Perkongsian ikhlas daripada seorang guru yang sedar bahawa ilmu itu bukannya hak mutlak seorang individu tetapi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Ilmu itu terlalu luas dan tidak pernah ada garisan penamat bagi setiap insan yang sentiasa dahagakannya untuk dijadikan panduan serta petunjuk meredah onak dan duri kehidupan ini. Sincere sharing from a teacher who realizes that knowledge is not the absolute right of an individual but belongs to God Who Knows. Knowledge is too broad for every person.
Mengenai Saya
- CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
- SIBU, SARAWAK, Malaysia
JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI
05 Oktober 2010
KELUARGA BAHASA NUSANTARA
= Terdiri daripada 200 hingga 300 buah bahasa
= Dikenali juga sebagai Bahasa Indonesia
= Terbahagi kepada dua iaitu :
1. Indonesia Pusat
2. Filipina- Formosa
= Dalam subkeluarga Indonesia Pusat, terdapat golongan Bahasa Nusantara
= Bahasa Melayu terletak dalam golongan Bahasa Sumatera
PECAHAN GOLONGAN BAHASA NUSANTARA
1. Sumatera = Acheh, Lampung, Melayu, Orang Laut
2. Filipina = Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Tombulu
3. Jawa = Sunda, Jawa, Madura
4. Bali-Sasak = Bali, Sasak, Sumbawa
5. Kalimantan = Iban, Kayan-kenyah, Melanau
6. Gorontalo = Bulangga, Kaidipan, Buol
7. Sulawesi Selatan = Makasar, Bugis, Seko
8. Tomini
9. Toroja
= Dikenali juga sebagai Bahasa Indonesia
= Terbahagi kepada dua iaitu :
1. Indonesia Pusat
2. Filipina- Formosa
= Dalam subkeluarga Indonesia Pusat, terdapat golongan Bahasa Nusantara
= Bahasa Melayu terletak dalam golongan Bahasa Sumatera
PECAHAN GOLONGAN BAHASA NUSANTARA
1. Sumatera = Acheh, Lampung, Melayu, Orang Laut
2. Filipina = Tagalog, Iloko, Bikol, Bisaya, Sulu, Tombulu
3. Jawa = Sunda, Jawa, Madura
4. Bali-Sasak = Bali, Sasak, Sumbawa
5. Kalimantan = Iban, Kayan-kenyah, Melanau
6. Gorontalo = Bulangga, Kaidipan, Buol
7. Sulawesi Selatan = Makasar, Bugis, Seko
8. Tomini
9. Toroja
RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA
PENDEFINISIAN
= Austronesia merupakan induk bahasa Melayu
= Austro bermaksud "Selatan" dalam bahasa latin
= Nesos bermaksud "Pulau" dalam bahasa Yunani
= Austronesia bermaksud merujuk kepada "bahasa di pulau-pulau selatan"
RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA
1. Austronesia Barat
2. Austronesia Timur
AUSTRONESIA BARAT
1. Nusantara
AUSTRONESIA TIMUR
2. Polinesia
3. Malenesia
4. Mikronesia
BAHASA POLINESIA
1. Hawaii
2. Tongai
3. Tahiti
4. Samoa
5. Maori
6. Kepulauan Easter di Timur
BAHASA MELANESIA
1. Kepulauan Fiji
2. Kepulauan Pula'u
3. Halmahera
4. New Guinea
5. New Caledonia
6. Irian
BAHASA MIKRONESIA
1. Kepulauan Marianna
2. Marshall
3. Gilbert
4. Carolina
= Austronesia merupakan induk bahasa Melayu
= Austro bermaksud "Selatan" dalam bahasa latin
= Nesos bermaksud "Pulau" dalam bahasa Yunani
= Austronesia bermaksud merujuk kepada "bahasa di pulau-pulau selatan"
RUMPUN BAHASA AUSTRONESIA
1. Austronesia Barat
2. Austronesia Timur
AUSTRONESIA BARAT
1. Nusantara
AUSTRONESIA TIMUR
2. Polinesia
3. Malenesia
4. Mikronesia
BAHASA POLINESIA
1. Hawaii
2. Tongai
3. Tahiti
4. Samoa
5. Maori
6. Kepulauan Easter di Timur
BAHASA MELANESIA
1. Kepulauan Fiji
2. Kepulauan Pula'u
3. Halmahera
4. New Guinea
5. New Caledonia
6. Irian
BAHASA MIKRONESIA
1. Kepulauan Marianna
2. Marshall
3. Gilbert
4. Carolina
ASAL USUL BAHASA MELAYU
SALASILAH BAHASA MELAYU
= salasilah bermaksud asal usul atau keturunan
= salasilah Bahasa Melayu bermaksud kajian asal usul Bahasa Melayu.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
1. Filum = bahasa Induk tertua yang berusia 5000 tahun ke atas
2. Rumpun = berusia antara 2500 hingga 5000 tahun masihi
3. Keluarga = berusia kurang daripada 2500 tahun
FILUM ialah salah satu kelompok bahasa Induk di dunia.
= menguasai hampir seluruh bahasa di Asia
= terdiri daripada tiga rumpun
1. Rumpun Austroasia
= terdiri darpada bahasa Khasi
= meliputi Annam, Nicobar, Mon, Khymer, dan Munda
2. Rumpun Tibet-Cina,
= bahasa cina, Tibet, Siam, Annam
3. Rumpun Austronesia
= Nusantara, Polinesia, Malenesia, Mikronesia
= salasilah bermaksud asal usul atau keturunan
= salasilah Bahasa Melayu bermaksud kajian asal usul Bahasa Melayu.
ISTILAH-ISTILAH PENTING
1. Filum = bahasa Induk tertua yang berusia 5000 tahun ke atas
2. Rumpun = berusia antara 2500 hingga 5000 tahun masihi
3. Keluarga = berusia kurang daripada 2500 tahun
FILUM ialah salah satu kelompok bahasa Induk di dunia.
= menguasai hampir seluruh bahasa di Asia
= terdiri daripada tiga rumpun
1. Rumpun Austroasia
= terdiri darpada bahasa Khasi
= meliputi Annam, Nicobar, Mon, Khymer, dan Munda
2. Rumpun Tibet-Cina,
= bahasa cina, Tibet, Siam, Annam
3. Rumpun Austronesia
= Nusantara, Polinesia, Malenesia, Mikronesia
PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT
1. PENGGUGURAN SELURUH FRASA PREDIKAT
a. Pengguguran Frasa Nama
Contoh 1
Ayat Asal
Micheal Owen pemain bola.
David Beckham pemain bola.
Ayat Pengguguran
Micheal Owen dan David Beckham pemain bola.
b. Pengguguran Frasa Kerja
Ayat Asal
Angelina Jolie pulang ke kampung pagi tadi.
Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.
Ayat Selepas Pengguguran
Angelina Jolie dan Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.
c. Pengguguran Frasa Adjektif
Ayat Asal
Seluar Tom Cruise berwarna biru muda.
Seluar Keanu Reeves berwarna biru muda.
Ayat Selepas Pengguguran
Seluar Tom Cruise dan Keanu Reeves berwarna biru muda.
d. Pengguguran Frasa Sendi Nama
Ayat Asal
Cincin itu untuk Pretty Zinta.
Rantai itu untuk Pretty Zinta.
Ayat Selepas Pengguguran
Cincin dan rantai itu untuk Pretty Zinta.
a. Pengguguran Frasa Nama
Contoh 1
Ayat Asal
Micheal Owen pemain bola.
David Beckham pemain bola.
Ayat Pengguguran
Micheal Owen dan David Beckham pemain bola.
b. Pengguguran Frasa Kerja
Ayat Asal
Angelina Jolie pulang ke kampung pagi tadi.
Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.
Ayat Selepas Pengguguran
Angelina Jolie dan Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.
c. Pengguguran Frasa Adjektif
Ayat Asal
Seluar Tom Cruise berwarna biru muda.
Seluar Keanu Reeves berwarna biru muda.
Ayat Selepas Pengguguran
Seluar Tom Cruise dan Keanu Reeves berwarna biru muda.
d. Pengguguran Frasa Sendi Nama
Ayat Asal
Cincin itu untuk Pretty Zinta.
Rantai itu untuk Pretty Zinta.
Ayat Selepas Pengguguran
Cincin dan rantai itu untuk Pretty Zinta.
PENGGUGURAN FRASA NAMA SEBAGAI SUBJEK
1. Pengguguran Subjek Kata Ganti Nama Orang Kedua dalam Ayat Perintah
CONTOH 1
Ayat Asal
Awak pergi dari sini
Ayat Selepas Pengguguran
Pergi dari sini.
CONTOH 2
Ayat Asal
Kamu pindah dari rumah saya dengan segera
Ayat Selepas Pengguguran
Pindah dari rumah saya dengan segera.
2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
CONTOH 1
Ayat Asal
Ricky Martin tidak menyanyi.
Ricky Martin sakit tekak.
Ayat Selepas Pengguguran
Ricky Martin tidak menyanyi kerana sakit tekak.
CONTOH 1
Ayat Asal
Awak pergi dari sini
Ayat Selepas Pengguguran
Pergi dari sini.
CONTOH 2
Ayat Asal
Kamu pindah dari rumah saya dengan segera
Ayat Selepas Pengguguran
Pindah dari rumah saya dengan segera.
2. Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk
CONTOH 1
Ayat Asal
Ricky Martin tidak menyanyi.
Ricky Martin sakit tekak.
Ayat Selepas Pengguguran
Ricky Martin tidak menyanyi kerana sakit tekak.
RAMAI GURU WANITA DI NEGARA QATAR CARI PEKERJAAN BARU
Berpuluh-puluh guru wanita di Qatar yang memohon untuk bertukar kerja mendakwa kurang yakin dengan masa hadapan mereka, selain tidak tahan dengan bebanan kerja. Keadaan itu tercetus ekoran pengumuman kerajaan supaya pendidik digalak memohon pekerjaan di sektor awam lain. Sebanyak tiga tingkat di bangunan sumber manusia dipenuhi puluhan guru yang ingin memohon pekerjaan baru yang dapat menjamin masa depan mereka. Lebih ramai lagi guru dijangka meninggalkan jawatan mereka menyebabkan sekolah menghadapi masalah untuk mencari pengganti tenaga pengajar.
Tindakan guru berkenaan didorong rasa bimbang terhadap masa depan profesyen mereka. Waktu persekolahan yang panjang dan tanggungjawab untuk menghadiri bengkel serta aktiviti di luar waktu persekolahan antara penyebab utama guru berkenaan mencari pekerjaan baru. Janji kerajaan untuk memberi ganjaran kepada guru seperti anugerah berbentuk kewangan dan kenaikan gaji sejak tahun lalu belum lagi ditunaikan. Terdapat juga guru yang tidak puas hati kerana ditukarkan secara drastik hingga memaksa mereka mengajar di sekolah yang jauh dari kediaman. Kerajaan menolak permohonan guru Matematik, Fizik, Sains dan bahasa Inggeris untuk berpindah berdekatan dengan kediaman mereka berikutan kebanyakan sekolah menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar dalam subjek berkenaan. Oleh itu, guru terbabit perlu terus mengajar atau meletakkan jawatan.
ISU KENEGARAAN : RUKUN NEGARA
Tajuk Karangan:
Rukun Negara dijadikan ideologi Negara untuk melahirkan rakyat yang bersatu padu. Namun kini, prisip Rukun Negara makin terpinggir dan seolah-olah dilupakan. Huraikan kepentingan penghayatan Rukun Negara dan langkah-langkah ke arah memupuk kesedaran untuk menghayatinya.
Rukun Negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat supaya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.
Pada hemat saya, kepentingan penghayataan rukun negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh pada undang-undang dan peraturan negara yang ditetapkan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian kerana semua agama di dunia telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan diri dengan Tuhan akan menghindarkan diri daripada gejala yang tidak sihat seperti terlibat dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Jelaslah bahawa penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-undang.
Selain itu, rakyat dapat melahirkan jati diri yang tinggi melalui penghayatan rukun negara. Individu yang patuh pada prisip rukun negara akan sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan teguh dalam menjalani kehidupan. Dengan ini mereka dapat mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan budaya Barat atau budaya hedonisme seperti terlalu berteraskan hiburan yang melampau, pergaulan bebas tanpa batas, dan hilang amalan berbudi bahasa. Individu yang setia kepada raja dan negara tidak akan belot dan menjadi pengkhianat negara. Tuntasnya, penghayataan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai jati diri.
Di samping itu, penghayatan rukun negara dapat mewujudkan warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu. Melalui penghayatan rukun negara kita dapat mendorong dan mengamalkan budaya serta tabiat hormat-menghormati, tolong-menolong, kasih sayang dan amanah dalam kalangan masyarakat. Hasilnya, kita dapat mewujudkan warga yang harmoni di samping negara yang damai dan aman. Hal ini amat bersesuaian dengan prisip kelima Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan yang menggalakkan rakyat sentiasa bersikap baik dan mempunyai nilai ketimuran yang murni. Hal tersebut dapat menghindarkan sikap memburukkan orang lain, terutamanya individu yang mempunyai agama berbeza. Jelaslah bahawa warga Malaysia yang harmoni dan bersatu padu dapat dibentuk melalui penghayatan rukun negara.
Satu daripada langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran dalam kalangan rakyat untuk menghayati prinsip-prinsip rukun negara ialah melalui sistem pendidikan. Pendidikan awal hendaklah bermula di rumah. Ibu bapa perlu menjadi role model dan teladan kepada anak-anak mereka terutama dalam aspek kesopanan dan keagamaan. Di samping itu, pendidikan dapat diteruskan dengan lancar di sekolah terutamanya pelajar dididik oleh guru-guru untuk menghayati prinsip rukun negara melalui mata pelajaran pendidikan moral dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan. Kelima-lima prinsip rukun negara sentiasa dilaung-laungkan melalui pembacaan ikrar dalam perhimpunan sekolah. Kelima-lima prinsip tersebut juga perlu dipaparkan pada papan kenyataan dan dinding bangunan sekolah. Jelaslah bahawa pendidikan merupakan strategi terbaik untuk menyemai sikap menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip rukun negara dalam kalangan rakyat Malaysia.
Tambahan pula, peranan kerajaan turut berperanan penting dalam mendorong dan memupuk kesedaran untuk menghayati prinsip rukun negara. Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kesedaran kepada rakyat agar menghayati prinsip rukun negara dengan sepenuhnya. Kempen kesedaran boleh diadakan di semua jabatan kerajaan, sektor swasta dan petubuhan bukan kerajaan (NGO). Pihak yang berkenaan boleh menggunakan media massa seperti televisyen, radio dan laman web yang merupakan wahana utama menyebarkan maklumat kepada semua lapisan masyarakat dari semasa ke semasa. Dengan ini, tahap kesedaran rakyat tentang peri pentingnya rukun negara dalam kehidupan mereka sentiasa mekar dan subur dalam jiwa mereka.
Langkah yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan dari semasa ke semasa. Pertandingan seperti forum, melukis postar, kuiz dan menulis esei secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai mengamalkan prinsip rukun negara. Bagi pertandingan tersebut. kita dapat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat, terutamanya para pelajar untuk mengambil bahagian. Dengan itu, mereka dapat meluahkan pandangan dan pendapat melalui pertandingan-pertandingan tersebut. Mereka akan lebih bertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan dengan kenegaraan dan sejarah awal penubuhan negara Malaysia yang tercinta ini.
Langkah yang seterusnya adalah mengadakan pertandingan dari semasa ke semasa. Pertandingan seperti forum, melukis postar, kuiz dan menulis esei secara tidak langsung dapat menggalakkan orang ramai mengamalkan prinsip rukun negara. Bagi pertandingan tersebut. kita dapat mengalu-alukan penyertaan penduduk setempat, terutamanya para pelajar untuk mengambil bahagian. Dengan itu, mereka dapat meluahkan pandangan dan pendapat melalui pertandingan-pertandingan tersebut. Mereka akan lebih bertanggungjawab dengan hal-hal yang berkaitan dengan kenegaraan dan sejarah awal penubuhan negara Malaysia yang tercinta ini.
Konklusinya, penghayatan prinsip rukun negara sangat penting dalam negara kita kerana dapat memberi manfaat bagi mengeratkan hubungan antara kaum tanpa mengira agama, bangsa dan kedudukan. Dengan ini, pembangunan negara dapat dijalankan dengan pesat pada masa depan. Oleh itu, pihak kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan(NGO) harus bertindak seia sekata, sehati sejiwa bagai aur dengan tebing untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan menghayati prinsip rukun negara. Mudah-mudahan, kita dapat mewujudkan sebuah negara yang sentiasa dipayungi keharmonian dan kesejahteraan.
PERIBAHASA MELAYU MENGGUNAKAN PERKATAAN "GARAM"
PERIBAHASA 1
Banyak makan garam
MAKSUD
Banyak pengalaman
PERIBAHASA 2
Garam dikulum tidak hancur
MAKSUD
Seseorang yang pintar menyimpan rahsia
PERIBAHASA 3
Garam jatuh di air
MAKSUD
Mudah mengingati atau mamahami (ajaran, nasihat)
PERIBAHASA 4
Garam tumpah, apakah tempatnya
MAKSUD
Kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan
PERIBAHASA 5
Dicecah orang bagai garam
MAKSUD
Perempuan yang tidak kekal lama bersuami, lalu bercerai
PERIBAHASA 6
Membuang garam ke laut
MAKSUD
Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah
PERIBAHASA 7
Sebagai garam dengan asam
MAKSUD
Sudah padan benar (sangat serasi)
PERIBAHASA 8
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor
MAKSUD
Takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian yang banyak
PERIBAHASA 9
Sudah seasam segaramnya
MAKSUD
Tiada bercela
Banyak makan garam
MAKSUD
Banyak pengalaman
PERIBAHASA 2
Garam dikulum tidak hancur
MAKSUD
Seseorang yang pintar menyimpan rahsia
PERIBAHASA 3
Garam jatuh di air
MAKSUD
Mudah mengingati atau mamahami (ajaran, nasihat)
PERIBAHASA 4
Garam tumpah, apakah tempatnya
MAKSUD
Kematian orang miskin atau hina tidak dihiraukan
PERIBAHASA 5
Dicecah orang bagai garam
MAKSUD
Perempuan yang tidak kekal lama bersuami, lalu bercerai
PERIBAHASA 6
Membuang garam ke laut
MAKSUD
Pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah
PERIBAHASA 7
Sebagai garam dengan asam
MAKSUD
Sudah padan benar (sangat serasi)
PERIBAHASA 8
Sayang garam sececah, busuk kerbau seekor
MAKSUD
Takut rugi sedikit, akhirnya mendapat kerugian yang banyak
PERIBAHASA 9
Sudah seasam segaramnya
MAKSUD
Tiada bercela
Langgan:
Catatan (Atom)