JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Mei 2010

PANDANGAN CIKGU ZUL TENTANG KEPENTINGAN PTK DAN LNPT

Pada pendapat saya kedua-duanya penting dalam memajukan kerjaya seseorang guru. Kita tidak harus melihat LNPT dan PTK dari segi ganjaran wang dan gaji yang kita dapat biarpun pada dasarnya kita bekerja untuk mendapatkan wang. LNPT dan PTK adalah masa depan kerjaya kita sebagai seorang guru. Jika kita hendak maju ke hadapan kita kena mempunyai markah LNPT melebihi 85% ke atas dan mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya III dalam PTK.

Ada segelintir guru yang mengambil mudah dan buat tak kisah dengan perkara ini nampu percayalah jika anda bertanya kepada guru-guru yang sudah lama menceburi kerjaya perguruan barangkali pendapat yang sama juga akan diutarakan. Konklusinya, kedua-dua aspek ini tidak boleh dipandang remeh salah satu daripadanya. Cuma, dalam pemberian markah LNPT kadang-kadang mencetuskan kontroversi apabila ada guru yang diberi markah dalamn lingkungan 70% keatas dan kurang daripada 85%.

Penilai pertama dan penilai kedua harus jujur dan amanah serta telus dalam hal ini kerana kesilapan kita menilai seseorang pegawai boleh menjejaskan kenaikan pangkat pegawai tersebut. Contohnya, pegawai DG41 yang memohon "time base" atau "Guru Cemerlang" diminta mengemukakan markah LNPT 3 tahun kebelakangan. Maknanya dalam tempoh 3 tahun kebelakangan markah LNPT beliau mestilah melebihi 85% (90% ke atas lebih baik - berdasarkan maklumat yang disampaikan oleh mereka yang berkaitan).

Walau bagaimanapun, pendapat saya ini berdasarkan persepsi saya yang diperoleh daripada pembacaan, perbualan dan pengalaman sebagai seorang pegawai perkhidmatan pendidikan seperti cikgu-cikgu sekalian.

Tiada ulasan: