Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan melaksanakan kempen Hari Tanpa Plastik di seluruh negara bermula Januari 2011. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, langkah itu bertujuan menyelaraskan kempen tersebut yang kini dilaksanakan di pasar raya besar dengan pilihan hari berlainan. Menurutnya, hasil perbincangan dengan hampir kesemua pengurusan pasar raya memberikan maklum balas yang amat positif kepada rancangan ini. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ditetapkan hari apa tetapi kalau boleh kempen tanpa beg plastik ini dibuat pada hari paling ramai orang keluar membeli-belah. Apabila rakyat di negara ini telah mempunyai kesedaran dengan baik, kementerian pasti akan menambah hari lain sebagai hari tanpa plastik sebagai usaha memelihara alam sekitar.
Perkongsian ikhlas daripada seorang guru yang sedar bahawa ilmu itu bukannya hak mutlak seorang individu tetapi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Ilmu itu terlalu luas dan tidak pernah ada garisan penamat bagi setiap insan yang sentiasa dahagakannya untuk dijadikan panduan serta petunjuk meredah onak dan duri kehidupan ini. Sincere sharing from a teacher who realizes that knowledge is not the absolute right of an individual but belongs to God Who Knows. Knowledge is too broad for every person.
Mengenai Saya
- CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
- SIBU, SARAWAK, Malaysia
JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan