JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



06 Oktober 2011

ISU SOSIAL : SERAMAI 1,765 ORANG PELAJAR ATAU LEBIH 27 PERATUS DIDAPATI SAKIT MENTAL

Oleh Azrina Ahzan
bhnews@bharian.com.my


PULAU BALI DI INDONESIA

Lebih 27 peratus atau sekitar 1,765 daripada 6,540 pelajar enam sekolah menengah di seluruh negara yang terbabit dalam projek perintis kelolaan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental dikesan mengalami tanda-tanda masalah kesihatan mental yang teruk. Sebanyak 4.8 peratus atau 313 pelajar didapati mengalami masalah tekanan yang teruk, tanda keresahan yang teruk (17.1 peratus atau 1,118 pelajar) dan tanda kemurungan yang teruk (5.2 peratus atau 340 pelajar). Sehubungan itu, semua pelajar terbabit sudah diarah untuk menjalani program intervensi latihan kemahiran daya tindak kesihatan mental, manakala 279 lagi guru sudah dilatih untuk mengenal pasti dan mengendali masalah emosi, tingkah laku dan permasalahan mental di kalangan murid.  Latihan kemahiran daya tindak itu membabitkan antara lain kemahiran untuk menangani stres atau tekanan.  Projek Rintis Minda Sihat Menangani Stres Dalam Kalangan Murid Sekolah itu dijalankan selama enam bulan mulai Mac hingga September lalu bertujuan memperkasakan pelajar bagi menangani tekanan akibat cabaran kehidupan seharian menerusi kemahiran daya tindak. Ia juga bertujuan memberi kemahiran kepada guru untuk mengenal pasti serta mengendalikan murid yang mengalami masalah emosi dan tingkah laku.

Berikutan itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata program itu akan diperluaskan di semua sekolah menengah di seluruh negara bagi meningkatkan kesejahteraan mental di kalangan murid dan warga sekolah.  Projek perintis ini bukan saja bertujuan mengenalpasti masalah tekanan, keresahan dan kemurungan di kalangan pelajar, ia juga diharap mampu mengesan keupayaan daya tindak yang dimiliki oleh pelajar, bagi menangani masalah terbabit.  Dengan adanya data ini, usaha dapat dilaksanakan bagi memperkukuhkan keupayaan daya tindak berkenaan, katanya kepada media selepas mempengerusikan Majlis Penasihat Promosi Kesihatan Mental.  Berdasarkan kajian itu, keupayaan daya tindak pelajar mencatatkan kadar 13.1 peratus (baik), 48.3 peratus (sederhana), 37.7 peratus (ringan) dan 0.9 peratus (teruk).  Justeru, Liow berkata, data itu akan digunakan untuk melaksanakan program bagi meningkatkan daya tindak di kalangan pelajar bagi mengurangkan dan menghapuskan statistik bagi kategori ringan serta teruk.  Mengulas punca masalah kesihatan mental di kalangan pelajar, katanya, ia hanya dikenal pasti selepas pelajar terbabit dirujuk kepada kaunselor kerana projek itu mengesan daya tindak pelajar berdasarkan 21 soalan yang dikemukakan.

SUMBER
BERITA HARIAN
6 OKTOBER 2011


ISU BAHASA : DASAR BAHASA DAN SIKAP BANGSA

DATUK A. AZIZ DERAMAN
Prof. Adjung Universiti Utara Malaysia


GUNUNG EVEREST DI NEPAL

Bulan  ini, kita sekali lagi menggerakkan Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK). Suatu gerakan yang mula dilaksanakan pada 2009 menggantikan gerakan sebelum ini seperti Gerakan Cintai Bahasa Kita dan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Kesemuanya diurusetiakan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Segala kegiatannya akan mengingatkan rakyat bahawa Malaysia memiliki satu Dasar Bahasa Kebangsaan. Seorang anak Malaysia yang dilahirkan pada 1957, kini sudah mencapai usianya yang ke-54. Sepanjang lima dekad lebih, itulah juga usia kedaulatan Malaysia setelah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Bagi seorang anak Malaysia yang dilahirkan pada 1963, kini pula sudah menjangkau usia 48 tahun, sekiranya tanggal pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 diambil kira. Soalnya kenapa selama beberapa dekad itu, isu dan persoalan bahasa tidak putus-putus diperkatakan. Fungsi bahasa Melayu dan bahasa lain dengan jelas dan tegas disebut dalam Perlembagaan Malaysia dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Disemak 1971). Malahan daripada kedua-dua sumber tersebut telah diperluas tafsiran terhadap kedudukan dan fungsi bahasa Melayu dalam beberapa undang-undang yang lain, serta dalam peraturan-peraturan jabatan dan surat pekeliling Kerajaan. Apakah rakyat Malaysia tidak peduli atau mereka benar-benar tahu bahawa Malaysia mempunyai satu dasar bahasa yang sangat molek?

Apakah semua agensi baik di peringkat pusat, negeri atau pihak berkuasa tempatan (PBT) atau mana-mana rangkaian institusi kerajaan cekal mendukung dan bertindak dalam usaha-usaha pelaksanaan dasar bahasa? Sungguh aneh seandainya kepemimpinan di pelbagai peringkat tadi bersikap 'acuh tidak acuh', bersikap 'tidak apa' atau 'sambil lewa' atau lebih banyak mendiamkan diri, berpuas hati setakat kemajuan pencapaian rutin yang ada. Dalam mana-mana peradaban dunia sekalipun, bahasa itu adalah asas pembinaan tamadun bangsa. Memang Malaysia itu sebuah negara berbilang kaum, lalu tercitralah berbilang budaya, bahasa, agama, kepercayaan, warisan seni dan sebagainya, tetapi kepelbagaian itu bukan penghalang kepada kesatuan. Jika keluhuran Perlembagaan dijunjung dan kedaulatan undang-undang dihormati, maka Malaysia sedang berada di jalan cerah disuluhi pedoman aspirasi Perlembagaannya. Tonggak-tonggak kenegaraan sudah kejap dikanunkan secara persetujuan bersama melalui 'kontrak sosial' yang asal. Di Malaysia jelas ada tanda-tanda bahawa perjuangan memperkasakan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang unggul, bahkan sehingga mencapai taraf salah satu bahasa komunikasi dunia dihambat oleh sikap dan tabiat bangsa Malaysia sendiri. Bangsa Melayu pemilik asal bahasa ini pun tidak memiliki suatu keyakinan penuh. Senario mutakhir sedikit goyah, ditambah pula dengan sikap rakyat yang terlalu bermain politik dalam gelanggang semua perkara.

Sebahagiannya terheret di sebalik perjuangan perkauman sempit bukannya wawasan kenegaraan. Dasar bahasa kian terganggu apabila sikap terhadap bahasa Inggeris yang terus 'didewa-dewakan' dan tidak diletakkan dalam perspektif yang benar. Kita bukannya tidak tahu pengimportan budaya yang berorientasikan bahasa Inggeris banyak mendorongkan nilai-nilai budaya negatif 'hedonisme', 'vandalisme' dan 'kriminalisme'. Selain dari rakyat bukan Melayu yang belum menyeluruh menjiwai bahasa Melayu sebagai milik bersama, penekanan terhadap sains dan teknologi serta perindustrian telah mencetuskan tanggapan baharu. Kemajuan kononnya hanya boleh dicapai melalui bahasa Inggeris yang dianggap sangat luar biasa itu. Sikap kita ini sangat berbeza dengan sikap negara-negara lain di Asia seperti Jepun, Korea, Taiwan dan China atau Jerman, Perancis di Eropah. Sesungguhnya rakyat bukan sukar memahami bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa negara adalah milik bangsa Malaysia. Bahasa Melayu itulah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal. Slogan 1Bahasa 1Bangsa 1Negara tetap mendukung konsep 1Malaysia kerana kita ada satu bahasa bersama untuk satu bangsa Malaysia di negara Malaysia yang cuma satu. Pengaruh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu telah merentasi sempadan kaum, etnik dan sukuan, komuniti dan wilayah.

Sayangnya kemajuan dan pengembangannya semakin kehilangan penegasan disebabkan sikap bangsanya. Di Malaysia, ada tendensi dalam pengurusan dan pentadbiran, BM mula digunakan secara bercampur dengan BI. Situasi rasmi dan tidak rasmi mulai kabur. Kewibawaan BM turun naik. Apakah kemungkinan kesan penggunaan bahasa dalam perspektif yang tidak betul? Jika suasananya berterusan maka akan terjadi masalah dan implikasi besar pada masa hadapan. Apakah kita tidak terfikir bahawa suatu waktu bahasa Melayu sebagai bahasa negara akan pupus? Tabiat dan sikap negatif yang berterusan boleh membawa kepada kemusnahan. Penegasan semula pelaksanaan Dasar Bahasa Kebangsaan hendaklah diinsafi semua pihak. Usaha pemertabatannya mungkin tidak menjadi isu lagi kerana statusnya sudah berada di tahap tinggi sebagai bahasa negara. Apa yang perlu dilihat ialah dari segi penyusunan rancangan strategik pelaksanaannya. Pihak kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggerakkan dasar Memartabatkan Bahasa Melayu/Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI). Apakah matlamatnya telah disejajarkan semua agensi, institusi, organisasi dan sektor berkaitan?. Penegasan semula pelaksanaan dasar bahasa memang perlu dilakukan.

Tetapi kita kena melihatnya dari banyak sudut. Cuba teliti tahap kesedaran terhadap Dasar Bahasa Negara, fungsi sebenar bahasa Melayu, pencapaian pelaksanaannya, masalah utama pelaksanaan, peranan agensi perancangan bahasa yakni DBP, peranan agensi pengembangan bahasa yang lain yakni pelbagai pihak berkuasa kerajaan dan perancangan strategik bagi pembangunan, pengembangan dan kemajuannya menjelang tahun 2020. Di pentas dunia global kini, sikap yang harus diambil adalah bagaimana bahasa negara sendiri diperkukuh martabatnya, di samping kita tidak memisahkan diri menguasai bahasa-bahasa utama yang lain. Bahasa Melayu salah satu bahasa yang besar. Jumlah 300 juta penuturnya itu bukan suatu angka yang kecil. Bahasa Melayu juga salah satu bahasa antarabangsa, bahasa serantau dan bahasa nasional di Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Kita boleh kecundang sekiranya bahasa asing dijunjung tinggi sehingga kita kehilangan bahasa dan jati diri negara bangsa.

SUMBER
UTUSAN MALAYSIA
6 OKTOBER 2011


JADIKAN MOTIVASI UNTUK BERJAYA : RAKYAT MALAYSIA PERTAMA DILANTIK SEBAGAI FELO DAN PENSYARAH UNIVERSITI OXFORD


Beliau boleh bertutur dalam tujuh bahasa iaitu 
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, German, 
Perancis,  dan Bahasa Inggeris Lama (Latin dan Yunani) Yunani)


MA (Oxon), MSt (Oxon), DPhil (Oxon), MSIEPM - juga dikenali sebagai Sheikh Afifi - is KFAS Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam  Oxford, dan Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di  Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom, dan juga merupakan  felo pensyarah di Worcester College, Oxford. Beliau merupakan bangsa  Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga  pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia. Dr al-Akiti telah berjaya mendapat ijazah  kedoktoran falsafah (DPhil) dalam jurusan Falsafah Arab Pertengahan  (Medieval) dari Universiti Oxford sebagai Cendekiawan Clarendon pada  tahun 2008. Tesisnya telah menerangkan dan secara sistematiknya dianggap  sebagai suatu bentuk penulisan falsafah yang diletakkan dibawah  kumpulan pertama yang digelar sebagai karpus Madnun, dipersembahkan  kepada teologis Islam termasyur, Imam Al-Ghazali (d. 505/1111) -  penemuannya adalah berdasarkan kepada kaji selidik yang mendalam  terhadap kira-kira 50 manuskrip Arab zaman pertengahan (medieval).  Selain itu, terdapat juga tiga siri kajiannya yang diterbitkan yang  dapat menyajikan edisi kritis dari hasil kerja yang paling maju dan  teknis dari korpus, manual pada metafizik dan falsafah alam yang disebut  Mayor Madnun.

Dr al-Akiti, yang berasal dari Malaysia, telah  dilatih sebagai seorang ahli teologi dan ahli falsafah dalam kedua-dua  bidang keutamaan khususnya berkaitan dengan Dunia Islam dan tradisi  barat. Beliau telah dididik oleh pelbagai Ulama, Dunia Islam yang mahsyur sejak beliau memulakan pengajian dari sekolah pondok  lagi. Beliau telah menerima [[Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam  bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen  Belfast, dimana beliau berpeluang mendapat pelbagai anugerah biasiswa  untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah  di Oxford. Bidang kepakaran beliau adalah dalam bidang teologi Islam,  falsafah dan sains. Pada tahun 2009, bersama dengan Professor Muhammad Abdel Haleem dan IIIT, Dr  al-Akiti beliau telah disenarai pendek sebagai salah seorang yang  tersenarai dalam Anugerah Muslim UK Tahunan, atas kecemerlangannya  menyumbang ilmu pendidikan Islam. Pada tahun 2010, Dr al-Akiti telah dilantik sebagai Ahli Dewan Penasihat Agama Islam Negeri Perak, Malaysia, dimana pengisytiharaan ini telah disempurnakan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah.