JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



01 Jun 2023

BELANJA TEAM SEPAK TAKRAW NASI AYAM SEBAB JUARA SEMUA KATEGORI

 





Saya memang sudah sedia maklum bahawa SMK Durin memang hebat dalam permainan sepak takraw kerana semasa menjadi Penolong Kanan Kokurikulum di SMK Sibu Jaya, saya selalu mengikuti perkembangan SMK Durin dalam permainan Sepak Takraw. Walaupun semasa COVID-19 melanda, mereka tiada latihan intensif, pelajar memang lepas geram dalam Kejohanan Sepak Takraw Daerah Sibu pada tahun 2022. SMK Durin menjuarai kedua-dua kategori yang dipertandingkan dan mewakili Daerah Sibu dalam Pertandingan Peringkat Negeri. Walaupun saya bukan Penolong Kanan Kokurikulum, jiwa saya masih kuat dengan sukan maka saya belanja semua pelajar seramai 18 orang nasi ayam

Tiada ulasan: