JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



17 Mei 2010

PANDANGAN CIKGU ZUL : MURID MEWAH, GURU PAPA KEDANA

Bagi guru-guru yang mengajar di sekolah bandar yang boleh dikira elit seperti sekolah saya. Ini merupakan fenomena yang biasalah. Guru pakai kereta kancil tetapi murid pula pakai kereja pajero. Tapi rasa hormat itu masih ada. Yang penting kita sebagai guru kena mainkan peranan yang baik. Guru tinggal di rumah sewa buruk di sebelah banglo milik pelajar pun ada. Walau bagaimanapun, murid-murid di sekolah saya tidak pernah mengukgkit hal ini atau membanding-bandingkan dia dengan guru-guru dia setakat 13 tahun saya mengajar di situ. Mereka tengok kebolehan kita mengajar dan menyampaikan ilmu. Kaya dan miskin itu bukan jadi ukuran dalam hal ini kerana situasi itu memang tak boleh diubah terutama bagi guru-guru daif yang berasal dari pedalaman seperti saya yang baru hendak memulakan hidup di bandar. Malah, pelajar saya menggunakan handphone Nokia N95 sedangkan saya hanya menggunakan motorola yang harganya RM150 sahaja. Nak buat macam mana, mereka memang mewah tetapi satu yang baik mereka masih hormat kepada guru (daripada 10 orang mungkin 1 orang yang berlagak ----- tak apalah tu)

Tiada ulasan: