JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



15 Oktober 2009

DENOTASI DAN KONOTASI

DENOTASI
Makna denotasi ialah makna kata yang tersurat.

Contoh :


ibu ayam : ayam betina yang mempunyai anak


Kaki ayam : kaki pada ayam.


Istilah lain untuk makna denotasi ialah makna kamus, dan makna rujukan.



KONOTASI

Makna konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat kepada makna denotasi.

Contoh :


ibu ayam : orang yang kerjanya mencari pelanggan untuk pelacur-pelacur


Kaki ayam : kaki yang tidak berkasut.


Makna konotasi juga disebut makna emotif atau makna evaluatif.


Terdapat kata-kata seerti (sinonim) yang mempunyai makna denotasi yang sama tetapi makna konotasi yang berbeza.


Contoh :
Kata mati dan meninggal dunia membawa maksud denotasi perstiwa jiwa seseorang meninggal jasadnya tetapi dari segi makna konotasi, penggunaan perkataan meninggal dunia adalah lebih sopan daripada penggunaan perkataan mati.

Tiada ulasan: