Indeks Status Guru Global 2018 atau GTSI 2018 menunjukkan bahawa negara China, Malaysia, dan Taiwan merupakan 3 negara yang berada di kedudukan teratas sebagai negara yang paling menghormati dan memuliakan kerjaya guru. Berdasarkan satu kajian yang dilakukan di Penyelidikan Ekonomi dan Sosial Kebangsaan dengan kerjasama Yayasan Varkey, negara-negara Asia cenderung untuk memandang jawatan guru lebih tinggi berbanding dengan negara-negara bahagian lain di dunia. Para guru sangat dihormati dan dipandang tinggi di negara-negara Asia.
Pengasas Yayasan Varkey, Sunny Varkey berkata, "Indeks ini akhirnya memberikan bukti kepada sesuatu yang selalu kita ketahui secara semulajadi, iaitu hubungan antara status guru dalam masyarakat dan prestasi kanak-kanak di sekolah. Kini kita dapat mengatakan dengan yakin bahawa menghormati guru bukan sahaja satu tugas moral yang sangat penting tetapi ia tersangat penting untuk hasil pendidikan negara.".
Kaji selidik mendapati bahawa 81% orang percaya bahawa murid menghormati guru mereka di negara China, berbanding dengan purata antarabangsa, iaitu pada tahap 36%. Kumpulan pelajar terbaik dalam ujian antarabangsa kebanyakkannya datang daripada negara-negara Asia seperti China dan Singapura. Oleh itu, para penyelidik mencadangkan bahawa profesion yang dianggap baik dan hormat seperti mengajar menarik kakitangan berbakat dan berdedikasi, yakni memainkan peranan penting dalam mencapai piawaian yang tinggi.
10 Negara Paling Menghormati Guru
1. China
2. Malaysia
3. Taiwan
4. Rusia
5. Indonesia
6. Korea Selatan
7. Turki
8. India
9. New Zealand
10. Singapura.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan