05 Oktober 2010

MORFOLOGI = AKRONIM

DEFINISI

= salah satu kategori Kata Tunggal
= terbentuk daripada percantuman bahagian-bahagian serangkai kata

TIGA CARA PEMBENTUKAN AKRONIM

1. Percantuman huruf-huruf awal kata
2. Gabungan suku kata awal, huruf awal, sesedap sebutan.
3. Gabungan bahagian awal kata pertama dengan bahagian kata lain yang mengikutinya

PERCANTUMAN HURUF-HURUF AWAL KATA

1. JPM = Jabatan Perdana Menteri
2. LUTH = Lembaga Urusan Tabung Haji
3. USM = Universiti Sains Malaysia

PERCANTUMAN SUKU KATA AWAL, HURUF AWAL ATAU SESEDAP SEBUTAN

1. pukul rata = purata
2. cerita pendek = cerpen
3. jenis nama = jenama
4. kumpulan gitar rancak = kugiran
5. Berita Nasional Malaysia = Bernama
6. Sukan Malaysia = Sukma
7. Majlis Kanser Nasional = Makna

PERCANTUMAN GABUNGAN BAHAGIAN AWAL KATA PERTAMA DENGAN BAHAGIAN KATA LAIN YANG MENYUSULINYA

1. Jantan betina = jantina
2. Jentera tolak = jentolak
3. rumpai air = rumpair
4. tumbuh besar = tumbesar
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts with Thumbnails