Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna aplikasi rangkaian sosial Facebook, Friendster dan Twitter yang tertinggi di dunia. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, dianggarkan terdapat 7.5 juta pemilik akaun Facebook di Malaysia kini. “Ini adalah potensi rakyat yang harus digunakan oleh industri dalam bidang ini untuk memajukan negara khususnya menerusi kandungan mudah alih. “Terdapat fakta yang menunjukkan bahawa kewujudan Facebook, Twitter, inovasi platform Android, aplikasi dalam talian dan mudah alih telah mengubah landskap komunikasi, pemikiran manusia dan melahirkan jutawan baru di Amerika Syarikat,” katanya.
I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
12 November 2010
11 November 2010
STPM 2006 SIRI 2
RETORIK PENDEDAHAN
01. Memberikan takrif tentang sesuatu istilah
02. Memberikan penjelasan tentang sesuatu topik
03. Memberikan panduan untuk melakukan sesuatu
RUJUKAN HORMAT : YANG BERHORMAT
01. Menteri Pelajaran
02. Yang Dipertua Dewan Rakyat
03. Ahli Dewan Undangan Negeri
LETUPAN DUA BIBIR TIDAK BERSUARA [ p ]
01. Udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut.
02. Udara tersekat pada dua bibir yang dirapatkan
03. Udara dilepaskan serta-merta
04. Pita suara tidak bergetar.
BENAR TENTANG PENGHASILAN BUNYI
01. Pita suara bergetar semasa menghasilkan bunyi vokal.
02. Udara keluar tanpa sekatan semasa menghasilkan bunyi vokal.
FONEM YANG MENGALAMI PROSES GLOTALISASI
01. badak
02. saat
03. percik
BENAR TENTANG DIFTONG
01. Terdapat unsur geluncuran
02. Mempunyai satu puncak kelantangan
STPM 2006 SIRI 1
01. Bahasa yang berusia kurang daripada 2500 tahun ialah KELUARGA
KUMPULAN BATU BERSURAT BAHASA MELAYU KUNO
01. Batu Bersurat Kedukan Bukit
02. Batu Bersurat Talang Tuwo
03. Batu Bersurat Kota Kaput
04. Batu Bersurat Karang Brahi
CIRI BAHASA MELAYU KLASIK
01. Penggunaan ayat songsang
02. Penggunaan struktur ayat pasif
03. Penggunaan kata pangkal ayat
04. Penggunaan laras bahasa istana
PERANAN MAJLIS BAHASA BRUNEI DARUSSALAM, INDONESIA, MALAYSIA (MBBIM)
01. Membentuk istilah
02. Menyeragamkan sistem ejaan
SEBAB BAHASA MELAYU DIPILIH SEBAGAI BAHASA RASMI
01. Pernah menjadi lingua franca
02. digunakan oleh majoriti rakyat Malaysia
CONTOH PENGGUNAAN BAHASA TIDAK FORMAL
01. Siapa suruh pergi kedai?
02. Adik Lebai Ali tengah cuci muka.
LARAS BAHASA
01. Laras bahasa bertambah mengikut keperluan.
02. Laras bahasa tidak mempunyai kaitan dengan gaya bahasa.
PERSAMAAN ANTARA LARAS BAHASA AGAMA DAN AKADEMIK
01. Disampaikan secara formal
02. Menggunakan istilah khusus
03. Kandungannya bersifat objektif
04. Mempunyai unsur kematangan dan kebenaran
WACANA : HUBUNGAN TUJUAN DAN SEBAB
Ayat : Derma itu untuk membantu orang susah. Amalan tersebut dituntut oleh agama.
01. Tujuan : Derma itu untuk membantu orang susah.
02. Sebab : Amalan tersebut dituntut oleh agama.
CONTOH AYAT RETORIK PEMERIAN
Datuk saya bernama Raja Abdullah. Orang kampung memanggilnya Tok Ku sahaja. Badannya gempal, tinggi, dan ada tanda hitam di pipi kirinya. Semasa hayatnya, Tok Ku saya terkenal sebagai guru agama dan juga guru silat.
CONTOH AYAT RETORIK PEMUJUKAN
Tahukah anda? Barang keluaran kami diakui mempunyai nilai pulangan yang tinggi. Sudah berpuluh-puluh tahun barang kami menguasai pasaran negara ini. Cubalah sekarang! Kami pasti anda gembira memilikinya.
ISU PENDIDIKAN : SEJARAH AJAR MANUSIA BENTUK KEHIDUPAN MASA KINI LEBIH BAIK
Sejarah mampu membentuk keperibadian diri seseorang. Kita menjadi apa yang kita jadi pada hari ini kerana kita mengenali sejarah diri. Sejarah membentuk ciri-ciri fizikal dan pemikiran seseorang, lalu membolehkan ia menghargai dirinya sendiri dan memahami hak orang lain. Manusia pada hari ini, perlu faham mengenai sejarah hidupnya, keturunan, asal-usul dan masyarakatnya. Orang Amerika Syarikat berbangga dengan sejarah penubuhan negara itu dan memartabatkan George Washington sebagai wira kemerdekaan yang membebaskan negara yang baru itu daripada penjajahan British pada 1776. Mereka berbangga dengan perisytiharan kemerdekaan mereka. China bermegah dengan kebangkitan Mao Tze Tung, India dengan Mahatma Gandhi dan tidak melupai sejarah kegemilangannya pada masa silam membabitkan individu serta perubahan masyarakat.
Israel tidak akan melupakan peristiwa Holokos yang mengorbankan jutaan nyawa rakyatnya di tangan Nazi. Britain pula mempunyai Oliver Cromwell yang menjatuhkan Raja Charles I, memenggal lehernya dan menghapuskan kerajaan beraja pada 1649 untuk beberapa ketika saja. Kemudian beliau terpaksa mengembalikan kerajaan beraja di Britain kerana kerajaan tanpa raja yang dibentuknya itu tidak dapat memerintah negara, sebaliknya menjadi kucar-kacir. Oliver Cromwell sendiri menggantikan raja dan menggelarkan dirinya Lord Protector. Tetapi Britain terjerumus ke kancah kecelakaan yang amat teruk. Beliau sudah belajar daripada sejarah perbuatannya itu lalu membetulkannya dengan membawa kembali sistem kerajaan beraja. Oliver Cromwell kemudian mati dijangkiti malaria. Tiada doktor dapat mengubatinya. Contoh berkenaan hanyalah segelintir, tetapi semuanya membuatkan bangsa itu lebih peka dengan peristiwa sejarah, untuk merancang kehidupan masa depan masing-masing.
Hidup pada zaman ini, manusia perlu membuat perancangan masa depan. Ada orang berpendapat bahawa sejarah tidak penting dipelajari kerana apa yang sudah berlaku sudah tinggal kenangan. Ada yang berasakan mata pelajaran Sejarah tidak diperlukan lagi untuk dipelajari murid sekolah. Bagaimana seseorang itu hendak maju ke hadapan kalau dia tidak mengetahui mengenai apa yang sudah berlaku pada zaman lampau. Bukankah pengalaman dari sejarah mengajar kita membentuk kehidupan yang lebih baik? Pada waktu ini ada pihak mempertikai mengapa perlu ada kedudukan istimewa bagi orang Melayu. Pertikaian ini timbul kerana mereka tidak faham sejarah. Golongan ini akan terus mempertikai kerana mereka buta sejarah. Analisis semasa yang tidak mengambil kira fakta sejarah kenapa kedudukan istimewa orang Melayu itu perlu diteruskan, tidak akan dapat memberikan sebarang manfaat kepada golongan itu. Saya pasti golongan ini akan lebih bersikap jujur sekiranya mereka mempelajari sejarah dan mengetahui bahawa kedudukan istimewa itu sudah diberikan kepada orang Melayu dalam Perjanjian Sosial yang dipersetujui semua bangsa dalam sejarah tanah air kita kerana bangsa Melayu sudah memberikan kerakyatan kepada bangsa lain sebagai kompromi.
