SAYA BELI BAJU (WARNA OREN) INI UNTUK MEREKA SUPAYA LEBIH BERSEMANGAT SEMASA BERJUANG DEMI MEMPEROLEH KEJOHANAN
I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
02 Jun 2023
MASIHKAH KAU INGAT? PENGALAMAN MENDAPATKAN SUNTIKAN VAKSIN COVID-19
Saya sebenarnya takut mengambil suntikan vaksin ini tetapi saya takut dituduh menjadi penyebar penyakit COVID-19 dan penyebab orang lain kehilangan nyawa dan sayangkan kerjaya maka saya putuskan juga niat untuk ikut orang lain. Semasa suntikan vaksin Dose 1, pada mulanya tidak ada rasa sakit. Namun begitu, selepas beberapa jam, lengan sebelah kiri saya mulai rasa sakit dan badan mulai demam. Rasa sakit itu makin teruk menjelang malam hingga saya terpaksa menelan penadol untuk mengurangkan kesakitan. Tidur jadi tidak lena kerana badan terasa panas. Walau bagaimanapun, saya tidak mahu pergi ke klinik atau hospital kerana saya tahu punca sakit yang saya alami adalah suntikan vaksin tersebut. Lagipun, kalau kita pergi ke klinik atau hospital ketika itu, kita memang dianggap mengidap penyakit COVID-19, silap-silap kena tahan untuk kurantin. Rasa sakit itu mulai reda selepas beberapa hari. Semuanya kembali seperti biasa.
Beberapa minggu selepas suntikan Dose 1, saya perlu mendapatkan suntikan Dose 2, saya masih lagi takut tetapi perlu juga pergi kerana saya tidak mahu dipertanggungjawabkan jika dituduh sebagai punca yang menyebabkan orang lain mendapat jangkitan COVID-19. Saya masih ingat dahsyatnya natizen memarahi, mencaci, dan menghina seorang perempuan yang dikatakan menjadi penyebab "KLUSTER PASAI" pada masa itu. Kesan suntikan Dose 2 tidak seteruk kesan yang saya hadapi semasa DOSE 1. Saya telah bersedia awal ikut nasihat rakan-rakan, makan penadol terlebih dahulu. Saya masih ingat, semasa COVID-19 melanda, ubat yang paling penting ialah Penadol.
Saya pernah disahkan positif Covid-19 hingga diberikan gelang warna merah jambu. Saya menjalani kurantin di rumah sendiri selama 7 hari. Ketika itu, ramai kawan-kawan yang datang menghantar makanan dan ubat-ubatan kerana saya tidak boleh keluar hari rumah. Kalau kita kena COVID-19 ini deria rasa kita hilang. Kita masak lauk, andai terlebih garam pun kita tidak akan rasa kerana semua rasa makanan jadi tawar. Jika kita bancuh kopi, kita bubuh dua sudu gula dalam segelas kopi pun kita tidak rasa terlalu manis atau tidak kerana semuanya tawar. Deria rasa saya hilang selama seminggu. Takut juga pada masa itu kerana saya banyak membaca tentang penyakit COVID-19. Setiap hari saya perlu menjawab survey yang dihantar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi My Sejahtera. Alhamdulillah, selepas 10 hari saya mulai berasa sembuh.
Pada 14 Disember 2012, pukul 8:00 pagi saya mendapatkan suntikan Booster Dose 1. Suntikan yang ketiga ini tidak mendatangkan kesan atau alahan terhadap diri saya. Saya berharap agar tiada lagi penyakit berjangkit yang muncul. Pengalaman menjalani kehidupan sebagai guru semasa COVID 19 melanda amatlah perit. Kenangan itu akan terus kekal di ingatan sampai bila-bila untuk diceritakan kepada generasi akan datang. Sesi persekolahan yang dilaksanakan dalam talian dan sekejap buka untuk bersemuka dan tutup apabila ada kes COVID-19 amatlah perit bagi kita semua. Kesannya, ramai anak-anak yang masih belum mengenal huruf di sekolah rendah masuk pula ke sekolah menengah kerana tidak diberi peluang untuk mengulang kembali hanya mereka yang terlibat sahaja yang tahu. Bayangkan semasa sekolah ditutup untuk sesi bersemuka pada 17 Mac 2020, murid itu berada di tahun 1, dan belajar dalam talian (bagi yang mampu), kemudian pada awal tahun 2022, barulah persekolahan bersemuka betul-betul berlangsung hingga sekarang, mereka terus masuk tahun 3. Apa-apa pun alasan, hidup perlu diteruskan. Tiada sesiapa pun yang minta keadaan itu terjadi, kita mesti hadapi dengan penuh cekal dan tabah.
01 Jun 2023
MY MESSAGE TO YOU : UNDERSTANDING AND GUIDING CHALLENGING STUDENTS: A TEACHER'S REFLETION
As we grow older, maturity shapes the way we act and respond to challenges. We are no longer childish in our decisions, and our perspectives become more balanced. As a teacher with over two decades of experience, I have learned that teaching is not only about delivering knowledge but also about understanding students’ attitudes and learning how to win their hearts.
In the early years of my career, I struggled with “naughty” or disruptive students. My instinct was to scold them, isolate them, and ignore their behaviour. I believed that those who refused to study hard deserved to fail. If they did not pass their exams, I felt no regret. Like many other teachers, I assumed discipline problems stemmed from laziness or disinterest. However, over time, through self-reflection, I realised that such an approach was limited and unfair.
The Turning Point
My outlook began to change when I made an effort to engage with these students on a personal level. Instead of pushing them away, I approached them. I talked with them, shared food and drinks, and gradually they began to open up about their lives. Their stories were often heartbreaking: family conflicts, financial struggles, neglect, or abuse. Many acted out at school not because they rejected learning, but because they were searching for attention and care.
This revelation reminded me of Maslow’s hierarchy of needs (1943), which emphasises that basic psychological and emotional needs must be met before individuals can focus on higher goals such as academic achievement. Without love, safety, and belonging, learning becomes secondary. Punishing students without understanding their context only deepens their sense of isolation.
Building Relationships with Students
The closer I became to these students, the more I understood them. I began to see them not as troublemakers but as children in need of guidance and compassion. I treated them as if they were my own children, offering encouragement and instilling hope for the future. Over time, I witnessed their transformation. Students once labelled as “naughty” developed into respectful young people who remembered their teachers with gratitude. They greeted me politely even years later, never holding grudges despite the scoldings they endured.
This experience aligns with Noddings’ (2005) theory of the ethic of care, which stresses that teaching is fundamentally relational. Students are more likely to thrive when they feel genuinely cared for and valued as individuals. By humanising my interactions with students, I saw positive changes not only in their behaviour but also in their academic progress.
A Broader Philosophy of Education
After 26 years as a teacher, I no longer differentiate between “good” and “bad” students. I believe every child deserves equal attention and support to succeed. My responsibility is to help all students discover their potential, regardless of their background or behaviour. This perspective echoes the philosophy of holistic education, which views success not merely in terms of academic performance but in developing character, resilience, and self-awareness (Miller, 2007).
I now spend more time motivating students and encouraging them to see education as a pathway to a prosperous life. I remind them that success in life is not determined solely by achieving straight A’s. Rather, it lies in cultivating critical thinking, noble values, and self-respect. Even if they pursue ordinary jobs, they can still live fulfilling lives if they know who they are and love themselves. This aligns with contemporary educational research, which highlights the importance of social-emotional learning (OECD, 2021).
Conclusion
In conclusion, my journey as a teacher has taught me that every student, no matter how disruptive, has a story. What they need is not rejection but guidance, care, and hope. Teachers must look beyond exam grades to nurture the whole person, helping students develop into individuals who are confident, responsible, and compassionate.
I continue to pray that all my students will find direction in their lives. Teaching, for me, is not simply a profession but a calling — an opportunity to shape lives with sincerity and love. True education is not only about producing scholars but about producing human beings who can live meaningfully and with dignity.
References
-
Maslow, A. H. (1943). A Theory of Human Motivation. Psychological Review, 50(4), 370–396.
-
Miller, R. (2007). The Self-Organizing Revolution: Common Principles of the Educational Alternatives Movement. Brandon, VT: Holistic Education Press.
-
Noddings, N. (2005). The Challenge to Care in Schools: An Alternative Approach to Education. Teachers College Press.
-
OECD. (2021). OECD Future of Education and Skills 2030 Concept Note. Paris: OECD Publishing.
BELANJA TEAM SEPAK TAKRAW NASI AYAM SEBAB JUARA SEMUA KATEGORI
JAMUAN ADILFITRI 2023 OLEH GURU-GURU MUSLIM
BIAR GAMBAR BERCERITA : HARI GURU SMK DURIN TAHUN 2022
LIMA HALANGAN UNTUK KITA MARA KE HADAPAN
1. Paras Rupa dan Ciri Fizikal
Manusia selalu memilih paras rupa dan bentuk badan seseorang untuk dijadikan pasangan, sahabat, atau kawan. Yang nampak hodoh di mata mereka (bukan di mata Allah) bukan sahaja ditolak malah dihina tanpa basa basi. Kebolehan, kepintaran, dan kecerdikan seseorang selalu tenggelam kerana sikap terlalu mementingkan rupa, gaya, dan ciri fizikal seseorang. Pada pendapat saya, kita tidak perlu rasa rendah diri atau mengalah dengan sikap manusia sebegini. Yakinlah dengan ciptaan Tuhan kerana hanya keyakinan akan menjadikan kita kuat dan hebat sehingga mereka tidak dapat menolak kita. Kebencian mereka itu hanya ujian daripada Allah untuk melihat sejauhmanakah kita tabah dan sabar menerima kutukan dan cacian. Jika kita ada keyakinan, insya-Allah semua itu hanyalah lelucon yang tidak menjadi kudis pun kepada kita.
2. Pangkat, harta, dan kekayaan
Allah juga selalu memotivasikan kita supaya melihat tingginya pangkat, banyaknya harta dan kayanya seseorang di dunia. Jika kita lemah, kita selalu membanding-bandingkan diri kita dengan mereka sehingga kita jadi lemah semangat untuk berusaha. Kita leka melihat kemewahan dan kesenangan hidup yang mereka pamerkan sehingga terlupa untuk berusaha memajukan diri sendiri. Kita seronok melihat dunia artis atau influenser yang bermandi duit di media sosial sehingga kita membazir duit melaburkan ratusan ringgit supaya mereka menjadi lebih kaya dan kaya wahal kita hanya syok sendiri bercerita dan memuja mereka dari kejauhan. Akhirnya kita terus lena bermimpi dan berangan-angan sehingga masa terbuang begitu sahaja. Alangkah beruntungnya kalau kita selalu melihat kekurangan diri dan berusaha untuk meningkatkan prestasi diri daripada memuja orang yang sebelah mata pun tidak memandang atau mengenali siapakah kita.
3. Selalu Menghina Bangsa Sendiri
Kita selalu merendah-rendahkan kebolehan bangsa sendiri sehingga mentaliti kita tersekat untuk mencari ikhtiar maju ke hadapan untuk bersaing dengan bangsa lain. Oleh sebab itu, kita mudah dipecahbelahkan oleh bangsa lain supaya kita terus hidup di bawah telapak kaki mereka hingga beratus-ratus-ratus tahun. Akhirnya, yang rugi adalah kita. Mentaliti kita mudah dijajah kerana semangat kita tidak kuat untuk bersaing dan berdikari. Mereka tidaklah sekuat mana tetapi mereka bersatu dan saling membantu. Kita pula walaupun banyak tetapi lemah kerana asyik berbalah dan bertelagah hingga lupa untuk berjuang membela nasib sendiri yang jauh tertinggal di belakang. Saban tahun kita mengeluh tetapi tiada keberanian untuk mara ke hadapan.
4. Iri hati, Cemburu, dan Dengki
Semua manusia selalu kalah dengan 3 sifat buruk ini, iaitu rasa iri, cemburu, dan dengki dengan kebolehan orang lain. Sikap sebegini menyebabkan kita asyik memikirkan cara untuk menjatuhkan sesorang. Kita habiskan masa berjam-jam untuk bercerita tentang sikap buruk orang sampai mengabaikan tugas dan tanggungjawab terhadap diri sendiri. Akhirnya, Allah tarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah diagihkan kepada kita dan bagi kepada orang lain yang lebih berhak. Allah biarkan kita hanyut dibawa arus tidak sedar diri hingga memunahranahkan kehidupan yang patut kita perjuangkan. Jika kita tidak membuang 3 sikap ini dari dalam diri kita, selama itulah kita akan terus hidup dibungkus oleh selimut kegagalan. Niat hati selalu kandas, hajat hati selalu terbabas, dan impian hati selalu tersasar. Seandainya kita selalu melihat kejayaan orang lain dengan pandangan yang positif pasti Allah akan permudahkan laluan kita untuk berusaha menjadi seperti mereka.
5. Terlalu Malas Mencari Ilmu
Kita sering bangga dengan kehidupan sekarang hingga riak kita terpancar dan terpamer terang di media sosial. Harga kopi RM34.00 segelas di Starbuck pun kita pamerkan. Kita habiskan banyak masa berasmaradana dengan dunia yang penuh dengan warna-warni nan melalaikan. Kesudahannya, kita tandus ilmu kerana tidak punya waktu untuk menelaah. Ruang ilmu yang kita ada hanyalah sendiwara dunia di media sosial yang makin lama makin melemahkan otak kita untuk berfikir. Impaknya, kita bagaikan tidak pernah pergi ke sekolah walaupun memiliki ijazah sarjana dari universiti terkemuka. Ruang untuk kita lari daripada subsidi tidak tercapai kerana kita tidak berusaha mencari dan mengali ilmu untuk memajukan diri. Penghujungnya, kita hanya mampu mengigit jari menyaksikan orang lain berjaya.
Kita manusia ini memang tidak sempurna tetapi sekiranya kita berusaha untuk menyempurnakan diri dari segi pemikiran dan tindakan, insya-Allah kita mampu membentuk diri menjadi umat-Nya yang terbaik. Oleh itu, sama-samalah kita berhijrah ke ruang kehidupan yang lebih selesa dan bebas daripada masalah dan kegagalan demi kesejahteraan yang azali untuk dinikmati hingga ke hujung usia.













































