Tindakan menghukum pelajar secara keterlaluan atas apa juga kesalahan sehingga ke tahap mendera tidak sepatutnya berlaku. Walaupun hukuman itu perlu bagi mendisiplinkan pelajar, tetapi ia tidak sepatutnya hingga boleh mencederakan atau menyebabkan mereka menjadi trauma. Kejadian seorang pelajar berusia 13 tahun di sebuah sekolah agama di Bachok, Kelantan yang bukan saja dipukul, malah dirantai gurunya adalah keterlaluan dan tidak wajar. Dalam kejadian 6 Julai lalu, pelajar terbabit, Mohd Ihsaan Mohd Hussin yang belajar di Tahfizul Quran Al Ikhlas, dirantai kedua-dua kakinya selama sejam atas kesalahan menghisap rokok. Walaupun merokok itu satu kesalahan serius bagi seorang pelajar, namun hukuman yang dikenakan itu boleh dianggap tidak bertamadun. Kita simpati dengan ibu bapa serta keluarga pelajar terbabit. Ketika mengharapkan anak mereka mendapat ilmu agama yang mencukupi bagi bekalan dunia akhirat dan dijaga dengan baik oleh pihak sekolah, tetapi ia tidak berlaku seperti yang mereka hajati.
Pihak sekolah sepatutnya mengenakan hukuman lebih sesuai bagi mendisiplinkan pelajar mereka. Kita bimbang pelajar akan berada dalam keadaan ketakutan melampau selama berada di sekolah atau asrama. Suasana itu pastinya tidak sesuai untuk pelajar menimba ilmu kerana bimbang hukuman yang berbentuk ‘seksaan’ ini akan dikenakan ke atas mereka pada bila-bila masa. Kita juga bimbang kesan daripada hukuman yang keterlaluan ini akan menghantui mereka sepanjang hidup, malah lebih buruk ia akan terbawa-bawa sehingga mereka dewasa. Justeru, kita berharap pihak terbabit sama ada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) atau Jabatan Agama Islam negeri yang mengawal selia sekolah agama dapat memantau keadaan ini. Pihak berkenaan sepatutnya mempunyai garis panduan jelas mengenai bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar seperti diamalkan di sekolah kebangsaan (SK) atau sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Kita tidak mahu kejadian sama di Kangar, Mac lalu berulang apabila seorang guru agama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan, dituduh mendera murid Tahun Satu, Saiful Syazani Saiful Sopfidee hingga mati. Kita berasa kecewa kerana sekolah agama yang sepatutnya menerapkan nilai disiplin yang tinggi berteraskan ajaran Islam, namun berlaku pula sebaliknya. Lebih mengejutkan maahad tahfiz terbabit belum didaftarkan walaupun sudah beroperasi sejak 10 tahun lalu. Apapun, kita berharap ibu bapa yang mahu menghantar anak masing-masing ke sekolah agama supaya memastikan terlebih dulu sekolah terbabit berdaftar dengan pihak berkuasa dan mempunyai peraturan jelas. Selain itu ibu bapa juga harus memastikan tenaga pengajarnya juga terlatih supaya mereka tahu peraturan serta garis panduan yang perlu dipatuhi.
SUMBER
BERITA HARIAN
15 MEI 2011
2 ulasan:
A MAJID BIN MOHD SHAH
PEGAWAI PENYIASAT JENAYAH,
IBUPEJABAT POLIS DAERAH,
16300, BACHOK,
KELANTAN.
TUAN,
LAPORAN PRESTASI PELAJAR
SAYA SEBAGAI PENGETUA MAAHAD MENDAPATI MOHD IHSAAN BIN MOHD HUSSAIN SEORANG PELAJAR YANG BANYAK MEMBERI MASAALAH KEPADA MAAHAD INI, DI SINI SAYA AKAN NUKILKAN PRESTASI BELIAU;
1. TAHAP PEMBELAJARAN:KELAS NAZIRAH (QIRAATI) AMAT LEMAH DALAM PELAJARAN DAN SUKAR DI TEGUR
2. AKTIVITI KO-KORIKULUM:DI MAAHAD INI MENGANDUNGI DUA PROGRAM IAITU PROG. MINGGUAN DAN BULANAN. PROGRAM MINGGUAN IALAH QIAMULLAIL PADA MALAM JUMAAT DAN PROG. BULANAN PULA IALAH PELAJAR SERTA GURU MENGIKUTI PROGRAM DAKWAH SEHARI SEMALAM DI MASJID YANG BERHAMPIRAN. PIHAK MAAHAD JUGA MENGADAKAN GOTONG ROYONG MEMBERSIH KAWASAN MAAHAD APABILA PERLU.
3. KEHADIRAN: KEHADIRAN MOHD IHSAAN KE KELAS TIDAK MEMUASKAN DAN SELALU KELUAR KELAS TANPA MENDAPAT KEIZINAN DARI GURU KELAS. APABILA DIBERI CUTI SELAMA 2 HARI BELIAU MENIPU BAPANYA MENGATAKAN MAAHAD MEMBERI CUTI SELAMA SEMINGGU.
4. MASAALAH YANG DIKESAN:
4.1: MEROKOK
4.2: MEMPENGARUHI PELAJAR LAIN AGAR MEROKOK
4.3: SELALU MENIPU GURU
4.4: MELAWAN GURU
4.5: MENGUGUT GURU SUPAYA TIDAK DI AMBIL TINDAKAN APABILA BUAT KESALAHAN.
4.6: SELALU KELUAR DARI KAWASAN MAAHAD TANPA KEBENARAN
4.7: MEMBULI PELAJAR YANG LEMAH
4.8: MENGGANGGU PELAJAR YG SEDANG TIDUR DAN SOLAT
4.9: MEMERAS UGUT PELAJAR DENGAN MEMINTA WANG DARI PELAJAR
4.10: PONTENG KELAS
4.11: MEMBAWA TELEFON BIMBIT WALAU DI LARANG
4.12: KERAPKALI MENGINTAI PELAJAR PEREMPUAN PADA WAKTU LEWAT MALAM
4.13: MELAKUKAN GANGGUAN SEKSUAL TERHADAP PELAJAR
4.14: MELAKUKAN CUBAAN MELIWAT TERHADAP PELAJAR
5. MUTU DISIPLIN: MUTU DISIPLINNYA AMAT BURUK, MEMPUNYAI BANYAK KESALAHAN. SEPATUTNYA BELIAU TELAH DI BUANG DARI MAAHAD. TETAPI DI ATAS RAYUAN BAPA PELAJAR TERSEBUT SUPAYA ANAKNYA TIDAK DI BUANG DAN PIHAK MAAHAD TELAH MEMBUAT PERTIMBANGAN. BAPA PELAJAR JUGA MENGARAHKAN GURU SUPAYA MEROTAN ANAKNYA APABILA MEMBUAT KESALAHAN.
6. PERGAULAN DENGAN RAKAN: PELAJAR TERSEBUT SELALU MELAWAN TEGURAN ATAU NASIHAT PELAJAR LAIN. BELIAU JUGA SELALU MEMBULI PELAJAR YANG LEMAH.
7. HUBUNGAN DENGAN GURU: HUBUNGAN DENGAN GURU SAMA SEPERTI PELAJAR2 LAIN. CUMA MOHD IHSAAN PERNAH MENGUGUT UNTUK MEMBERI TAHU KELUARGA SUPAYA MEMUKUL GURU JIKA DI AMBIL TINDAKAN DISIPLIN.
8. PERKARA ATAU CADANGAN DARI PIHAK MAAHAD:
8.1: PELAJAR INI DI MASUKKAN KE MAAHAD INI KERANAIBUPAPA SUDAH TIDAK DAPAT
MENGAWAL AKHLAKNYA DIRUMAH.
8.2:SEBELUM INI MOHD IHSAAN BELAJAR DALAM KELAS GURU PEREMPUAN, USTAZAH
TERSEBUT TAK SANGGUP MENERUSKAN MENGAJAR MOHD IHSAAN KERANA KEDEGILANNYA
YANG AMAT KETARA,
8.3: IBUBAPA PELAJAR TELAH MEMBERI PERSETUJUAN BERTULIS SUPAYA PIHAK MAAHAD
MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP ANAKNYA JIKA MELANGGAR PERATURAN MAAHAD.
8.4: BAPA PELAJAR TELAH TERTIPU DAN TERPEDAYA DENGAN DAKWAAN PALSU DARI
ANAKNYA YANG MENGATAKAN ANAKNYA BERJALAN PULANG KERUMAH DENGAN BERANTAI
DAN MENUDUH GURU MENENDANG PADA HAL PERKARA ITU TIDAK BERLAKU. MOHD IHSAN
JUGA MENIPU DENGAN MENGATAKAN BELIAU DEMAM SUPAYA DAPAT MENGELAK DARI MASUK KELAS.
8.5: BAPA PELAJAR TELAH MEMBERI PERSETUJUAN SUPAYA ANAKNYA DI RANTAI KERANA KESALAHAN MELAMPAU SETELAH DI MINTA OLEH GURU.
8.6: BAPA PELAJAR TELAH MENGARAHKAN GURU SUPAYA MEROTAN ANAKNYA JIKA MEMBUAT KESALAHAN.
8.7: PIHAK MAAHAD TELAH BERULANG KALI MENASIHATI PELAJAR TERSEBUT SUPAYA BERUBAH MENJADI BAIK TAPI TIDAK DI PATUHI.
8.8: PIHAK AKHBAR , TV1 DAN TV3 MELAPORKAN PERKARA YANG TIDAK BENAR. SERTA WARTAWAN MENGARAHKAN PELAJAR MEMBUAT LAKONAN PALSU .
8.9: REKOD DARI SEKOLAH KEB. PUN MENUNJUKAN MOHD IHSAAN BUKAN PELAJAR YANG BAIK.
PIHAK MAAHAD MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH DIATAS KERJASAMA PIHAK TUAN,
SEKIAN .
Terima kasih Tuan A Majid Bin Mohd Shah. Kita sebagai guru memang faham pelajar dan wartawan serta ibu bapa mereka selalu mensensasikan kes yang melibatkan guru. Mereka akan bersekongkol menyebarkan fitnah sehingga golongan guru seperti kita dianggap amat bersalah dalam sesetengah kes yang sebenarnya hanya rekaan mereka sahaja.
Catat Ulasan