JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



05 Oktober 2010

PENGGUGURAN FRASA PREDIKAT

1. PENGGUGURAN SELURUH FRASA PREDIKAT

a. Pengguguran Frasa Nama

Contoh 1

Ayat Asal
Micheal Owen pemain bola.
David Beckham pemain bola.

Ayat Pengguguran
Micheal Owen dan David Beckham pemain bola.

b. Pengguguran Frasa Kerja

Ayat Asal

Angelina Jolie pulang ke kampung pagi tadi.
Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.

Ayat Selepas Pengguguran
Angelina Jolie dan Jennifer Lopez pulang ke kampung pagi tadi.

c. Pengguguran Frasa Adjektif

Ayat Asal
Seluar Tom Cruise berwarna biru muda.
Seluar Keanu Reeves berwarna biru muda.

Ayat Selepas Pengguguran
Seluar Tom Cruise dan Keanu Reeves berwarna biru muda.

d. Pengguguran Frasa Sendi Nama

Ayat Asal
Cincin itu untuk Pretty Zinta.
Rantai itu untuk Pretty Zinta.

Ayat Selepas Pengguguran
Cincin dan rantai itu untuk Pretty Zinta.

Tiada ulasan: