Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sejak 9 Disember 2010 hingga ke 29 Disember 2010, masa untuk Cikgu Zul bertamu ke teratak ini mungkin agak terbatas sebab ada tugas yang teramat penting kena disempurnakan dalam tempoh itu. Walau bagaimanapun, Cikgu Zul sentiasa ingat dengan tarikh-tarikh penting yang harus pelajar-pelajar sekalian lalui dan lusa iaitu 15 Disember 2010 ialah Peperiksaan Bahasa Malaysia Kertas 1 STPM. Bagi anak-anak murid Cikgu Zul di SMK Sacred Heart, Sibu, selepas ujian tersebut maka bermulalah masa untuk berehat dalam tempoh yang agak lama sebelum kedua-dua belah tapak kaki remaja anda semua menjejaki menara gading.
Sebagai persiapan terakhir, petang ini (13.12.2010) Cikgu Zul akan terbang dari Kuching ke Sibu dan di sebelah pagi (14.12.2010) Cikgu Zul akan mengadakan kelas tambahan untuk menjawab segala kemusykilan dan pemasalahan pelajar-pelajar sekalian dalam Bahasa Malaysia kertas 1 STPM. (Hanya untuk pelajar-pelajar SMK Sacred Heart, Sibu sahaja). Walau bagaimanapun, pembacaan yang banyak amatlah penting untuk memastikan anda semua dapat menjawab soalan dengan lancar dan mendapat banyak betul. Fokus ulangkaji haruslah kepada 3 bab utama iaitu Fonologi, Morfologi dan Sintaksis.
Bagi yang suka merayau-rayau di internet, bacalah blog-blog guru-guru STPM dan blog Cikgu Zul merupakan salah satu daripadanya. Dalam blog Cikgu Zul telah disediakan beberapa bahan yang boleh membantu anda semua mengingati beberapa fakta penting dalam Bahasa Malaysia Kertas 1.
Sekian.
Cikgu Zulkarnain Farihin
Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan