KISAH 1:
ORANG KAYA YANG HORMAT GURU
Setiap kali tibanya hari guru, saya
sentiasa mendapat kiriman mesej daripada pasangan suami isteri yang berbangsa
Cina kerana mereka tidak pernah
lupa menghantar mesej ucapan “Selamat Hari Guru” buat saya. Walaupun
mereka merupakan orang berada tetapi mereka amat menghormati guru seperti saya.
Jasa saya dalam membantu mereka mendidik satu-satunya anak lelaki mereka
sehingga mencipta kejayaan cemerlang dalam SPM kira-kira 10 tahun lalu sentiasa
dihargai sehingga ke hari ini. Kadang kala saya berasa segan apabila berselisih
di jalanan kerana mereka begitu menghargai saat pertemuan itu tanpa rasa segan
dan malu untuk berjabat tangan dan bertanya khabar dengan seorang guru seperti
saya. Mereka banyak mengajar saya erti persahabatan dan persaudaraan. Walaupun
berlainan bangsa, kedudukan, dan taraf hidup mereka mempunyai rasa hormat yang
amat hebat terhadap insan bergelar guru seperti saya. Mungkin kerana itulah
anak mereka berjaya dalam bidang yang diceburi sehingga ke hari ini. Saya
selalu mendoakan agar pasangan suami isteri ini terus dilimpahi rahmat Tuhan
dan kebahagiaan sehingga ke ,akhir hayat. Hubungan saya dengan mereka ibarat
air dicincang tidak akan putus.
Suatu hari, saya didatangi oleh
seorang wanita yang bergaya membawa seorang anak kecil yang terlalu cute rupa parasnya. Wanita itu mengetuk pintu rumah saya sambil meminta izin untuk masuk. Ketika
itu saya sedang sibuk menyemak karangan di ruang tamu. Wanita yang kelihatan
ramah itu duduk di sofa sambil bertanya sama ada saya mahu ataupun tidak
mengajar anaknya tuisyen Bahasa Melayu. Saya bertanyakan tentang anaknya itu.
Dia menunjukkan ke arah budak yang di bawanya tadi. Budak itu tersenyum
memandang saya. Saya tidak mengatakan ‘Ya’, tetapi saya bersetuju dengan syarat
cuba dahulu, jika tidak serasi bolehlah berhenti tanpa perlu membayar saya satu
sen pun kerana saya tidak mempunyai pengalaman mengajar budak-budak sekolah
rendah. Akan tetapi, wanita itu memberitahu saya, prestasi anaknya dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu amat cemerlang. Saya diminta mengajar menggunakan buku
kerja pelajar Tingkatan Satu. Walau bagaimanapun, saya tidak menerima tawaran
tersebut kerana saya belum melihat prestasi anaknya. Setelah berbual lebih kurang
30 minit, wanita itu meninggalkan anaknya di rumah saya. Saya bagi latihan
tatabahasa yang saya guna untuk mengajar pelajar Tingkatan 1 di sekolah. Saya
biarkan dia menjawab dahulu, kemudiaan saya semak dan seterusnya sesi
pebincangan. Alangkah terkejutnya saya, dia mendapat 100% markah. Kemudian,
saya ajak dia berbual tentang pelbagai perkara kerana saya ingin melatihnya
berbahasa Melayu dengan betul. Sebutan dan intonasinya amat jelas. Apabila dia
membaca, bacaannya amat baku. Sejak itu bermulalah kisah saya dengan Rio (Nama
samaran), anak wanita itu. Semua ini berlaku 12 tahun lalu. Kebanyakan masa Rio dihabiskan di rumah saya sehinggakan dia lebih mempercayai saya dalam semua perkara berbanding dengan ibu bapanya. Apabila dia ada masalah, dia akan menceritakan masalah itu kepada saya. Akan tetapi, dia tidak mengambil kesempatan terhadap layanan saya terhadapnya kerana semasa di sekolah dia sentiasa hormat dengan saya serta guru-guru yang lain.
Sehingga ke hari ini apabila berjumpa
dengan saya, pasangan suami isteri itu selalu bercerita tentang perkembangan Rio
yang telah saya anggap sebagai anak sendiri. Saya mengajar Rio di kelas tuisyen
Bahasa Melayu di rumah saya dari dia Tahun Tiga hingga Tingkatan Lima. Saya didik dan bimbing Rio dalam subjek Bahasa Melayu hingga dia menjadi
pelajar terbaik di sekolah dan mencipta kejayaan yang amat cemerlang dalam SPM.
Jika tiba Tahun Baru Cina saya sentiasa dijemput datang ke rumah mereka untuk
menikmati juadah yang ditempah khusus dari hotel terkemuka. Hubungan saya
dengan mereka amat rapat tetapi berlandaskan rasa hormat-menghormati yang amat
tinggi. Rio pula sehingga ke hari ini memang selalu menghubungi saya dan bertanya
khabar tentang diri saya walaupun menetap di luar negara. Kadang-kadang,
apabila balik ke Sibu, saya diajak keluar untuk makan malam di hotel atau di
warung-warung tepi jalan. Ada kalanya, saya segan untuk terima pemberian
daripadanya kerana saya mendidik dan mengasuhnya dahulu memang ikhlas.
KISAH 2
HORMAT GURU KEBERKATAN BERGANDA
Sewaktu zaman sekolah, saya mempunyai
seorang kawan yang pintar tetapi rasa hormatnya terhadap guru amat kurang. Dia
selalu mempermainkan nama guru, melawan apabila ditegur kerana tidur di dalam
kelas dan pelbagai lagi. Saya tidak nafikan, dalam peperiksaan dia merupakan
salah seorang pelajar yang mendapat markah tertinggi. Keadaan ini menyebabkan
dia bertambah riak dan bongkak. Semasa keputusan SPM sebenar diumumkan saya
bagaikan tidak percaya melihat keputusan peperiksaannya, dia mendapat hanya dua
A sahaja, subjek Bahasa Melayunya pula gagal wahal selama ini dia selalu
mendapat keputusan yang cemerlang. Apabila saya sendiri menjadi guru pula ada
satu cerita yang amat menarik untuk saya kongsikan. Semasa saya mengajar di salah
sebuah kelas Tingkatan Enam, saya selalu memarahi dua orang pelajar perempuan
yang tidak pernah menunjukkan minat belajar subjek Bahasa Melayu. Semasa peperiksaan mereka selalu menghantar kertas kosong atau kertas yang jawapan di dalamnya cuma separuh. Saya selalu memarahi mereka tetapi tidaklah sampai mengasari dan menghina.
Saya menggunakan pendekatan yang berbeza dengan mengatakan bahawa semasa kita bersekolah kita tidak boleh benci guru dan benci subjek yang diambil kerana kita datang ke sekolah untuk masa depan kita sendiri. Jika kita benci guru, kita sukar untuk mendapat keberkatan. "Awak tahu tak makna keberkatan?" Mereka geleng-gelengkan kepala. Keberkatan merupakan restu yang diperoleh daripada Tuhan jika kita berusaha dan tahu menghargai dan berterima kasih. Tuhan sentiasa melihat gerak laku setiap manusia di dunia ini. "Awak berdua benci saya tak?" Mereka geleng-gelengkan kepala lagi. Jika tidak, saya hendak awak jawab semua soalan yang ditanya dalam peperiksaan. Jika tidak awak bukan saja mengkhianati saya, ibu bapa awak, awak sendiri, malahan awak mengkhianati peluang yang telah diberikan untuk awak. "Awak tahu siapa yang bagi awak peluang itu?" Tuhan. Kita hidup di dunia ini jangan jauh lari daripada Tuhan. Jika kita lari, kita akan sesat dan hidup kita akan kucar-kacir tak berhaluan. Faham tak? Jika faham, berubahlah. Saya tidak mengharapkan apa-apa, saya cuma mahu awak berdua memikirkan masa depan awak sendiri, jangan fikirkan masa depan saya. Saya tidak mengapa, jadi guru ini pun saya berasa amat bersyukur kerana saya berasal daripada keluarga yang miskin dan daif.
Beberapa hari selepas itu, pada waktu rehat, mereka datang berjumpa dengan saya. Mereka bertanyakan cara untuk dapat Gred A dalam subjek Bahasa Melayu. Saya agak kagum dengan keberanian mereka kerana ramai pelajar tidak suka berjumpa dengan saya sebab saya tegas dalam mengajar di dalam kelas. Saya pun beritahu mereka buku yang perlu di baca. Saya bagi mereka buku percuma dengan satu nasihat, belajar rajin-rajin, jika awak dapat Gred A dalam Bahasa Melayu, simpan buku ini buat kenangan. Jika tidak dapat Gred A, mohon kembalikan buku ini supaya saya boleh bagi dengan pelajar lain. Mereka ternganga mendengar kata-kata saya kerana mereka amat lemah berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu secara lisan. Sejak itu, saya lihat prestasi mereka dalam semua subjek Bahasa Melayu sentiasa cemerlang sehinggalah apabila keputusan SPM keseluruhan diumumkan, mereka mendapat 4A. Saya amat terkejut tetapi saya tahu mereka memang berusaha. Mereka datang jumpa saya untuk mengucapkan tahniah sambil membawa Ayam KFC, mereka ajak saya makan bersama sambil bergurau senda. Saya percaya, kejayaan mereka adalah disebabkan rasa hormat yang tinggi terhadap guru-guru yang mengajar mereka sehingga Tuhan limpahkan kejayaan di atas kesungguhan mereka.
Kini, mereka sedang melanjutkan dalam bidang undang-undang di salah sebuah IPTA. Mereka juga sentiasa menghantar mesej “Selamat Hari Guru” buat saya. Kata-kata yang dicatat pada mesej itu tidak pernah berubah tetapi saya suka membaca baris-baris ayat yang berbunyi, “Selamat Hari Guru Cikgu, Jangan lupa makan, Jangan lupa jaga kesihatan, Semoga cikgu sihat selalu. Amin”. Saya anggap mereka seperti anak sendiri kerana hubungan yang amat rapat. Dalam hati saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mereka. Walaupun suatu masa nanti mereka tidak membantu saya, mudah-mudahan mereka akan membantu orang lain yang memerlukan.

KISAH 3
PELAJAR NAKAL YANG HORMAT GURU
Semua guru mempunyai pengalaman
mengajar pelajar nakal di sekolah. Mereka ini bukannya pelajar yang tidak
berdisiplin tetapi kenakalan mereka berpunca daripada pelbagai faktor.
Kadang-kadang apabila kita bercakap dengan lemah lembut dengan mereka, kita
boleh mengalirkan air mata mendengar mereka bercerita tentang kisah hidup
mereka. Anak-anak ini, walaupun di sekolah selalu dimarahi, dirotan, dan
dihukum, mereka tetap terpekik terlolong melaungkan nama kita apabila melihat
kita berjalan-jalan di pasar atau di mana-mana sahaja. Suasana tegang di dalam
kelas selalu sahaja tercetus apabila bersama mereka namun ketegangan itu cuma
seketika. Mereka boleh ketawa dan menyapa kita dalam masa seminit selepas itu.
Mereka memang pandai memujuk guru yang sedang marah sebab kenakalan dan sikap
mereka yang tidak mementingkan pelajaran. Perkara yang amat mengagumkan
golongan pelajar nakal ini sentiasa menegur dan menyapa kita sehinggalah mereka
dewasa. Mereka tidak segan-segan menghulurkan bantuan jika kita memerlukan.
Mereka ini menganggap guru adalah cahaya yang menerangi hidup mereka. Apabila
duduk di kedai makan, tanpa diminta mereka tolong langsaikan bayaran. Walaupun
duduk berjauhan mereka tetap datang bertanya khabar. Mereka ghairah bercerita
tentang kisah-kisah lalu semasa alam persekolahan. Kisah mereka dihukum,
dipukul, dan dimarahi. Yang amat mengharukan, mereka tidak pernah berdendam
malahan berterima kasih kerana telah mendidik mereka dengan sempurna.
Situasi ini berlainan dengan
pelajar-pelajar yang cemerlang. Walaupun bukan semuanya bersikap sombong dan
tidak peduli tetapi dalam kalangan pelajar cemerlang ini kira-kira 80% tidak
akan menyapa guru walaupun duduk bersebelahan dalam kapal terbang dari Sibu ke
Kuala Lumpur. Golongan ini hanya memandang guru dari kejauhan mungkin kerana
dendam atau mereka merasakan diri mereka lebih baik daripada guru mereka sendiri.
Namun demikian, sebagai guru kita tidak boleh berkecil hati dengan
perkara-perkara remeh sebegini kerana tugas kita cuma mengajar dan menyampaikan
ilmu pengetahuan. Cara seseorang itu menghormati kita walaupun tidak
ditunjukkan melalui perbuatan mungkin dalam doa-doanya nama kita diselitkan.
Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik untuk anak-anak didik kita tanpa
mengira siapapun mereka. Saya tidak pernah berkecil hati mahupun terasa dengan
sikap anak-anak didik saya kerana apa sahaja kesalahan yang mereka lakukan,
saya menganggap yang salah bukan mereka tetapi saya. Saya gagal mendidik mereka
dengan sempurna. Saya gagal memberikan contoh tauladan yang terbaik untuk
mereka. Saya gagal kerana saya merupakan salah seorang guru mereka. Dalam hati
saya berharap agar mereka tidak melakukan kesilapan yang sama ke atas anak-anak
mereka pula. Insyallah.
CERITA 4
KISAH SAYA DENGAN GURU-GURU SAYA
Saya mungkin tidak menjadi seperti
hari ini jika bukan kerana jasa seorang guru yang membantu saya membayar yuran
SRP. Sehingga ke hari ini saya masih ingat, pada suatu petang saya beranikan
diri berjumpa dengan Cikgu Julius (Nama samaran) untuk memberitahu beliau
bahawa saya mahu berhenti sekolah. Beliau bertanyakan sebab saya mahu berbuat
demikian. Saya tanpa berselindung memberitahu saya tidak mampu membayar RM15.00
untuk menduduki peperiksaan SRP. Wang yang diberikan oleh ayah untuk membayar
yuran telah saya gunakan untuk membeli buku dan kasut sekolah. Jika ayah saya
tahu akan hal ini mungkin saya akan dirotan atau dihukum tidak makan. Jadi,
saya beritahu beliau bahawa saya ingin lari ke bandar untuk bekerja. Beliau
hanya memandang siling sambil mengetuk meja dengan jari jemarinya. Saya pun
meminta maaf dan meminta diri untuk beredar. Entah kenapa, tiba-tiba saya
menangis. Saya sebenarnya takut dengan apa yang akan berlaku apabila saya
berhenti sekolah kerana ibu bapa saya amat menekankan kepentingan pendidikan
demi masa depan keluarga kami. Beliau meminta saya supaya jangan menangis.
Beliau akan membantu saya untuk membayar yuran tersebut. Jika ada duit saya
bayar. Jika tidak, beliau mahu saya membayar wang itu dengan keputusan yang
cemerlang dalam SRP.
Jika bukan kerana guru yang baik hati
itu, saya tidak akan mengecapi nikmat orang yang berkerjaya sebagai guru
seperti hari ini. Oleh sebab itu, apabila teringatkan beliau, saya selalu
mendoakan beliau dan membantu pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan terutama
bantuan kewangan. Saya yakin, ribuan lagi guru yang berhati mulia seperti
beliau. Mereka tidak segan-segan mengeluarkan wang sendiri untuk
pelajar-pelajar mereka. Walaupun ada kalanya hati mereka ditusuki sembilu apabila
yang dibantu tidak menghargai usaha mereka namun saya yakin, tidak ada guru
yang mendoakan agar anak-anak murid mereka lebih hebat daripada saya.
Sebenarnya, jumlah guru yang berjasa dengan saya tidak dapat disebut satu
persatu. Cuma saya masih lagi mengingati dua orang guru yang mampu menjadikan
saya seorang pemidato. Dua orang guru ini berasal dari Semenanjung Malaysia.
Mereka telah melatih saya menjadi seorang pemidato sehingga beberapa kali
menjuarai Pertandingan Pidato Piala di Raja dan Pesta Pantun anjuran Berita
Harian. Dua orang guru ini tidak pernah jemu mengajar saya berpidato pada
setiap petang sehingga saya mampu mencipta teks pidato sendiri tanpa bergantung
pada mereka.
Oleh sebab ibu bapa saya miskin dan saya tidak mahu menyusahkan mereka, saya cuma balik kampung semasa cuti persekolahan pada bulan Disember sahaja. Dari Januari hingga November saya hanya tinggal di asrama. Saya tidak pernah mengeluh tentang makanan yang disediakan di asrama kerana saya tahu keluarga saya pun tidak mampu menyediakan makanan sebegitu. Oleh itu, hubungan saya dengan guru-guru terutama warden asrama amat rapat. Kisah saya dengan guru-guru yang
mengajar saya amatlah banyak. Walau bagaimanapun, kisah-kisah saya merupakan
kisah-kisah yang baik (bukan memuji diri) kerana saya sifar kesalahan disiplin yang boleh
menjejaskan pencapaian akademik saya. Kesalahan disiplin yang sesekali saya
lakukan ialah ponteng sekolah. Saya terpengaruh dengan ajakan kawan-kawan. Pencapaian saya dalam bidang akademik, bukanlah cemerlang
jika dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain tetapi saya tetap berada dalam kumpulan 10 pelajar terbaik. Sejak dahulu saya sentiasa merangkul anugerah pelajar terbaik bagi tiga subjek iaitu Bahasa Melayu, Sejarah, dan Kesusasteraan Melayu. Hidup ini tidak mudah untuk diredah. Jalannya beronak dan berliku. Akan tetapi, saya sentiasa
bersyukur dengan rahmat Allah kerana saya selalu diberikan peluang yang amat
baik di sepanjang perjalanan hidup saya di dunia ini.
SELAMAT HARI GURU
TERIMA KASIH CIKGU
Catatan Pendidik Bangsa
Cikgu Zulkarnain Farihin
SMK Sibu Jaya, Sibu Sarawak.