JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



04 Oktober 2010

HUBUNGAN DARI ASPEK SEMANTIK DALAM SESEBUAH WACANA

HUBUNGAN SEBAB DAN AKIBAT
Contoh Ayat
Dia sangat mengantuk. Dia tidur.

HUBUNGAN SEBAB DAN HASIL
Contoh Ayat
Dia seorang yang amat rajin belajar. Dia berjaya mendapat keputusan 4A dalam STPM.

HUBUNGAN SEBAB DAN TUJUAN
Contoh Ayat
Lelaki itu mahu berkahwin. Dia mahu memiliki zuriat sendiri.

HUBUNGAN LATAR DAN KESIMPULAN
Contoh Ayat
Rumah itu nampak besar dan cantik. Rupa-rupanya pemilik rumah itu seorang jutawan.

HUBUNGAN SYARAT DAN HASIL
Contoh Ayat
Rakyat Malaysia hendaklah hidup bersatu padu. Perpaduan dapat menjadikan negara kita maju dan makmur.

HUBUNGAN PERBANDINGAN
Contoh Ayat
Dia guru bahasa Melayu yang baik. Guru bahasa Melayu saya lagi baik.

HUBUNGAN MEMPERKUATKAN ISI
Contoh Ayat
Sungguh kejam perbuatan majikan pembantu rumah itu. Dia sampai hati menyimbahnya dengan air panas dan memperkosanya.

HUBUNGAN ADITIF
Contoh Ayat
Pekerjaan saya sudah selesai. Saya mengantuk, jadi bolehlah saya tidur sekarang.

Tiada ulasan: