Oleh Ruhaiza Rusmin
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
Hari ini 41,267 mahasiswa yang terpilih memasuki institusi pengajian tinggi awam seluruh negara memulakan kehidupan di kampus secara rasmi, sekali gus meneruskan perjuangan menimba ilmu untuk masa depan.CSesuai status disandang, mereka perlu berdikari, belajar menyesuaikan diri dengan suasana baru serta pada masa sama bertungkus-lumus supaya berjaya menamatkan pengajian.CHarapan dan cita-cita disatukan untuk bergelar graduan serta menggenggam ijazah, sekali gus memasuki dunia kerjaya yang semakin mencabar. Persoalannya, sejauh manakah mereka bersedia menjalani kehidupan di kampus? Apakah memadai dengan hanya berbekalkan semangat berkobar-kobar pada awal pengajian, sebaliknya kian luntur selepas beberapa semester seperti dialami sebahagian besar mahasiswa? Atau adakah mereka tetap teguh dengan perjuangan cita-cita, sekali gus berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang? Bagi mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Hasma Husna Mohamed Ghazali, 18, dia tetap optimis mengharungi kehidupan di menara gading kerana perjuangan menuntut ilmu baru bermula.
Menurutnya, meskipun terdapat pelbagai pandangan mengenai pencapaian mahasiswa, dia yakin semuanya terletak pada diri sendiri untuk mencorakkan masa depan, selain perlu bersedia menjalani perubahan hidup berdikari. “Saya gembira bergelar warga kampus dan tidak sabar memulakan pengajian. Ia bukan saja memberi pengalaman baru, malah menjadi platform untuk mematangkan diri dan fikiran. “Biarpun ada kebimbangan terutama dari segi penyesuaian diri dengan suasana, tempat dan rakan baru, saya berharap semuanya berjalan lancar hingga tamat pengajian, sekali gus mencapai cita-cita yang diidamkan. “Saya mahu berjaya dengan cemerlang dan menggenggam kejayaan untuk dihadiahkan kepada ibu bapa selain diri sendiri serta berharap melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi,” katanya yang mengambil jurusan Sains Pembangunan Manusia dan Pengurusan. Keupayaan diri mahasiswa bukan saja bakal diuji dan dinilai menerusi pencapaian akademik, malah perlu menyiapkan diri dengan pelbagai kemahiran demi menakluki alam kerjaya selepas tamat pengajian yang hanya menjanjikan kejayaan pada graduan terpilih.
Cabaran sengit itu menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat yang tertanya-tanya sejauh manakah mereka bersedia merencana masa depan dengan baik. Mengakui kebimbangan itu berasas dan kebanyakan hanya bersemangat pada peringkat awal, dia mengakui bukan semua tidak bijak merancang masa depan. “Itu hanya pandangan namun setiap potensi mahasiswa baru tidak boleh dinilai sekelip mata kerana perlukan satu tempoh tertentu. “Apapun, saya tidak nafikan ada yang hanya membuang masa dan berpuas hati dengan pencapaian cukup makan. Mereka rugi kerana tidak pandai menggunakan peluang di depan mata,” katanya. “Pandangan itu seharusnya diterima dengan lapang dada kerana bukan bertujuan menjatuhkan semangat atau memberi persepsi buruk kepada mahasiswa, sebaliknya harus dianggap sebagai satu cabaran. “Tidak perlulah melenting tetapi jadikannya sebagai panduan. Niat masyarakat telus kerana mereka tidak mahu mahasiswa hari ini leka dan lalai kerana cabaran yang menanti jauh lebih hebat,” katanya.
Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia, Anuwar Syafiq Idrus, 18, berkata, kampus adalah tempat terbaik menyerlahkan potensi diri serta mendidik diri menjadi lebih bertanggungjawab. Akuinya, kampus boleh menjadi pemangkin memperoleh kejayaan dan kenikmatan hidup atau sebaliknya. “Saya berjanji belajar bersungguh sungguh dan menggunakan setiap kesempatan sebaik mungkin. Ini peluang sekali seumur hidup dan perlu dimanfaatkan demi membina masa depan,” katanya. Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Othman A Karim berkata, mahasiswa hari ini perlu bersedia menghadapi persaingan globalisasi serta ilmu tanpa sempadan. Beliau berkata, kini bukan masanya berpeluk tubuh dan berpuas hati dengan pencapaian sedia ada. “Usah mudah berpuas hati dengan kejayaan memasuki menara gading kerana perjuangan sebenar hanya bermula sebaik saja pengajian berlangsung,” katanya.

SUMBER
HARIAN METRO
12 SEPTEMBER 2011