Pemenang Anugerah Tokoh guru 2011
Empat penerima Anugerah Tokoh Guru 2011 pula ialah bekas Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Industri Selangor (Unisel), Prof Datuk Dr Ab Rahim Selamat, 66, dari Melaka; Datuk Siva Subramaniam, 64, dari Perak; Hamedah Wok Awang, 63, dari Pahang dan Datuk Rita Jaafar, 62, dari Sabah. Mereka menerima wang tunai RM10,000, pingat emas, plak dan sijil penghargaan disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Pusat Konvesyen Borneo Kuching.
Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan
Bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Matnor Daim, 68, dipilih Tokoh Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan sempena sambutan Hari Guru 2011 peringkat kebangsaan ke-40.
KATA-KATA BESTARI DARI DATUK DR MATNOR DAIM
"Saya terima anugerah ini dengan penuh rendah hati kerana ia adalah berkat sokongan semua insan yang bergelar guru. Anugerah ini besar maknanya bukan hanya kepada saya, tetapi kepada profesion perguruan itu sendiri kerana ia akan lebih memberi semangat kepada guru muda untuk memberikan khidmat terbaik kepada anak bangsa,"
“Kita mestilah ingat bahawa selagi kita bertenaga, selagi bersemangat, selagi itulah kita berkhidmat bukan kerana untuk mendapat nama, menjadi siapa yang terkenal, tetapi kerana allah, kerana generasi muda yang kita sayangi”
KATA-KATA BESTARI DARI
DATUK PROFESOR DR. ABDUL RAHIM BIN SELAMAT
"Anugerah ini adalah satu penghargaan yang jujur daripada komuniti pendidikan dan saya amat menghargainya. Bagi warga pendidik muda pada hari ini, saya nasihatkan supaya berkhidmatlah dengan sejujurnya tanpa mengharapkan penghargaan kerana mulia seseorang individu itu bukan kerana anugerah, tetapi kerana jasa dan bakti yang dilakukannya,"
“walaupun jawatan guru bukan tergolong dalam jawatan profesional, namun tugas serta tanggungjawab yang digalas mereka tetap dikategorikan sebagai profesional. Terdapat lima ciri profesionalisma yang perlu diamalkan oleh seseorang yang bergelar guru bagi memantapkan lagi perkhidmatan serta profession perguruan. Antaranya, pre service trainee (pra latihan), belajar sebelum buat. Kedua in service traine (semasa latihan), kena update knowledge. yang ketiga mesti utamakan pelanggan (pelajar), yang ke empat mesti ada professional ethics (etika profesionalisma) dan yang kelima utamakan kerja lebih dari semuanya.”
KATA-KATA BESTARI DARI DATUK RITA JAAFAR
"Kalau dibandingkan anugerah ini dengan apa yang sudah dicurahkan sepanjang bergelar pendidik, memang ia adalah satu penghargaan yang tidak ternilai. Saya cuma menjalankan tugas sebagai guru dengan ikhlas untuk melihat anak murid berjaya dalam pelajaran dan kehidupan mereka,"
SEMOGA KITA AKAN
MENCONTOHI MEREKA