti kornea mata
Hukumnya : Harus
dengan syarat manfaat melebihi mudarat.
d) Memindahkan organ
yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti jantung
Hukumnya : Haram
e) Memindahkan organ
yang boleh menghilang upayakan fungsi anggota tersebut daripada tugas utamanya
dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata
kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : Haram,
sekiranya didermakan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha,
yang lebih kuat adalah haram kecuali kiranya tersangat diperlukan.
f) Memindahkan anggota
mayat kepada seorang yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : Harus
Dengan
syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas
matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.
g) Memindahkan organ
binatang kepada manusia
Hukumnya : Harus
Dengan syarat haiwan yang halal dimakan dagingnya.
h) Menjual organ-organ
yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil
organnya
Hukumnya : Haram
kecuali jika si penerima atau mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara
sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.
Maklumat tambahan:
Organ tisu yang boleh
didermakan - Jantung, paru-paru, hati, buah pinggang, pankreas,
Tisu - Injap Jantung,
mata, tulang, kulit, usus, membuluh darah, muka
Jenis
Penderma/Penderma Hidup
Penderma hidup hanya
boleh mendermakan satu buah pinggang atau sebahagian hati dan sum-sum tulang
saja.
Terhad kepada mereka yang mempunyai pertalian darah atau mereka yang mempunyai
hubungan emosi seperti suami isteri saja.
Pendermaan ketika
hidup terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Pendermaan ada
pertalian saudara
Pendermaan tiada
talian saudara
Pendermaan kadaverik:
Penderma Kadaverik
ialah penderma yang sudah meninggal dunia.
Pendermaan jenis ini
amat digalakkan dan diutamakan:
Ia tidak memberikan
risiko kepada penderma
Penderma kadaverik
terbahagi kepada dua kategori:
Kematian otak
penderma adalah penderma yang disahkan meninggal dunia di hospital. Mati otak
ialah satu keadaan apabila tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang
menyebabkan keseluruhan otak yang mengawal aktiviti kehidupan seperti
pernafasan dan degupan jantung mati.
Ini boleh berlaku
akibat kecederaan otak yang menyebabkan otak membengkak ataupun pendarahan
dalam kepala yang teruk, pendarahan spontan akibat pecah urat saluran darah
yang tidak normal atau tekanan darah yang tinggi, strok yang teruk, barah otak
dan seumpamanya. Hanya penderma yang kematian otak boleh mendermakan otak organ
dan tisu seperti jantung, paru-paru, hati dan buah pinggang (ginjal), mata
(kornea), tulang dan kulit. Kematian normal di mana seseorang itu disahkan mati
kerana jantung berhenti berdegup dan penderma ini hanya boleh mendermakan tisu
sahaja.
Hanya mereka yang
meninggal di hospital boleh mendermakan semua jenis tisu. Bagi mereka yang
meninggal di rumah, mereka hanya boleh mendermakan mata (kornea). Pihak
keluarga perlu menghubungi hospital kerajaan terdekat bagi tujuan perolehan
tisu berkenaan di rumah.
Sumber:
Pusat Sumber
Transplan Nasional
Sinar Harian, 7 September 2012