Masalah gangguan mental bukan perkara baru, malah kajian yang dibuat oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati seramai 450 juta orang termasuk kanak-kanak dan remaja menderita akibat penyakit tersebut. Laporan itu mendedahkan, jumlah pesakit mental turut meningkat pada setiap tahun dan usaha untuk menanganinya masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Pengerusi Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA), Toh Puan Datuk Dr. Aisyah Ong berkata, mereka yang menderita penyakit mental ini meningkat sebanyak 30 peratus pada setiap tahun. Peningkatan tersebut boleh dilihat di negara maju seperti Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada yang mencatatkan 30 peratus penghidap penyakit tersebut dalam tempoh masa satu tahun, katanya pada forum sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia di Maktab Kerjasama Malaysia.
Perkongsian ikhlas daripada seorang guru yang sedar bahawa ilmu itu bukannya hak mutlak seorang individu tetapi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Ilmu itu terlalu luas dan tidak pernah ada garisan penamat bagi setiap insan yang sentiasa dahagakannya untuk dijadikan panduan serta petunjuk meredah onak dan duri kehidupan ini. Sincere sharing from a teacher who realizes that knowledge is not the absolute right of an individual but belongs to God Who Knows. Knowledge is too broad for every person.
Mengenai Saya
- CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
- SIBU, SARAWAK, Malaysia
JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI
09 Oktober 2011
ISU SOSIAL : KESEMPITAN KEWANGAN TUNTUT WARGA BANDAR TAGIH PEMBELAAN KERAJAAN
Oleh Khaidir Majid
qidir@bharian.com.my
PUNCAK KARSTIC DI GUILIN,
DI SEPANJANG SUNGAI LI, CHINA
Satu kajian dilaksanakan sebuah kumpulan berkaitan dengan kerajaan baru-baru ini mendapati kedudukan kewangan kebanyakan warga bandar berpendapatan RM3,000 ke bawah amat tenat sekali. Malah ramai antara mereka ini boleh disebut dalam bahasa kasar sudah jatuh pokai. Fenomena ini tidak terbatas pada satu kaum saja, malah keadaannya tidak banyak beza jika dibandingkan antara kaum lain. Bagi kaum Melayu, kajian terbabit mendapati 70 peratus daripada kelompok ini berpendapatan RM3,000 ke bawah berada dalam keadaan kesempitan kewangan atau financial distress. Di kalangan kaum Cina pula angkanya 60 peratus dan kemungkinan juga kaum India tidak jauh bezanya daripada paras ini. Warga bandar yang berdepan dengan keadaan ini bukan kerana sikap boros mereka tetapi rentetan peningkatan pelbagai kos daripada perumahan, pengangkutan, makanan, perubatan dan penjagaan anak. Kajian sama menganggarkan baki pendapatan kumpulan warga bandar ini bukan hanya tidak ada langsung sebelum sempat akhir bulan tetapi jatuh negatif kerana ramai terpaksa berhutang. Tidak seperti penduduk luar bandar, warga bandar ini ketandusan infrastruktur sosial mahupun agensi kerajaan yang mereka boleh mengadu nasib. Golongan ini boleh dikatakan terkontang kanting berusaha menyelesaikan masalah masing-masing. Secara perbandingan keadaan penduduk luar bandar yang mempunyai pendapatan lebih rendah, adalah lebih baik daripada warga bandar.
Di luar bandar, kos perumahan rendah. Kebanyakan penduduk mempunyai tanah dan rumah sendiri. Jika mereka tidak mempunyai rumah sekalipun, ada agensi kerajaan akan membantu membina rumah bagi mereka di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin dengan kos yang rendah bagi penduduk ini. Selain itu, pelbagai agensi kerajaan sedia membantu dengan pelbagai program bagi meningkatkan taraf hidup penduduk di luar bandar ini. Sebagai contoh seorang nelayan terbela dengan pelbagai program dilaksanakan agensi seperti Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, di samping agensi penguatkuasaan seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Petani pula dibantu dengan kehadiran Jabatan Pertanian, MARDI dan FAMA. Selain itu, banyak klinik desa ditempatkan berhampiran penduduk luar bandar ini yang dengan menawarkan perkhidmatan dengan bayaran minimum. Malah padang bola atau futsal pun disediakan secara percuma oleh kerajaan. Bagi warga bandar pula mereka yang memiliki rumah sendiri, terpaksa menyediakan bayaran ansuran bulanan yang agak tinggi berikutan harga rumah yang melonjak naik sejak beberapa tahun lalu. Tidak tersasar jauh jika dikatakan warga bandar berpendapatan kurang daripada RM3,000 ini terpaksa menyediakan anggaran 30 hingga 40 peratus pendapatan mereka untuk kos perumahan. Bagi mereka yang tidak memiliki rumah, kos sewa juga agak tinggi dan mewakili sebahagian besar daripada perbelanjaan mereka.
Berikutan itu, ramai juga yang memilih untuk berhijrah ke pinggir bandar atau di bandar berhampiran yang kos perumahannya lebih rendah seperti di Rawang atau Seremban bagi mereka yang bekerja di Kuala Lumpur. Langkah ini tidak menyelesaikan masalah berikutan mereka terpaksa menanggung pula kos pengangkutan yang tinggi untuk pergi dan balik ke tempat kerja. Warga bandar ini yang kebanyakan suami isteri bekerja juga terpaksa menanggung kos penjagaan anak sama ada menggaji pembantu rumah atau pun menghantar ke pusat asuhan yang turut membabitkan kos tinggi. Jika jatuh sakit pula, kebanyakannya terpaksa mengunjungi klinik swasta yang mengenakan caj agak tinggi. Jika diambil kira semuanya ini, ditambah pula harga makanan meningkat, mungkin ramai yang berasakan tidak berbaloi duduk di bandar lagi. Berikutan kebanyakan peluang pekerjaan terletak di bandar, kebanyakan daripada mereka ini tidak mempunyai pilihan. Di atas sebab ini ramai warga bandar yang berpendapat sederhana rendah ini, menaruh harapan dibela apabila kerajaan mengumumkan Julai lalu untuk memperkenalkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) ketujuh iaitu Kos Sara Hidup. Dalam meletakkan masalah kos sara hidup ini sebagai salah satu NKRA ia bermakna kerajaan serius menangani isu terbabit. Berikutan itu, warga bandar terbabit benar-benar berharap pengumuman NKRA ketujuh ini akan disusuli oleh pengumuman langkah konkrit dalam Belanjawan 2012 yang dibentang hari ini. Setakat ini kerajaan sudah mengumumkan pembinaan kediaman di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA). Bagaimanapun masih kurang jelas bagaimanakah program itu dapat membantu menangani masalah warga bandar ini yang menjangkaui masalah perumahan.
Penulis ialah Editor Minda Pengarang dan Surat Pembaca Berita Harian
SUMBER
BERITA MINGGU
ISU KESIHATAN : TIDAK CUKUP TIDUR BAHAYAKAN NYAWA
Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama. Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya. Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio.
Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard. Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular. Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan.
SUMBER
BERITA MINGGU
9 OKTOBER 2011
SUMBER
BERITA MINGGU
9 OKTOBER 2011
Langgan:
Catatan (Atom)