Keratan Akhbar Borneo Post
Johan Pidato Piala Diraja tahun 1993 kategori lelaki. Kategori Perempuan dimenangi oleh Saudari Cynthia Su Lee Ung dari SMK St Elizabeth.
Saya masih ingat masa saya datang ke asrama, semua
pelajar di Asrama Pelagus bersorak gembira meraikan kemenangan saya. Ketika
itu, saya Pengawas Kanan di Asrama Pelagus. Asrama yang selalu mendapat Johan
dalam Pertandingan Keceriaan Asrama mingguan. Saya dikelilingi oleh ramai
pelajar yang baik hati ketika belajar di SMK Kapit. Yang membezakan saya dengan
mereka hanya saiz badan, walaupun saya Tingkatan Enam, saya kelihatan kecil
jika berdiri di sebelah pelajar Tingkatan 3,4,5. Mereka selalu belanja saya
makan maggie (makanan paling sedap ketika itu). Ketika pertandingan ini, saya diiringi oleh dua orang sahabat karib saya ke Sibu, iaitu Ngali Anak Gara dan Janda Anak Pioh. Saya memang minat berpidato semasa sekolah. Saya berlatih sendiri. Saya buat teks sendiri. Saya baca Majalah Dewan Masyarakat untuk mencari fakta-fakta dan statistik penting bagi melengkapkan lagi teks yang saya karang. Saya suka mengumpulkan bahasa-bahasa yang menarik. Hobi membaca untuk mencari kosa kata, frasa dan ayat-agar yang menarik dan gramatis memang sudah tertanam dalam jiwa saya sejak dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan