Rasa mengantuk ketika bekerja dan tidak dapat menumpukan
perhatian? Ia menyebabkan kerugian besar terhadap anda dan juga negara. Kajian
yang dijalankan penyelidik menganggarkan masalah insomnia bertanggungjawab
terhadap 274 000 kes kejadian kemalangan dan kesalahan di tempat kerja,
menambah kepada AS$31 billion (RM101.3 bilion) kos tambahan. Kajian cadang agar tempat kerja memberi lebih
perhatian terhadap penghidap insomnia dan membuat skrin pekerja untuk mengenal
pasti bakal pekerja yang mengidap insomnia," Victoria Shahly, Ketua
penyelidik Kajian yang dijalankan tidak konklusif berikutan wujud faktor lain
selain faktor mengantuk yang mengakibatkan kemalangan, misalnya.
Mengantuk musuh utama
Begitupun, kajian itu tetap mengaitkan antara kekurangan tidur
dengan masalah di tempat kerja. “Kajian cadang agar tempat kerja memberi lebih
perhatian terhadap penghidap insomnia dan membuat skrin pekerja untuk mengenal
pasti bakal pekerja yang mengidap insomnia,” kata ketua penyelidik, Victoria
Shahly, pakar psikologi dan pelatih pelajar di Universiti Perubatan Harvard di
Boston. Beliau berkata, kemalangan dan
kesalahan secara langsung akan menjejaskan kecekapan di tempat kerja.
“Mengantuk adalah musuh utama kepada usaha
untuk fokus. Apabila
kita letih kekuatan memori, koordinasi dan perhatian akan mula merosot,”
Di dalam kajian baru Shahly dan rakan sekerja mencuba untuk
memahami keadaan ini dan kaitannya dengan tempat kerja. Pada 2008 dan 2009,
penyelidik membuat kajian ke atas 10,000 pekerja di Amerika Syarikat yang
mempunyai insurans kesihatan dan berbahasa Inggeris. Peserta dipilih kerana
mereka mewakili penduduk negara secara amnya dan menjawab soalan melalui
panggilan telefon. Penyelidik menganggarkan 20 peratus daripada peserta
terbabit menghidapi insomnia sekurang-kurangnya 12 bulan lalu.
Terbabit kemalangan
Bagi kes kemalangan, penyelidik mendapati 5.5 peratus mereka yang
mengalami insomnia akan terbabit di dalam kemalangan atau kesalahan di tempat
kerja yang menelan kos AS$500 (RM1,635) berbanding empat peratus bagi mereka yang
tidak mengalami insomnia. Bentuk kemalangan dan kesalahan yang dilakukan adalah
membuat kesilapan ketika berada di dalam barisan pemasangan, terbabit dalam
kemalangan jalan raya ketika bekerja dan kesalahan di dalam membuat
perhitungan, kata Shahly.
Pengarah di unit Penyelidikan Klinikal Tidur di Universiti
Loughborough di Leicestershire, England Kevin Morgan, memuji penyelidikan itu
dan berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan bagi topik yang kurang mendapat
perhatian ini. Sehingga kini penyelidik masih cuba memahami kesan kekurangan
tidur terhadap pekerja dan bagaimana ia memberi kesan kepada pekerja yang
tinggal di rumah dan bukan di tempat kerja, kata beliau.
Sumber
Berita Minggu
7 Oktober 2012