JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



11 November 2010

SERAMAI 90,301 ORANG PERLARIAN KINI BERADA DI MALAYSIA


Seramai 90,301 pelarian kini berada di Malaysia yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang Pelarian (UNCHR) sehingga September tahun ini. Timbalan Menteri Luar, Datuk A. Kohilan Pillay berkata, Malaysia bekerjasama dengan Pesuruhjaya Tinggi UNCHR dan Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) dalam penghantaran pulang orang pelarian ke negara asal atau penempatan semula ke negara-negara ketiga yang mahu menerima mereka. Beliau berkata setakat ini seramai 49,082 orang pelarian telah dihantar ke negara ketiga dengan UNCHR sebanyak 68 peratus dan IOM sebanyak 32 peratus, katanya menjawab pertanyaan Hamim Samuri (BN-Ledang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini. Hamim dalam pertanyaannya ingin tahu jumlah pelarian luar negara yang masih berada di negara dan penyelesaian untuk jangka masa pendek dan panjang serta bentuk kerjasama yang diberikan oleh negara-negara seperti Kemboja, Vietnam, Thailand dan sebagainya. Kohilan berkata isu-isu berkaitan orang pelarian belum pernah dibangkitkan oleh negara-negara sumber seperti Kemboja, Vietnam, Filipina dan Thailand semasa perbincangan dua hala dengan Malaysia.

Tiada ulasan: