Jika diteliti data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris, ketika 30 negara menunjukkan penurunan kadar kematian jalan raya dari tahun 2000 hingga 2009, hanya tiga negara merekodkan peningkatan. Paling menonjol di antara tiga negara itu ialah Malaysia yang menjadi tumpuan bersama Argentina dan Kemboja. Daripada kajian melibatkan semua negara, Malaysia berada di kedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk. Berdasarkan 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk tahun lalu, kadar kematian akibat kemalangan di Malaysia adalah 6.3 kali lebih tinggi berbanding dengan United Kingdom (UK), Sweden dan Belanda. Ini bermakna bahawa 6.3 kematian di Malaysia bagi setiap satu nyawa penduduk UK pada tahun lalu. Kemalangan jalan raya mengakibatkan ekonomi Malaysia kehilangan RM9 bilion tahun lalu dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Tahun lalu berlaku 6,640 kemalangan jalan raya atau 18.2 kematian sehari, bermakna setiap 1 jam 20 minit seorang rakyat Malaysia terbunuh di jalan raya. Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan di jalan awam telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya lain yang tidak bersalah. Kira-kira 60 hingga 70 peratus kemalangan berlaku akibat kelajuan. Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), motosikal dan kereta masing-masing mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya. Sementara kadar kemalangan maut paling tinggi melibatkan orang muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun.
I write not to seek praise but to share thoughts sincerely as an educator. If my ideas are beneficial, use them as guidance; if there are flaws, forgive me as I am still learning. My writing is general, without targeting anyone or chasing popularity. I believe even a small piece of knowledge holds value when shared with honesty. I have no wealth to leave, only these words—may they shine even from a simple lantern of understanding.
08 Oktober 2010
AJAR IKUT FALSAFAH PENDIDIKAN
Graduan yang bakal memulakan perkhidmatan sebagai pendidik diingatkan supaya menunaikan tanggungjawab mereka berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan. Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar bertitah, mereka perlu ikhlas melaksanakan tanggungjawab tersebut bagi merealisasikan objektif dan memartabatkan sistem pendidikan negara bagi menentukan kemajuan dan kemakmuran masa depan negara. Titah baginda, pendidikan negara mampu menggarap serta membina potensi diri secara seimbang menerusi dasar, program dan usaha yang dilaksanakan warga pendidik. Matlamat ini hanya mampu dicapai jika semua pihak bersama warga pendidik membulatkan tekad memperteguhkan muafakat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” titah baginda pada majlis konvokesyen ke-24 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis. Usaha melahirkan modal insan berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara serta menjadi tanggungjawab warga pendidik. Matlamat itu juga hanya akan tercapai melalui sistem pendidikan yang diasuh dengan nilai kebersamaan, saling menghormati, cintakan tanah air dan penerimaan antara satu sama lain.
ISU SOSIAL : MALAYSIA MODEL MASYARAKAT MAJMUK
Mufti Syria, Sheikh Ahmad Badr al-Deen Hassaoun memuji kejayaan pemimpin kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini. Sambil menyifatkannya sebagai 'bunga-bunga yang berkembang di dalam taman', beliau meletakkan harapan supaya Malaysia menjadi barisan hadapan dalam membangunkan budaya, teknologi dan ekonomi negara Islam. Malaysia adalah model dalam pembangunan sesebuah negara dan diterajui kepimpinan yang baik.
ISU EKONOMI : PENJANAAN EKONOMI DIGITAL
Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia kini memasuki fasa ketiga bermula tahun 2011 dengan tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ini sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijangka memberi sumbangan sebanyak 10.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2015. Pada masa ini ekonomi digital menyaksikan perkembangan menakjubkan serta pantas dengan tahun lalu sahaja menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia yang berjumlah AS$$17 trilion dengan perolehan e-perdagangan mencecah sehingga AS$$3.8 trilion menjelang 2020.
Bagi fasa ketiga agenda MSC Malaysia, fokusnya melonjakkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada satu tahap lebih tinggi. Sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif ialah merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baru, pasaran dan peluang-peluang. Ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dalam produk, perkhidmatan dan proses; meningkatkan produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing dalam ekonomi digital global. Perancangan rapi dan penggunaan strategi digital yang berjaya adalah suatu kemestian bagi memastikan Malaysia terus dapat bersaing dan berjaya di arena antarabangsa.
KATA YANG BERUBAH MAKNA DAN TIDAK BERUBAH MAKNA SELEPAS MENERIMA IMBUHAN
KATA YANG BERUBAH MAKNA
Lukis = Kata kerja
Pelukis = Kata Nama
Malang = Kata adjektif
Kemalangan = Kata nama
KATA YANG TIDAK BERUBAH MAKNA
Wang = Kata nama
Juruwang = Kata nama
Rumah = Kata nama
Perumahan = Kata nama
PERINGATAN CIKGU ZUL
Soalan jenis ini selalu ditanya dalam BM1 STPM
Lukis = Kata kerja
Pelukis = Kata Nama
Malang = Kata adjektif
Kemalangan = Kata nama
KATA YANG TIDAK BERUBAH MAKNA
Wang = Kata nama
Juruwang = Kata nama
Rumah = Kata nama
Perumahan = Kata nama
PERINGATAN CIKGU ZUL
Soalan jenis ini selalu ditanya dalam BM1 STPM
KATA TUNGGAL
CIRI-CIRI
01. Tidak mengalami proses pengimbuhan
02. Tidak mengalami proses pemajmukan
03. Tidak mengalami proses penggandaan
04. Boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih
05. Berpotensi untuk diperluas
06. Boleh menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.
JENIS-JENIS
01. Kata tunggal satu suku kata = am, bom, cat, dam, fon
02. Kata tunggal dua suku kata = aib, bintang, carik, dengki
03. Kata tunggal tiga suku kata = amada, budaya, cerakin
04. Kata tunggal empat suku kata = anugerah, belantara
05. Kata tunggal lima suku kata = artikulasi, bumiputera
06. Kata tunggal enam suku kata = parameswara, personifikasi
01. Tidak mengalami proses pengimbuhan
02. Tidak mengalami proses pemajmukan
03. Tidak mengalami proses penggandaan
04. Boleh terdiri daripada satu suku kata atau lebih
05. Berpotensi untuk diperluas
06. Boleh menerima imbuhan untuk membentuk kata terbitan.
JENIS-JENIS
01. Kata tunggal satu suku kata = am, bom, cat, dam, fon
02. Kata tunggal dua suku kata = aib, bintang, carik, dengki
03. Kata tunggal tiga suku kata = amada, budaya, cerakin
04. Kata tunggal empat suku kata = anugerah, belantara
05. Kata tunggal lima suku kata = artikulasi, bumiputera
06. Kata tunggal enam suku kata = parameswara, personifikasi
PROSES PEMINJAMAN KOSA KATA BAHASA ASING
Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya proses peminjaman kosa kata bahasa asing.
01. Faktor sejarah budaya bangsa yang mempertembungkan dua budaya.
02. Pertembungan dengan bahasa berstatus tinggi.
03. Keperluan untuk mengungkapkan konsep baru.
PROSES PEMBENTUKAN ISTILAH DALAM BAHASA MELAYU
PROSES 1 :
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang lazim digunakan.
PROSES 2 :
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang jarang-jarang digunakan.
PROSES 3 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.
PROSES 4 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang jarang-jarang digunakan.
PROSES 5 :
Mencari kata dalam bahasa-bahasa yang bukan bahasa serumpun.
PERINGATAN CIKGU ZUL
Salah satu yang termasuk dalam skop soalan BM1 STPM
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang lazim digunakan.
PROSES 2 :
Mencari kata dalam Bahasa Melayu yang jarang-jarang digunakan.
PROSES 3 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.
PROSES 4 :
Mencari kata dalam bahasa serumpun yang jarang-jarang digunakan.
PROSES 5 :
Mencari kata dalam bahasa-bahasa yang bukan bahasa serumpun.
PERINGATAN CIKGU ZUL
Salah satu yang termasuk dalam skop soalan BM1 STPM
07 Oktober 2010
HANYA KAU YANG MAMPU
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Semakin hari semakin dekat hari yang ditunggu. Jika hari ini hanya 46 hari lagi, esok sebaik sahaja kita celikkan mata pada pukul 5.00 pagi jumlah itu berkurang 1, menjadi 45 hari. Begitulah keadaannya sehingga detik yang ditunggu-tunggu itu tiba jua ke pangkuan kita akhirnya. Masa itu bermulalah perjuangan anak-anak didik sekalian di medan peperiksaan STPM. Cikgu Zul percaya, semuanya sibuk membuat ulangkaji tika dan saat ini bersama guru-guru yang tersayang. Walau bagaimanapun, jika ada 1000 orang guru pun yang memberi nasihat, bimbingan, dorongan, pesanan, dan tunjuk ajar, jika pelajar tidak mampu untuk menjelmakan semua itu dengan sebuah kejayaan yang indah dan manis, segalanya hanyalah sia-sia sahaja.
Kadang-kadang Cikgu Zul lihat hanya guru yang mengelabah dan sibuk membuat persediaan sehingga tiada masa untuk melakukan hal-hal peribadi mereka sendiri. Pelajar hanya tunggu untuk disuap dengan segala maklumat sehingga kenyang dan padat. Selepas semalaman maklumat dihadam, keesokan hari apabila guru mengajar semula topik yang sama, pelajar lupa. Alangkah lukanya hati guru pada ketika itu. Sayang sekali luka yang berdarah itu tidak dapat dipertontonkan kepada pelajar-pelajar sekalian. Hanya pelajar sahaja yang mampu mengubati luka itu dengan kejayaan!
Pelajar-pelajar yang disayangi,
Yakinlah bahawa anda semua mampu menempuh segala cabaran dan ujian itu dengan tabah dan tenang. Jika UPSR mampu ditembusi, liku-liku berduri PMR pula berjaya dilalui, dan seterusnya tembok bergerigi SPM mampu ditempuhi, tidak mustahil lautan berapi STPM juga pasti dapat direnangi. Yakinlah bahawa anda semua mampu mengatur masa dan mengawal emosi dalam detik-detik terakhir ini. Jangan jerumuskan diri dengan pelbagai masalah yang boleh memunahranahkan segala persediaan yang telah diatur dan diadun selama ini.
Bermimpilah untuk menjadi orang yang berjaya kerana kejayaan itu akan mengubah perjalanan hidup kalian untuk sejuta tahun lagi. Keseronokan yang mengoda dan melalaikan yang melingkari ruang hidup kalian pada ketika ini boleh ditinggalkan sejenak. Semburkan racun berbisa untuk memusnahkannya untuk seketika. Percayalah, sebaik sahaja kertas terakhir anda duduki nanti, semuanya akan tumbuh subur kembali. Pada ketika itu, berseronoklah dari pagi hingga ke dini hari.
PERIBAHASA MELAYU YANG MENGGUNAKAN KATA "HIDUNG"
Hidung dicium, pipi digigit
MAKSUD
Kasih sayang yang pura-pura sahaja
PERIBAHASA 2
Hidung sudah rampung diatur
MAKSUD
Orang bodoh yang sombong tidak sedar dirinya dibodohkan orang
PERIBAHASA 3
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
MAKSUD
Orang yang mencampuri urusan orang lain; menonjol-nonjolkan diri.
PERIBAHASA 4
Potong hidung, rosak muka
MAKSUD
Orang yang berlaku kurang baik terhadap keluarga sendiri akan mendapat malu juga
PERIBAHASA 5
Rasa tak mengapa, hidung dikeluani
MAKSUD
Orang yang membiarkan dirinya dibodohkan orang
PERIBAHASA 6
Seperti beranak besar hidung
MAKSUD
Orang yang gemar memperlihatkan barangnya yang baru
PERIBAHASA 7
Seperti kerbau dicucuk hidung
MAKSUD
Orang bodoh yang hanya mengikut perintah orang sahaja.
ISU KENEGARAAN : BUNGA RAYA WARISAN KEBANGSAAN LAMBANG PERPADUAN NEGARA
Lima puluh tahun adalah usia yang matang. Dikatakan jika perangai seseorang tidak berubah walaupun sudah setengah abad, dia tidak dapat diubah sampai bila-bila. Bagi Malaysia, dalam tempoh 50 tahun, pembangunan fizikalnya begitu membanggakan berbanding negara lain. 2010 cukup bermakna kerana ia genap 50 tahun pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Masih ramai yang tidak tahu pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Walaupun tidak ada program pameran bunga raya diadakan secara besar-besaran sempena tarikh itu, apa yang penting ialah kesedaran orang ramai. Jika Festival Bunga dan Taman Putrajaya (Floria) 2010 mendapat sambutan hangat daripada pengunjung, sambutan 50 tahun bunga raya tentunya boleh dianggap bertuah juga. Jika Floria menjadi kebanggaan kerana ia mempamerkan spesies pokok dan bunga tropika yang mungkin tidak pernah dilihat di tempat lain, program 50 tahun usia bunga raya tetap menjadi kebanggaan dan keceriaan tersendiri.
Jabatan Warisan Negara (JWN) mempunyai program tersendiri sempena dengan pemilihan bunga raya sebagai bunga kebangsaan. Bunga berbentuk seperti trumpet dengan ukur lilit lima hingga 20 sentimeter tetap indah dan tersendiri kerana ia bunga yang cantik tetapi tidak menghasilkan buah. Bunga raya terbukti hebat untuk perubatan tradisional dan industri kosmetik. Jadi pemilihan bunga raya berbanding bunga lain yang turut dicadangkan untuk Bunga Kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu setengah abad lalu adalah tepat. Bunga raya dipilih sebagai bunga kebangsaan kerana warnanya merah yang melambangkan keteguhan politik dan ekonomi serta sifat keberanian dalam menempuh cabaran. Pemilihan bunga raya juga kerana kaitan dengan identiti dan ia perkara penting bagi sesebuah negara bertamadun. Selepas mencapai kemerdekaan, kita mempunyai Jalur Gemilang yang menjadi kemegahan, lambang negara merdeka lagi berdaulat. Lagu Negaraku dicipta khas sebagai lagu kebangsaan dinyanyikan dan digemakan dalam setiap upacara rasmi negara.
Mengapa perlu ada bunga kebangsaan? Banyak negara di dunia menjadikan bunga sebagai satu identiti negara mereka. Jepun terkenal dengan bunga sakura, England dengan bunga ros dan Belanda tersohor dengan bunga tulip. Proses memilih dan menentukan bunga kebangsaan adalah satu perkara sukar kerana bunga dipilih perlu berdasarkan cita rasa seluruh rakyat negara ini. Justeru, Kementerian Pertanian menjalankan satu kempen dan kajian berbentuk soal selidik secara rambang pada 1957. Bagaimanapun ramai yang tidak memberi maklum balas sewajarnya pada kaji selidik berkenaan menyebabkan ia dilanjutkan pada tahun berikutnya dan akhirnya dipilih bunga raya sebagai bunga kebangsaan negara.
Lima kelopak pada bunga raya dikaitkan dengan lima prinsip Rukun Negara yang mana salah satu elemen perpaduan negara untuk membentuk masyarakat adil dan saksama. Bunga raya melambangkan Persekutuan Malaysia dan sebagai bunga kebangsaan ia diguna dengan meluas pada majlis rasmi kerajaan. Dianggarkan ada kira-kira 300 spesies bunga raya di seluruh dunia, terdiri daripada jenis hiasan, sayuran, tumbuhan herba dan pokok hutan. Bunga raya yang ada di negara ini adalah dari jenis Rosa-sinensis berasal dari China. Pokok bunga raya ini terdiri dari rumpun Malvaceae mempunyai pelbagai bentuk, saiz dan warna. Antara warna yang ada termasuk merah jambu, putih, kuning dan merah. Di negara asalnya (China) pokok bunga raya ini menghasilkan biji benih yang baik untuk pembiakan.
Berbeza di Malaysia, yang mempunyai iklim lembab sepanjang tahun, bunga raya di sini tidak mengeluarkan biji benih yang boleh dijadikan baka. Kaedah pembiakan di sini adalah melalui keratan batang, cantuman mata tunas, tut dan teknik tisu kultur. JWN akan meneruskan kempen memupuk kesedaran ramai terhadap bunga raya. Jabatan itu mengangkat status bunga berkenaan sebagai Warisan Kebangsaan 7 Julai 2007. Ini antara langkah untuk menaikkan semula martabat bunga raya sebagai bunga kebangsaan.
Oleh Ahmad Jamris
BERITA HARIAN
7 OKTOBER 2010
Langgan:
Catatan (Atom)






