15 Oktober 2009

KATA PEMERI

DEFINISI
Kata pemeri ialah perkataan yang menghubungkan
subjek dengan frasa-frasa utama dalam prediket.
JENIS-JENIS KATA PEMERI
Terdapat dua kata pemeri, iaitu ialah dan adalah.
CARA MENGGUNAKAN
Kata pemeri ialah diletakkan di hadapan
kata nama atau frasa nama.


Kata pemeri adalah diletakkan di hadapan frasa
adjektif dan frasa sendi nama.

CONTOH AYAT
Perempuan yang berambut panjang itu
ialah kakak saya.
Haiza adalah antara pelajar yang cemerlang
di sekolah itu.
Rojak ialah makanan kegemaran saya.
Tarikh tutup peraduan itu adalah pada hari Isnin.
Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...