JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Mei 2010

JAWAPAN KEPADA PERTANYAAN SEORANG KAWAN YANG SOMBONG "UNTUNGKAH JADI CIKGU?"

Saya berasa saya untung menjadi guru kerana sabagai anak pedalaman yang belajar dalam keadaan serba kekurangan dan ketiadaan di daerah, song, kapit, sarawak saya tidak mempunyai ramai idola seperti anak-anak di bandar. Sebaik sahaja kaki melangkah ke alam persekolahan, saya sudah tanamkan tekad dan azam untuk menjadi guru. Guru saya merupakan idola saya. Kerana gurulah saya menjadi manusia dan kerana gurulah saya mampu bernafas dan keluar dari kepompong dunia saya yang serba kedaifan pada ketika itu. Alhamudillah, kini saya berjaya menjadi guru. Saya tidak pernah menyesal kerana itulah pekerjaan yang mampu dan setaraf dengan diri saya. Apa kurangnya guru jika dibandingkan dengan jawatan lain? Tiada. Kalau dibuat perbandingan dari segi gaji, semuanya sama. Kalau dibandingkan kehidupan guru dengan orang lain, saya lihat tak jauh beza. Kita sebagai guru jangan sewenang-wenangnya mencanangkan benda-benda yang boleh mengaibkan kerjaya kita kepada orang awam. Biarlah mereka berkata namun kita tetap mempertahankan pendirian kita untuk memuja kerjaya kita ini.

Tiada ulasan: