JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Oktober 2009

KARANGAN PUNCA-PUNCA DAN CARA-CARA MENGATASI MASALAH TEKANAN MENTAL




Kita sering disajikan dengan berita kematian akibat bunuh diri daripada setiap lapisan masyarakat dan yang lebih menarik perhatian apabila ia dilakukan oleh artis-artis terkenal antarabangsa seperti Korea Selatan, Jepun,dan Amerika Syarikat. Mereka bergelut dengan masalah tekanan mental sehingga meragut nyawa diri sendiri disebalik senyuman, dendangan lagu, dan lakonan yang menghiburkan peminat. Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mendepani masalah ini tatkala berita tentang kematian bunuh diri semakin meningkat dan rata-ratanya berlaku dalam kalangan belia pelapis masa depan negara. Mental yang sihat merupakan kemampuan seseorang individu, kumpulan dan persekitaran untuk berinteraksi dengan individu lain, dengan mengunakan cara pemikiran, perasaan dan keupayaan berkomunikasi bagi mencapai kesejahteraan hidup yang saksama. Oleh itu terdapat pelbagai punca yang menyebabkan masalah kesihatan mental dan langkah-langkah untuk mengatasinya.

Masalah mental yang dihadapi oleh seseorang adalah disebabkan oleh faktor persekitaran. Faktor ini mengambil kira keadaan sekeliling seseorang seperti kawasan, tempat kerja dan rakan-rakan. Perhubungan dengan orang sekeliling seperti kawan-kawan menjadi faktor kepada masalah mental seperti pergaduhan, cemburu atau ditipu oleh rakan sendiri. Hal ini sering terjadi dalam kalangan remaja terutamanya jika wujud situasi seperti tekanan daripada rakan sebaya. Statistik kesihatan mental di malaysia 2019 menunjukkan bahawa kawasan persekitaran tempat tinggal pula, masalah mental adalah lebih tinggi dalam kalangan masyarakat bandar (12.6%)  berbanding luar bandar (8.5 %). Jelaslah bahawa faktor persekitaran sememangnya penyebab utama berlakunya masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat di negara kita.

Faktor pekerjaan juga dikenal pasti sebagai punca seseorang menghadapi masalah tekanan mental. Majikan yang garang dan tidak berperikemanusiaan menyebabkan seseorang sering berasa terancam dan ketakutan. Segelintir majikan sentiasa mengugut pekerja sekiranya selalu cuti sakit, datang lambat, atau selalu tidak menyiapkan tugasan pada masa yang ditetapkan. Mereka langsung tidak bertolenrasi dengan pekerja sebegini. Ketua jabatan yang menetapkan target mingguan, bulanan, dan tahunan yang tinggi menyebabkan pekerja sering dimarahi jika gagal mencapai sasaran yang ditetapkan. Perkara sebegini memang menyumbang kepada depresi terutamanya bagi pekerjaan yang memerlukan masa dan tenaga yang tinggi. Impaknya, ramai pekerja menghadapi masalah tekanan mental pada hari ini.

Institusi kekeluargaan yang lemah juga menjadi penyebab berlakunya masalah mental. Pasangan suami isteri yang sering bergaduh kerana sudah hilang persefahaman dan rasa hormat sering berhadapan dengan tekanan. Suami atau isteri yang curang menyebabkan rumahtangga menjadi porak peranda hingga berakhir dengan perceraian semakin meningkat di negara kita. Kehadiran orang ketiga telah menimbulkan konflik yang berpanjangan apabila mereka saling menyalahkan dan menuntut hak  di mahkamah. Berdasarkan kajian daripada portal kesihatan MyHealth sumber Kementerian Kesihatan Malaysia, kadar masalah mental adalah paling tinggi dalam kalangan mereka yang bercerai (13.6%); diikuti oleh bujang (13.1%) balu (12.2%) dan mereka yang berkahwin. (10.5%). Masalah keluarga ini bukan sahaja menyebabkan ibu atau bapa yang menghadapi tekanan mental malah anak-anak turut terlibat. Terbuktilah bahawa masalah keluarga adalah penyebab berlakunya masalah tekanan mental di negara kita.

Prakarsa utama dalam membendung tekanan atau stres adalah dengan mempelajari kawalan emosi kendiri. Terdapat tekanan yang berbentuk sedikit, sederhana dan berlebihan di mana dalam jangka masa panjang dan tidak dapat ditangani oleh individu tersebut, ia akan menyebabkan kesan negatif serta memudaratkan kesihatan mereka. Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan penyelesaian jangka pendek sebagai kawalan emosi kendiri yang dikenali sebagai kaedah “10B”. Sekiranya anda mengalami stres atau tekanan anda perlu mengikuti kaedah ini secara berturutan iaitu bertenang, bernafas secara dalam, berkata relaks kepada diri, beribadat, bercakap dengan seseorang, berurut, berehat dan mendengar muzik, beriadah, bersenam serta akhir sekali berfikiran positif. Kaedah ini juga baik untuk membantu menangani tekanan darah tinggi yang meyumbang kepada punca stres. Memang kita tidak boleh nafikan bahawa punca tekanan dan stres lazimnya bukan daripada diri kita dan sukar untuk mengatasinya tetapi dengan kaedah yang diutarakan, kita dapat mencegah perkara yang lebih negatif daripada berlaku.

Tekanan atau stres boleh diatasi dengan berkongsi masalah atau bercerita tentang perkara yang dilalui kepada individu yang dipercayai. Sebagai contoh, apabila majikan memarahi pekerja tentang tugasan yang diberikan, pekerja tersebut tidak berasa tertekan dan tidak tahu cara untuk menyelesaikan masalah terbabit untuk mengurangkan stress. Maka, pekerja tersebut boleh mencari rakan kerja yang berkecimpung dalam bidang yang sama seterusnya berkongsi masalah dan berbincang tentang jalan penyelesaian terbabit. Tindakan ini bukan sahaja dapat mengurangkan tekanan malah menunjukkan teladan dan tahap profesional yang lebih baik daripada majikan pekerja tersebut yang menuding jari tanpa memberikan sebarang bantuan. Selain itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah pun membangunkan Talian Kasih 15999 yang beroperasi selama 24 jam pada setiap hari. Talian aduan krisis ini membolehkan sesiapa sahaja yang mempunyai masalah berkaitan kaunseling, kebajikan, perlindungan dan masalah keluarga untuk berhubung dengan pegawai yang bertugas dan mereka akan membantu mangsa atau individu yang tiada kenalan untuk berkongsi masalah serta untuk menghilangkan stres.

Sebagai kesimpulan, terdapat banyak cara menghilangkan stress yang boleh dilakukan bagi mengatasi tekanan atau stres. Ia adalah perasaan semula jadi yang ada pada setiap individu dan pelbagai faktor yang menyumbang kepada desakannya terhadap sesorang individu. Dengan kesedaran masyarakat yang semakin baik terhadap perkara ini, ramai pihak seharusnya menggembleng tenaga bagi memperkenalkan mekanisme kawalan terhadap tekanan atau stres yang dihadapi oleh ahli masyarakat. Perkara ini boleh diputar menjadi sumber motivasi seseorang untuk mencapai segala bentuk kejayaan dalam perkara yang mereka ceburi. Kita hanya memerlukan kepakaran dan kajian yang telus supaya dapat membantu golongan yang terkesan serta untuk mengetahui kaedah terbaik kerana mencegah lebih baik daripada merawat. Semoga segala inisiatif dan cara menghilangkan stres yang diatur dapat memangkin sifat mahmudah dalam diri setiap individu seterusnya melahirkan komuniti yang hidup sejahtera, aman dan harmoni.


14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus.. bukan sahaja dapat meningkatkan gaya penulisan tetapi juga dapat menambah ilmu pengetahuan. Keep it up, writer!

Tanpa Nama berkata...

Kawn saya sentiasa bercakap seorang diri seperti dgn seseorang..kdng2× padang ke atas lalu senyum...kwn saya ni dah kahwin tapi selau marah pada suaminya kerana selalu pulang lambat ..katanya keluar ngan perempuan padahal bekerja untuk tapung keluarga...boleh tak bagi cara atasinya

Tanpa Nama berkata...

Saya ade masalah seksual..gara2 masalah ini saya selalu brrsikap brsndirian dan tiada brrdisplin ketika kerja(ponteng).bagai mane kah cara untuk mengatasi masalah saya..saya ni selalu berfikiran negatif...

Unknown berkata...

Desakan keluarga ingin kan saya putuskan hubungan dengn kekasih saya...sehingga mereka memberikan tekanan sampai satu masa saya menarik rambut dan ingin mencederakan diri sendiri akibat teelalu geram dengan karenah keluarga. Saya juga sering kali dipukul dengan abg kandung saya berkali2x sampaikan pukul saya dengn objek keras..ibu saya sikit tidak bertanya cedera ataupun tidak.saya sering kali tetekan..
Bantu saya.sya buntu

Unknown berkata...

Desakan keluarga ingin kan saya putuskan hubungan dengn kekasih saya...sehingga mereka memberikan tekanan sampai satu masa saya menarik rambut dan ingin mencederakan diri sendiri akibat teelalu geram dengan karenah keluarga. Saya juga sering kali dipukul dengan abg kandung saya berkali2x sampaikan pukul saya dengn objek keras..ibu saya sikit tidak bertanya cedera ataupun tidak.saya sering kali tetekan..
Bantu saya.sya buntu

Unknown berkata...

Desakan keluarga ingin memutuskan hubungan sya .dgn sidia
Sehinggakan saya dipukul

nadhirah sabrina berkata...

dapat menambahkan ilmu pengetahuan
saya juga ada masalah tekanan dalam kehidupan seharian contohnya pergaulan rakan sebaya.
hal ini membuatkan saya selalu bersendirian

nadhirah sabrina berkata...

dapat menambahkan ilmu pengetahuan
saya juga ada masalah tekanan dalam kehidupan seharian contohnya pergaulan rakan sebaya.
hal ini membuatkan saya selalu bersendirian

nadhirah sabrina berkata...

saya pun ada masalah rekanan
dari segi pergaulan rakan sebaya
hal ini membuatkan saya selalu bersendirian

Unknown berkata...

Saya mempunyai tekanan dalam menguruskan masa seharian. Bagi saya, Saya tiada masa untuk belajar dan banyak Membaca kerana Perlu menguruskan hal di rumah seperti mencuci pinggan, terpaksa berulang alik untuk menghantar ahli keluarga Ke suatu destinasi dan mengambil anak kakak saya pulang dari sekolah . Masa saya lebih terhad kepada perkara Begitu berbanding dengan pelajaran. Saya tertekan dengan situasi Begitu . Bantu saya bagaimana untuk mengatasi masalah saya

Unknown berkata...

Desakan ibu terutamanya untuk A+ dalam subjek math.....selalu setiap waktu mendesak dan menekan saya.....

Tanpa Nama berkata...

Bodo

Tanpa Nama berkata...

sejak kebelakangan ini saya sering menangis seorang diri, dan tidak dapat tidur sehingga pukul 3 pagi..tetapi saya masih mampu pergi bekerja dan ketawa seperti biasa rakan-rakan, namun hakikatnya, apabila saya pulang kerumah, duduk seorang diri didalam bilik,saya mengakui saya pernah menghadapi situasi tragis yang mengubah saya menjadi seperti ini. saya mula menangis dan rasa bersalah terus menggangu pemikiran saya..seolah-olah saya tidak berguna..beberapa hari kemudian,saya kehilangan perkerjaan kerana hilang minat untuk melakukan apa-apa sahaja.Saya mula mencederakan diri sendiri, dan hingga sekarang saya masih mencederakan diri sendiri..saya tidak tahu apa yang harus saya laku kan.. saya rasa saya tidak layak untuk teruskan kehidupan. maafkan saya jika ini terlalu melebih, tetapi inilah luahan hati saya.

Tanpa Nama berkata...

sejak kebelakangan ini saya sering menangis seorang diri, dan tidak dapat tidur sehingga pukul 3 pagi..tetapi saya masih mampu pergi bekerja dan ketawa seperti biasa rakan-rakan, namun hakikatnya, apabila saya pulang kerumah, duduk seorang diri didalam bilik,saya mengakui saya pernah menghadapi situasi tragis yang mengubah saya menjadi seperti ini. saya mula menangis dan rasa bersalah terus menggangu pemikiran saya..seolah-olah saya tidak berguna..beberapa hari kemudian,saya kehilangan perkerjaan kerana hilang minat untuk melakukan apa-apa sahaja.Saya mula mencederakan diri sendiri, dan hingga sekarang saya masih mencederakan diri sendiri..saya tidak tahu apa yang harus saya laku kan.. saya rasa saya tidak layak untuk teruskan kehidupan. maafkan saya jika ini terlalu melebih, tetapi inilah luahan hati saya.