JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



04 Oktober 2010

BATU BERSURAT ABAD KE 7 DAN ABAD KE-14

BATU BERSURAT ABAD KE-7

BATU BERSURAT 1
Batu Bersurat Kedukan Bukit
Tempat dijumpai : Palembang
Tahun dijumpai : 683 Masihi
Tulisan : Palava

BATU BERSURAT 2
Batu Bersurat Talang Tuwo
Tempat dijumpai : Palembang
Tahun dijumpai : 684 Masihi
Tulisan : Palava

BATU BERSURAT 3
Batu Bersurat Kota Kapur
Tempat dijumpai : Pulau Bangka
Tahun dijumpai : 686 Masihi
Tulisan : Palava

BATU BERSURAT 4
Batu Bersurat Karang Brahi
Tempat dijumpai : Jambi
Tahun dijumpai : 686 Masihi
Tulisan : Palava

BATU BERSURAT 5
Batu Bersurat Gandasuli
Tempat dijumpai : Jawa Tengah
Tahun dijumpai : 832 Masihi
Tulisan : Nagiri

BATU BERSURAT ABAD KE-14

BATU BERSURAT 6
Batu Bersurat Pagar Ruyung
Tempat dijumpai : Minangkabau
Tahun dijumpai : 1356 Masihi
Tulisan : India (Berunsur puisi sanskrit)
- Imbuhan "mar" dan "ni" menjadi "ber" dan "di"

BATU BERSURAT 7
Batu Bersurat Minye Tujuh
Tempat dijumpai : Acheh
Tahun dijumpai : 1380 Masihi
Tulisan : India
- Mengandungi perkataan Arab berunsur puisi dan doa

BATU BERSURAT 8
Batu Bersurat Terengganu
Tempat dijumpai : Sungai Tersat Kuala Berang Terengganu
Tahun dijumpai : Antara 1303 - 1387 Masihi (Tahun tidak dapat ditentukan)
Tulisan : Jawi
- Kandungan tentang undang-undang

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Saya cuma ingin menambah info tentang batu2 bersurat atau juga disebut prasasti yang bertulis dalam bahasa Melayu, baik bahasa Melayu Kuno mahupun Melayu Klasik (Pertengahan).

Kesemua prasasti ini berada di Indonesia dan Malaysia, antaranya:

1. Prasasti Sojomerto, Desa Sojomerto, Kecamatan Reban, Batang, Jawa Tengah, awal abad ke-7 M paling tua.

2. Prasasti Kedukan Bukit, Palembang, Sumatera Selatan, 16 Jun 682 M.

3. Prasasti Talang Tuwo, Palembang, Sumatera Selatan, 23 Mac 684 M.

4. Prasasti Kota Kapur, Kota Kapur, Bangka, 686 M.

5. Prasasti Bukateja, Bukateja, Purbalingga, Jawa Tengah, abad ke-6 M atau ke-7 M.

6. Prasasti Karang Brahi, Karangberahi, Jambi, abad ke-7 M.

8. Prasasti Telaga Batu, Palembang, Sumatera Selatan, abad ke-7 M.

9. Prasasti Palas Pasemah, Palas,Lampung,abad ke-7M

10. Prasasti Raja Sankhara, Sragen, Jawa Tengah, abad ke-8 M (kini hilang).

11. Prasasti Kayumwungan, Karangtengah, Temanggung, Jawa Tengah, 824 M (dwibahasa, Melayu Kuno dan Jawa Kuno).

12. Prasasti Gandasuli I dan II, Candi Gondosuli, Desa Gondosuli, Kecamatan Bulu, Temanggung, Jawa Tengah, 832 M.

13. Keping Tembaga Laguna, Manila, Filipina, 900 M.

14. Prasasti Hujung Langit, Hujung Langit, Lampung, 997 M.

15. Prasasti Dewa Drabya, Dieng, Jawa Tengah.

16. Prasasti Mañjuçrighra, Candi Sewu, Prambanan, Klaten, Jawa Tengah, 2 November 792 M.

17. Prasasti Terengganu, Trengganu (Malaysia), (abad ke-14 M, iaitu 1303, 1326 atau 1386).

18. Prasasti Minyetujoh, Minye Tujuh, Aceh, 1380 M.

Sumber: Wikipedia.org Indonesia

Pautan: http://id.wikipedia.org/wiki/Daftar_prasasti_di_Nusantara

By Shah

Tanpa Nama berkata...

Salam,

Ada batu bersurat dalam bahasa Melayu Kuno yang TERTUA, iaitu dipahat pada abad ke-4 M (dalam 300 M ke atas), berbanding dengan Prasasti Kedukan Bukit yang dipahat pada abad ke-7 M (682 M).

Prasasti/batu bersurat TERTUA ini diberi nama "Dong Yen Chau" dan wujud di Vietnam.

Di tengah & selatan Vietnam dulu merupakan Kerajaan Champa/Lin Yi yang mana rakyatnya berbahasa Melayu Cham. Kerajaan ini telah wujud sejak abad ke-1 M lagi.

Namun begitu, suku2 Austronesia/Rumpun Melayu di kawasan tanah besar Asia itu telah wujud sejak 3,000 thn dulu, kira2 sejak 1,000 Sebelum Masihi (S.M.).

Mereka ialah pemilik "Budaya Sa Huynh" (Sa Huynh Culture) yang gah sejak 1,000 SM hingga 200 M di tengah & selatan Vietnam.

Berikut ialah isi prasasti Dong Yen Chau yang dipahat pada abad ke-4 M:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"


Antara kosa kata Melayu Kuno dalam prasasti di atas:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini


Oleh Shah

Unknown berkata...

Ok

Unknown berkata...

Ok