Peristiwa dalam sejarah memberi tapak kepada kehidupan masa kini. Masyarakat wajib mengingati masa lampaunya dengan segala kesilapan dan pencapaian demi untuk terus maju dan berkembang. Bukankah peristiwa hitam 13 Mei 1969 banyak mengajar kita untuk terus berwaspada dan mengambil iktibar agar peristiwa itu tidak berulang? Di negara kita sendiri Malaysia, ada ramai yang mahukan mata pelajaran Sejarah diajar kepada pelajar sekolah tetapi ada segelintir manusia yang tidak mahukan perkara ini dilakukan. Orang yang tidak mahu mengetahui mengenai sejarah yang mana bumi dipijaknya, memang tidak mempunyai semangat nasionalis dan tidak berbangga dengan akar umbi keturunannya.
Oleh Dr Hashim Yaacob
Berita Harian
11 November 2010
ISU PENDIDIKAN : PELAN BELAJAR SEPANJANG HAYAT DIRANGKA
Kementerian Pengajian Tinggi merangka satu pelan tindakan membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) bagi tempoh 2011 hingga 2020 yang akan dilaksanakan sebagai dasar dan petunjuk pelaksanaan dalam mendemokrasikan pendidikan negara. Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelan tindakan itu bertujuan memastikan negara bersedia bergerak ke arah status negara berpendapatan tinggi seperti yang disasarkan kerajaan. Katanya, ketika ini kementerian menjadikan pembelajaran sepanjang hayat sebagai tonggak ketiga dalam Sistem Pendidikan Negara bagi membolehkan kerajaan menyediakan modal insan berilmu, berkemahiran dan berdaya saing. Proses mendemokrasikan pendidikan dalam negara adalah sebahagian usaha kerajaan untuk mengupayakan masyarakat supaya mereka tidak tercicir dan menyertai proses pembangunan dan kemajuan negara.
Khaled berkata, kementerian juga merancang mewujudkan sistem PSH yang mapan sebagai agenda nasional selaras Model Baru Ekonomi (MBE), Program Transformasi Ekonomi (ETP), Rancangan Malaysia Ke-10 (RMKe-10) dan konsep 1Malaysia, dengan penekanan terhadap latihan berterusan dan memahirkan semula tenaga kerja bagi pekerjaan bernilai tinggi. Katanya, kementerian kini dalam usaha mengumpul maklumat melalui satu pangkalan data khusus dari semua institusi pengajian tinggi tempatan untuk melihat sejauh mana tahap pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat ketika ini memberikan peluang kepada rakyat mendapatkan pendidikan tanpa mengira kelompok tertentu. Melaluinya, kita nak tahu di mana kedudukan kita setakat ini dan akan membolehkan kementerian merancang lebih baik serta memberikan peluang sama kepada rakyat untuk menyambung pengajian ke tahap tertinggi yang mereka mampu. Katanya, maklumat dikumpul melalui pangkalan data berkenaan akan memudahkan rakyat menyambung pengajian melalui satu mekanisme lebih mudah, termasuk mengiktiraf pengalaman bekerja sebagai syarat umum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.
SERAMAI 90,301 ORANG PERLARIAN KINI BERADA DI MALAYSIA
Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNCHR) sehingga September tahun ini. Timbalan Menteri Luar, Datuk A. Kohilan Pillay berkata, Malaysia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi UNCHR dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dalam penghantaran pulang orang pelarian ke negara asal atau penempatan semula ke negara-negara ketiga yang mahu menerima mereka. Beliau berkata setakat ini seramai 49,082 orang pelarian telah dihantar ke negara ketiga dengan UNCHR sebanyak 68 peratus dan IOM sebanyak 32 peratus, katanya menjawab pertanyaan Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Hamim dalam pertanyaannya ingin tahu jumlah pelarian luar negara yang masih berada di negara dan penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang serta bentuk kerjasama yang diberikan oleh negara-negara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand dan sebagainya. Kohilan berkata isu-isu berkaitan orang pelarian belum pernah dibangkitkan oleh negara-negara sumber seperti Kemboja, Vietnam, Filipina dan Thailand semasa perbincangan dua hala dengan Malaysia.
ISU PENDIDIKAN : PENUBUHAN MPPK BANGUNKAN PENDIDIKAN NEGARA
Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) yang ditubuhkan kelmarin diharap meletakkan pendidikan negara ini pada tahap yang lebih cemerlang. Idea menubuhkan MPPK ini pernah dicadangkan pada 1995, tetapi menjadi kenyataan ada 10 November 2010. Majlis ini mempunyai peranan menasihati Menteri Pelajaran berhubung isu-isu berkaitan pendidikan negara. Untuk tujuan itu, tujuh anggota majlis yang terdiri daripada pakar dalam bidang pendidikan telah dilantik. Majlis ini dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Wan Noordin. Dengan barisan anggota majlis yang terdiri daripada tokoh pendidikan pelbagai kaum, MPPK dijangka mampu memberi nasihat dan input untuk pembangunan pendidikan negara. Sudah tentu mereka memahami apa yang dihasratkan oleh Timbalan Perdana Menteri selaku Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tujuh anggota majlis ini akan melihat sistem pendidikan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat lepasan menengah, hala tuju pendidikan dan pembangunan modal insan serta kebolehpasaran pelajar kita. Adalah tugas anggota majlis ini untuk menimbangkan setiap perkara yang dirujuk kepadanya dan mengemukakan nasihat mengenainya kepada menteri. Sebagaimana harapan Muhyiddin begitu juga rakyat yang mahu MPPK memikirkan kaedah bagaimana untuk merapatkan jurang pendidikan terutama perbezaan aliran demi memupuk perpaduan kaum dari peringkat sekolah. Selama ini banyak isu pendidikan diserahkan kepada masyarakat untuk membuat tafsiran masing-masing. Dengan adanya majlis penasihat ini, tuduhan kepada kerajaan mengenai sesuatu dasar pelajaran dapat dikurangkan. Kita bersimpati dengan kerajaan yang terpaksa turun ke bawah mendapatkan buah fikiran rakyat sebelum melaksanakan sesuatu dasar.
Kadangkala sesuatu dasar yang baik untuk anak-anak dan generasi muda 'terbengkalai' bertahun-tahun angkara permainan politik pihak tertentu. Kini, elok kita serahkan pula kepada tokoh-tokoh pendidikan untuk memerah otak memikirkan apa yang baik untuk pendidikan negara. Biarlah mereka memikirkan perkembangan kurikulum, penilaian dan pentafsiran pendidikan, perancangan dan penggubalan dasar pendidikan serta isu-isu pendidikan. Penubuhan MPPK ini tidak boleh ditangguhkan lagi. Dalam kita bergerak di landasan menuju negara maju dengan rakyat berpendapatan tinggi, soal modal insan iaitu melalui pendidikan perlu diberi keutamaan. Bidang pendidikan perlu ke hadapan untuk tempoh 10 tahun akan datang selaras dengan dasar dan transformasi yang dilakukan kerajaan. Pelan induk pendidikan negara perlu dilaksanakan bersesuaian dengan tuntutan dan perkembangan semasa negara. Jadi tidak salah kerajaan menubuhkan MPPK agar strategi pendidikan negara dapat digerakkan sepenuhnya mengikut hala tuju dan dimensi baru negara.
ISU SOSIAL : MENENTUKAN KETAHANAN KELUARGA
Forum Keempat Peringkat Menteri Asia Timur Mengenai Keluarga (EAMFF) yang berakhir di Kuala Lumpur semalam bersetuju supaya kerajaan dalam setiap polisinya mengambil kira perspektif institusi keluarga terutamanya dalam aspek pembangunan ekonomi dan sosial. Delegasi dari 14 buah negara yang menyertai forum berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan di akhir forum tersebut berpendapat peranan institusi keluarga pada hari ini perlu diperluaskan berdasarkan struktur keluarga tradisional yang kian berubah ekoran modenisasi dan cabaran pembangunan. ''Globalisasi mendedahkan institusi keluarga kepada situasi risiko dan risiko tinggi. Struktur keluarga yang semakin lemah dan perubahan dalam nilai keluarga dan perhubungan boleh mengancam aspek psikososial masyarakat serta masa depan generasi hari ini dan akan datang, '' tambah kenyataan tersebut.
Forum tersebut turut mengakui bahawa ketahanan sesebuah institusi keluarga adalah penting dan perlu menjadi fokus utama bagi kerajaan, masyarakat sivil dan sektor awam. Pada masa yang sama, sistem sokongan adalah perlu untuk membolehkan sesebuah institusi keluarga terus kukuh, sihat dan mampu bertahan. Antara resolusi yang dicapai dalam forum berkenaan ialah meningkatkan jaringan dan kerjasama di kalangan negara anggota EAMFF untuk berkongsi maklumat mengenai polisi keluarga, data, kajian, amalan yang baik dan pembangunan kapasiti dalam menangani masalah yang sering timbul dalam institusi keluarga. ''Perspektif yang memenuhi keperluan keluarga termasuklah keluarga yang menghadapi risiko atau berisiko tinggi perlu dimuatkan dalam setiap polisi dan program yang digubal. Komitmen untuk menjalankan kajian dan program-program pencegahan dan intervensi juga perlu ditingkatkan.
EAMFF yang berlangsung pada setiap dua tahun menjadi platform berkongsi pengalaman demi meningkatkan peranan institusi keluarga sebagai tulang belakang kepada perpaduan, keselamatan dan pembangunan negara. Ia merupakan medan terbaik bagi negara Asia Tenggara untuk berkongsi pengalaman mengenai isu-isu kekeluargaan dan mencari idea terbaik untuk menjalinkan kerjasama serantau. Menurut kenyataan yang diedarkan pada forum tersebut, menyedari ketahanan mampu menyerlahkan kekuatan seseorang individu, sebuah keluarga dan sebuah masyarakat, Malaysia sudah menyiapkan Dasar Keluarga Kebangsaan yang akan akan dibentangkan kepada Kabinet pada hujung tahun ini. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang menyatakan rasa puas hatinya dengan kejayaan EAMFF berkata, kerajaan akan membantu institusi keluarga untuk berhadapan dengan pelbagai risiko agar institusi keluarga tidak terhakis.
''Esok merupakan sambutan Hari Keluarga Kebangsaan. Antara masalah yang dihadapi oleh keluarga ialah kegagalan mendapat cahaya mata. Dari kajian yang dijalankan punca ramai pasangan berselisih faham dan bercerai ialah kegagalan mendapat cahaya mata. ''Sejumlah 30 peratus daripada masalah kesuburan yang berlaku berpunca dari suami, 30 peratus lagi berpunca dari isteri, 30 peratus lagi disebabkan oleh kedua-duanya dan 10 peratus lagi disebabkan masalah yang tidak diketahui," jelasnya. Tambah Shahrizat, masalah kesuburan menyebabkan tekanan psikologi yang hebat dan beban tekanan yang ditanggung oleh mereka yang mengalaminya dikatakan sama dengan tekanan yang dialami oleh seorang pesakit barah. Selain itu rawatan kesuburan di pusat kesihatan swasta biasanya menelan kos yang tinggi. Sejak 1979, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) melalui klinik rawatan kesuburannya sudah berjaya mencatatkan 3,000 kelahiran dari pasangan yang menghadapi masalah untuk mendapatkan zuriat. Ini merupakan satu berita gembira yang boleh dikongsi dengan seluruh dunia.
10 November 2010
LONJAKAN KLCI PETUNJUK KESAN PROGRAM PEMULIHAN EKONOMI
BURSA saham Malaysia menunjukkan keceriaan apabila mencatatkan rekod kenaikan, keuntungan besar dan suasana peningkatan indeks komposit paling tinggi sejak 2008. Pada penutup kelmarin, Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 8.1 mata atau 0.54 peratus kepada 1,519.84, mengatasi paras penutup tertinggi sebelum ini iaitu pada 1,516.22 mata yang dicatat pada 11 Januari 2008. Semalam, pasaran kita melonjak lagi kepada 1521.71 mata semasa bursa dibuka dan ditutup pada 1526.53 mata - naik 6.69 peratus. Perkembangan ini didorong oleh aliran cergas dana asing ke pasaran tempatan berikutan jangkaan prospek pertumbuhan ekonomi yang lebih cerah serta peningkatan berterusan nilai ringgit.
Pencapaian ini juga amat memberangsangkan. Peningkatan Indeks Komposit ini merupakan khabar berita yang amat baik. Kita yakin ia adalah petanda positif terhadap kekukuhan dan pencapaian pasaran kita berbanding dengan beberapa tahun lalu. Melalui aktiviti kempen pelaburan ke negara luar, hasilnya mula dirasai apabila pasaran modal negara kita menjadi tumpuan pelabur asing. Bursa saham kita menawarkan pelbagai tarikan antaranya saham-saham perladangan yang mampu menjana pulangan pelaburan tinggi serta nilai mata wang tempatan yang terus kukuh. Lonjakan dalam Indeks Komposit ini turut disokong oleh beberapa langkah kerajaan dalam mentransformasikan ekonomi negara.
Mahu tak mahu kita perlu akui pengurusan ekonomi negara sekarang kembali stabil dan kukuh. Ini menyebabkan pelabur-pelabur kembali yakin untuk melabur di pasaran Malaysia. Kita berterima kasih kepada Perdana Menteri dan pemimpin kerajaan yang terus melahirkan idea untuk menjana ekonomi negara melalui Pelan Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi, Rancangan Malaysia Kesepuluh dan banyak lagi program ekonomi. Perkembangan ini menunjukkan usaha berterusan kerajaan bagi menangani kegawatan ekonomi sudah berkesan apabila terdapat tanda-tanda ekonomi negara semakin pulih. Kita yakin bahawa langkah pemulihan ekonomi negara kini berada dalam fasa memberangsangkan, berdasarkan perkembangan positif Indeks Komposit sebagai petunjuknya.
Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) merupakan indeks pasaran saham umumnya diterima sebagai kayu pengukur pasaran saham tempatan begitu juga dengan ekonomi Malaysia. Apa pun usaha itu bagaimanapun belum mencukupi dan perlu dipertingkatkan bagi menarik lebih banyak pelabur untuk membuat pelaburan di negara ini. Kita berdoa agar Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur asing berdasarkan keadaan politik dan ekonomi negara ini yang semakin pulih dan stabil.
ISU SOSIAL : SUKARNYA PERANGI RASUAH PADA MASA INI
Banyak pandangan mengatakan bahawa zaman kegemilangan usaha memerangi jenayah rasuah adalah zaman ketika Tan Sri Harun Hashim memegang tampuk kepimpinan Badan Pencegah Rasuah (BPR) di era awal 1970-an. BPR ketika itu, digambarkan sebagai amat berkesan, digeruni dan semua tindakannya dikatakan memberi impak yang cukup besar kepada masyarakat. Tambahan pula kejayaannya mengheret seorang Menteri Besar ke muka pengadilan sehingga dijatuhi hukuman penjara. Berasaskan kejayaan tersebut, imej dan kredibiliti BPR berada di puncak sehingga masih dijadikan asas perbandingan sehingga hari ini. Sebenarnya banyak faktor yang perlu diambil kira untuk membuatkan perbandingan antara dua zaman ini menjadi perbandingan yang benar-benar adil. Antaranya yang paling utama adalah senario politik semasa, kemajuan ICT, sosiobudaya masyarakat pada hari ini adalah amat jauh bezanya berbanding zaman 1970-an.
Kalau di awal zaman 1970-an, masyarakat hanya bergantung pada akhbar dan radio untuk mendapatkan maklumat. Peti televisyen hitam putih hanya mampu dimiliki oleh segelintir masyarakat sahaja. Tetapi pada hari ini, televisyen yang dulunya hitam putih berkembang menjadi 3-dimensi. Adanya Internet, perkhidmatan jalur lebar, Facebook, blog, Twitter, Youtube dan sebagainya. Maklumat disalurkan sekelip mata ke serata pelosok dunia tanpa sebarang sekatan mahupun sempadan. Era globalisasi dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi memacu daya pemikiran masyarakat pada hari ini. Masyarakat menjadi semakin terbuka, kritis dan berani menyuarakan pandangan dan hak masing-masing. Semuanya ini berbeza antara zaman 1970-an dengan zaman era milenium.
SPRM wajar muhasabah diri dengan menilai kekurangan dan kekuatan yang ada untuk menggalas tanggungjawab yang semakin berat dan mencabar ini. Strategi dan pendekatan harus dikaji untuk menyesuaikan senario semasa. Globalisasi, situasi politik, kecanggihan teknologi, perubahan budaya dan corak pemikiran masyarakat, tingkah laku dan modus operandi penjenayah yang semakin kompleks menjadi elemen-elemen penting yang harus difahami agar strategi dan pendekatan tidak tersasar. Persoalan-persoalan ini wajar dikupas untuk memastikan kelangsungan dasar-dasar pencegahan rasuah yang diperkenalkan kerajaan dimanfaatkan serta dinilai masyarakat sebagai suatu perjuangan yang memerlukan penglibatan serta kerjasama segenap lapisan masyarakat.
Ucapan Pengerusi Lembaga Penasihat SPRM Tun Abdul Hamid Mohammed, menjelaskan bahawa usaha dan tindakan memerangi rasuah pada hari ini amat mencabar. Sekiranya Harun Hashim dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada hari ini sekalipun, beliau tidak akan berjaya sebagaimana yang telah dilakukannya pada zaman 1970-an. Kedua-dua zaman adalah amat berbeza sama sekali. Kesungguhan kerajaan sebenarnya tidak harus dipertikaikan. Ini kerana telah banyak inisiatif dan dasar dilaksanakan bagi mengekang masalah rasuah. Seminar "Crimilinalization of Bribery" yang dianjurkan SPRM dan ADB/OECD dalam bulan September 2010 memperlihatkan maklum balas yang cukup positif masyarakat antarabangsa terhadap usaha kerajaan dan SPRM dalam memerangi rasuah di negara ini.
Namun masih ada segelintir masyarakat yang memandang remeh usaha-usaha yang telah dilaksanakan selama ini. Bagi SPRM pujian bukanlah suatu perkara yang dijadikan KPI untuk menentukan keberkesanannya. Apa yang penting, kesungguhan dan sokongan sebilangan besar masyarakat merupakan faktor yang menjadi keutamaan. Jika diukur dasar dan kesungguhan Kerajaan Malaysia terhadap usaha memerangi rasuah berbanding negara-negara lain termasuk negara-negara yang sering dijadikan tanda aras seperti Hong Kong dan Singapura, dasar dan program yang diperkenalkan di Malaysia adalah jauh lebih baik. Cabaran yang paling getir dalam kita memerangi rasuah di alaf ini ialah apabila isu rasuah dipolitikkan. Rasuah dijadikan senjata untuk menghentam dan memburuk-burukkan pihak lawan khususnya pemimpin-pemimpin kerajaan. SPRM sering dijadikan 'makanan yang sedap diratah.' Dalam erti kata lain, SPRM adalah antara institusi terbaik untuk dihentam, dicaci dan ditaburkan kebencian. Ini kerana sifat SPRM sendiri berkait dengan isu integriti dan ketelusan kerajaan.
SPRM juga adalah kredibiliti dan imej kerajaan. Menghentam SPRM bermakna menghentam kerajaan. Sekiranya rakyat sudah tidak mempercayai SPRM maka rakyat juga tidak akan mempercayai kerajaan. Perbuatan segelintir pimpinan politik yang menjadikan rasuah sebagai bahan politiknya untuk memburuk-burukkan sesetengah pihak yang lain wajar dihentikan. Ini kerana ia amat berbahaya kepada aspek ketenteraman dan keharmonian negara. Maka itu banyak cerita bohong, fitnah dan tohmahan liar direka untuk mewujudkan kebencian rakyat terhadap pemimpin dan kerajaan. Mempolitikkan isu rasuah juga sering dijadikan strategi untuk mengelakkan tindakan pihak berkuasa khasnya SPRM. Siasatan dan tangkapan kes-kes rasuah di pihak parti pembangkang dikatakan sebagai konspirasi menjatuhkan mereka.
Terasa begitu pelik apa yang berlaku pada hari ini di mana suspek yang disiasat agensi penguat kuasa tanpa segan silu memanggil media massa untuk diadakan sidang akhbar bagi menjelaskan bahawa beliau disiasat dan konspirasi sentiasa dijadikan alasan bagi mengaburi dan memindahkan kesalahan yang dilakukannya. Kesannya, rakyat berasa simpati dengan si penjenayah dan menghentam agensi yang menyiasat. Masyarakat harus sedar dengan mainan kotor ahli-ahli politik sebegini. Petikan berikut wajar direnungi iaitu Corruption is not about who, but is about harm. Rasuah bukan mengenai kedudukan atau pangkat seseorang, ia harus dilihat berdasarkan kesan atau impak yang diwujudkannya. Dalam erti kata lain, isu ikan besar atau ikan bilis tidak penting, tetapi masyarakat harus melihat dari perspektif yang lebih besar iaitu kesan akibat daripada perlakuan rasuah yang berlaku.
Mengambil contoh beberapa kes kebelakangan ini iaitu berkaitan kecurian pasir di seluruh negara. Yang ditangkap hanya ikan bilis tetapi kesan persekitaran dan kerugian kewangan yang dialami kerajaan adalah besar. Begitu juga kes Imigresen di Pulau Ketam. Beberapa orang yang ditangkap dan didakwa hanya berjawatan Kumpulan Sokongan, tetapi kesan membenarkan warga asing masuk tanpa pengenalan perjalanan yang sah menyebabkan lain-lain jenayah berlaku dan seterusnya mengancam keselamatan negara. Rasuah adalah jenayah. SPRM bukanlah badan politik. Tindakan SPRM berlandaskan undang-undang. Tindakan SPRM bukan dek desakan atau bermotifkan politik. SPRM tidak tunduk kepada arahan atau telunjuk mana-mana pihak. Oleh itu, ahli-ahli politik jangan menggunakan SPRM atau rasuah sebagai senjata untuk menjatuhkan lawan masing-masing. Banyak kesan buruk boleh berlaku sekiranya rasuah dipolitikkan, antaranya: SPRM tidak lagi boleh berfungsi sebagai agensi yang berkesan kerana semua tindakannya dipolitikkan; SPRM akan lebih menumpukan strateginya kepada isu imej dan keyakinan masyarakat daripada menumpukan kepada siasatan kes rasuah; Penjenayah dengan mudah mengelakkan tindakan undang-undang dengan menjadikan konspirasi sebagai asas mengalih pandangan masyarakat; Menimbulkan kebencian rakyat kepada SPRM.
Datuk Ahmad Khusairi Yahaya
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat,
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Utusan Malaysia
10 November 2010
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA YANG BARU : DATUK ABDUL GHAFAR MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran yang baru, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berazam menambah baik skim perkhidmatan pendidikan dan mengangkat profesion keguruan ke tahap lebih tinggi dalam perkhidmatan awam. Beliau berkata, dengan memartabatkan profesion itu maka ia akan memperkemaskan lagi sistem penyampaian dan seterusnya meningkatkan kualiti pendidikan di negara ini secara menyeluruh. ''Saya menyeru semua warga guru di Malaysia supaya meneruskan usaha bakti mendidik anak bangsa dengan memastikan setiap murid dapat menerima pendidikan berkualiti dari peringkat prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas. ''Guru mulai sekarang semestinya berusaha dengan gigih untuk meningkatkan pengetahuan dan kualiti pengajaran mereka. Diharapkan sumbangan mereka dapat melahirkan warganegara yang kreatif dan inovatif ke arah Wawasan 2020," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
Abdul Ghafar, 56, yang sebelum ini bertugas sebagai Pengarah Institut Aminuddin Baki menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang bersara wajib. Sepanjang perkhidmatannya dalam bidang pendidikan, Abdul Ghafar telah memegang pelbagai jawatan penting termasuk Atase Pendidikan di Jabatan Penuntut Malaysia, Washington, Amerika Syarikat; Pengarah Bahagian Sukan Seni dan Kokurikulum serta Ketua Nazir Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Kementerian Pelajaran. Abdul Ghafar berkata, Alimuddin dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran, Tan Sri Dr. Zulkurnain Awang merupakan mentor untuk meneruskan agenda transformasi pendidikan. ''Saya akan memberi komitmen yang tinggi dalam meningkatkan imej pendidikan negara selaras dengan Model Baru Ekonomi," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Ghafar merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas kepercayaan yang diberikan. ''Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana memberi kepercayaan untuk menjalankan tugas ini. ''Sesungguhnya pelantikan ini merupakan amanah yang besar dan saya sangat menghargainya," katanya.
SELAMAT BERTUGAS DATUK!
Langgan:
Catatan (Atom)












