Perkongsian ikhlas daripada seorang guru yang sedar bahawa ilmu itu bukannya hak mutlak seorang individu tetapi milik Allah Yang Maha Mengetahui. Ilmu itu terlalu luas dan tidak pernah ada garisan penamat bagi setiap insan yang sentiasa dahagakannya untuk dijadikan panduan serta petunjuk meredah onak dan duri kehidupan ini. Sincere sharing from a teacher who realizes that knowledge is not the absolute right of an individual but belongs to God Who Knows. Knowledge is too broad for every person.
Mengenai Saya
- CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN @ PHILIP SELI "BAHASAKU GLOBAL BANGSAKU GLOKAL"
- SIBU, SARAWAK, Malaysia
JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI
27 Julai 2023
MALAYSIA TAKSUB UKUR KECEMERLANGAN ANAK MELALUI PEPERIKSAAN
Malaysia taasub ukur kecemerlangan anak melalui peperiksaan
Oleh Mohd Amin Jalil - Jun 26,
2023 @ 3:37pm
bhpendidikan@bh.com.my
Kemerosotan pencapaian SPM baru lalu membuatkan ibu bapa dan guru runsing selain mengaitkannya dengan pemansuhan UPSR, pembatalan PT3.
Pemansuhan Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR) dan pembatalan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sejak
2021 menimbulkan pelbagai polemik yang tidak berkesudahan dalam kalangan ibu
bapa sehingga kini. Ramai ibu bapa dan guru masih melihat UPSR sebagai
peperiksaan penting menilai prestasi murid dari Tahun Satu hingga Enam selain
kemampuan dan kebolehan murid menguasai 3M iaitu membaca, menulis dan mengira
di sepanjang berada di sekolah rendah, manakala PT3 sebagai penegasan
penguasaan pembelajaran di sekolah menengah.
Apatah lagi sebaik pengumuman
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dibuat, 77.2 peratus pelajar gagal mencapai
keputusan yang baik, manakala 29,663 calon berdaftar tidak menduduki
peperiksaan itu. Ramai guru dan ibu bapa mula bersungut di media sosial apabila
pelajar sekolah menengah masih tidak tahu membaca selain kemasukan ke sekolah
berasrama semakin tidak berkualiti yang dikaitkan dengan pemansuhan UPSR.
Pensyarah Jabatan Pendidikan dan Sains Teknikal, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Othman Talib, berkata membicarakan soal pendidikan memerlukan masa yang panjang untuk melihat kesannya. Katanya, beberapa negara maju seperti Finland, meletakkan peperiksaan itu sebagai sebahagian sahaja daripada proses, tetapi bukan keutamaan. Belajar itu hanya untuk mengetahui dan menilai kebolehan akademik pelajar serta kemahiran-kemahiran yang lain. Isu kenapa UPSR dan PT3 itu dimansuhkan adalah kerana ketaasuban Malaysia menghasilkan pelajar cemerlang dalam bentuk peperiksaan. Masyarakat kita terutama ibu bapa di negara ini mempunyai pemikiran sebegitu dan melihat kecemerlangan murid masih bergantung kepada peperiksaan.
Pemikiran sebegitu adalah sempit kerana falsafah
pendidikan tidak menyebut soal peperiksaan sebaliknya menekankan kepada aspek
membina potensi individu pelajar secara jasmani, emosi, rohani dan intelektual.
Walau bagaimanapun, disebabkan masyarakat kita mempunyai pemikiran yang bergantung kepada peperiksaan, manakala anak-anak belum biasa dengan situasi dan hasrat untuk membina potensi individu, pemansuhan dan pembatalan UPSR serta PT3 masih menimbulkan konflik. Apatah lagi, pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3 itu dibuat dalam keadaan tergesa-gesa tanpa pengisian yang komprehensif. Walaupun usaha pembangunan murid secara holistik dibuat melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), namun dipercayai guru-guru belum bersedia melaksanakan inisiatif berkenaan. Selain itu kita berhadapan faktor seperti prasarana di negara ini tidak setaraf seperti di negara maju yang hanya menempatkan jumlah murid dalam satu-satu kelas itu antara 20 hingga 25 murid.
Di
Malaysia, satu bilik darjah pula muridnya mencecah sehingga 40 hingga 45 orang
murid.
Jika mahu membuat perbandingan
antara sistem sekolah di negara ini dan luar negara terdapat banyak perbezaan.
Misalnya ada negara mengamanahkan satu kelas kepada seorang guru yang mengajar
beberapa subjek. Ia membolehkan guru itu melihat potensi murid terutama dari
segi kemanusiaan dan celik huruf. Mereka juga memberi penekanan kepada subjek
utama seperti bahasa, Matematik dan Sains, manakala mata pelajaran lain
diletakkan di bawah subjek sosial sains. Murid hanya belajar sedikit mengenai
Sejarah, Geografi dan beberapa subjek lain yang hanya diselia oleh seorang
guru. Namun begitu , di negara ini, murid belajar sehingga lapan dan 10 subjek,
jadi apabila tiada peperiksaan, murid akan hilang minat dan keliru apa
sebenarnya mereka hendak buat. Sebenarnya, kita kena sedar sekolah rendah
adalah tempat membina potensi dan memupuk asas serta minat murid dalam
pendidikan. Jadi, seharusnya mereka tidak diberikan penekanan kepada aspek
untuk mendapat skor A. Keputusan pemansuhan UPSR dan pembatalan PT3 seharusnya
dibuat dengan persiapan yang rapi. Jadi, KPM perlu merangka pendekatan
progresif termasuk memberi ruang kepada guru mendidik murid dengan cara
sendiri. Misalnya, memberi penekanan kepada aspek penguasaan 3M tetapi dengan
kaedah daripada guru itu sendiri.
Sementara itu Pensyarah Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Mazarul Hasan Mohamad Hanapi menyifatkan keresahan ibu bapa amat difahami. Analisis keputusan SPM 2022 meskipun ada peningkatan tetapi juga merekodkan penurunan misalnya kadar murid yang memperoleh sijil. Hal ini katanya membuat ibu bapa mahu UPSR dan PT3 dikembalikan kerana pemansuhan dan pembatalan kedua-dua peperiksaan itu dipercayai menjadi punca murid bersikap acuh tak acuh untuk belajar kerana tiada sasaran hendak dikejar. Murid tidak mempersiapkan diri dengan pelajaran kerana tiada peperiksaan sekali gus motivasi untuk belajar juga menurun. Apatah lagi Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang diguna pakai kini turut memberi kebimbangan kepada ibu bapa terutama tahap intelektual anak-anak Sememangnya pembelajaran masa kini bersifat lebih holistik namun, satu peperiksaan besar mesti diwajibkan untuk mengukur tahap pembelajaran anak-anak.
Hal ini menyebabkan
ibu bapa malah sebahagian guru mula bimbang dan mendesak UPSR dan PT3
dikembalikan semula kerana bimbang nasib anak mereka yang seolah-olah menjadi
'lost generation' (generasi tiada hala tuju) akibat pasca COVID-19.
24 Julai 2023
PUNCA PELAJAR GAGAL MATEMATIK KERANA TIDAK FAHAM KONSEP
Oleh Muhamad Lokman Khairi - 11Julai 2023, 1:31pm
bhpendidikan@bh.com.mY
Salah silibus yang didakwa terlalu tinggi atau kegagalan pelajar memahami konsep Matematik? Dua soalan itu wajar ditanyakan susulan kebimbangan sesetengah pihak mengenai petanda kewujudan generasi buta Matematik. Ia susulan analisis keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) baru-baru ini merekodkan 24.3 peratus daripada 369,348 pelajar yang mengambil subjek itu gagal, manakala 29 peratus lagi memperoleh gred D dan E. Angka ini merosot berbanding pencapaian tahun lalu malah antara semua 95 mata pelajaran yang ditawarkan dalam SPM 2022, Matematik mencatatkan peratusan kegagalan pelajar paling tinggi.
Jadi,
adakah kegagalan itu disebabkan silibus Matematik terlalu tinggi hingga gagal
dikuasai dengan baik oleh pelajar?
Menurut
Pensyarah Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Rusliza
Ahmad, kegagalan pelajar dalam subjek itu berpunca daripada cara belajar yang
tidak berkesan. Hal ini katanya menyebabkan wujud dalam pemikiran sebahagian
pelajar bahawa Matematik adalah subjek susah. Keadaan ini disebabkan pelajar
lebih memberi penekanan kepada menghafal konsep serta jalan kerja berbanding
memahami konsep sebelum mempraktikkannya dalam setiap masalah Matematik.
Setiap
masalah Matematik mempunyai jalan kerja yang berbeza. Silapnya adalah pelajar
hanya hafal tanpa faham. Berdasarkan penelitian terhadap pelajar di peringkat
diploma, ramai yang masih lagi lemah asas Matematik, termasuk operasi mudah
seperti tambah dan tolak," katanya. Matematik bukan subjek susah jika
pelajar diajar kaedah yang betul. Paling utama asas mempelajari subjek itu
adalah memahami bukan menghafal. Antara kaedah mempelajari Matematik yang
berkesan disebut 'mnemonik' iaitu teknik mengingat. Murid sebenarnya akan lebih
ingat jika guru menggunakan diagram atau graf sewaktu mengajar. Dalam hal ini
guru perlu kenal pasti topik yang mana boleh diajar dengan teknik diagram atau
kaedah lain. Jangan ajar mereka hafal daripada buku teks semata-mata.
Berkongsi
tips melalui pengalamannya, Rusliza menyarankan pelajar mempelbagaikan teknik
untuk memahami konsep dan formula Matematik. Selain menggunakan diagram atau
graf, pelajar juga seharusnya perlu memperbanyakkan latihan kerana setiap
soalan mempunyai masalah yang berbeza dan perlu diselesaikan dengan teknik
berlainan. Kekerapan menyelesaikan latih tubi membantu otak menjadi semakin
kreatif dalam berfikir bagi mencari jawapan. Selain itu latih tubi memastikan
apa yang diajar guru di dalam kelas mudah untuk diingat. Selain itu, Rusliza
menegaskan teknik pembelajaran yang berkesan juga adalah kerap merujuk guru
atau bertanya kawan-kawan jika tidak mendapat jawapan.
Menurut
beliau, guru-guru juga wajar pelbagaikan cara mengajar kerana subjek Matematik
sangat kuat melekat dengan stigma sebagai mata pelajaran yang menakutkan dan
membosankan dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini katanya, guru boleh mengguna
pakai teknik mengajar menerusi aktiviti permainan bagi pelajar sekolah rendah.
Menanam minat murid terhadap Matematik sejak sekolah rendah tegas beliau,
sangat penting kerana ia akan mempengaruhi minat seseorang pelajar itu apabila
dia melangkah ke peringkat menengah. Bagaimanapun jangan terlalu fokus kepada
cara menjawab soalan peperiksaan sahaja sehingga kita mengabaikan penyampaian
secara keseluruhan. Akhirnya pelajar masih gagal faham kerana guru tidak
memberi penjelasan atau gambaran terperinci mengenai sesuatu topik.
Sementara
itu, Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia, Datuk Zahar Hashim yang mempunyai
pengalaman luas dalam bidang perakaunan lebih 35 tahun, berpandangan ungkapan
'Matematik itu susah' seakan-akan sudah sebati dalam kalangan masyarakat
terutama orang Melayu. Katanya, ia selalu dijadikan alasan setiap kali
seseorang itu gagal lulus dalam subjek berkenaan tanpa mahu mengoptimumkan
usaha. Malas berfikir juga menyebabkan pelajar kurang berminat dengan
Matematik. Jadi apabila kurang minat, mereka kurang memberikan tumpuan akhirnya
subjek itu menjadi begitu 'menakutkan' dan fobia. Ada juga sesetengah ibu bapa
juga kurang merangsang anak-anak untuk memahami atau belajar angka, walaupun
mungkin permainan mudah seperti 'main angka atau main kira-kira' yang
sebenarnya boleh dibuat bersama anak dalam kehidupan kita seharian. Tambah
Zahar, kemungkinan wujudnya generasi buta Matematik memang menyedihkan namun ia
tidak boleh dinafikan.
Apatah
lagi sesuai dengan perkembangan semasa penggunaan kalkulator lebih meluas
hingga ada pelajar yang beranggapan mengira menggunakan alat sebegitu lebih
mudah. Hal ini sekali gus menyebabkan mereka tidak lagi mahu berpenat lelah
membuat kiraan meskipun hal sedemikian mampu menjadikan minda lebih kreatif. Banyak
usaha perlu dibuat oleh Kementerian Pendidikan dalam mencari jalan keluar
terbaik bagi memperbaiki keadaan ini. Apatah lagi katanya, keciciran dalam
subjek Matematik tentu saja akan memberi kesan kepada usaha kerajaan melahirkan
untuk melahirkan profesional dalam bidang berkaitan Sains, Teknologi,
Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
23 Julai 2023
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2) STPM : KATA GANDA BERENTAK
Kata ganda dihasilkan dengan mengulang atau menggandakan kata dasar, sama ada kata tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu, dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Bentuk kata ganda yang diulang itu disebut sebagai kata dasar, manakala bentuk ulangannya disebut sebagai gandaan.
Bentuk dasar terletak di hadapan manakala gandaannya terletak selepasnya.
Kata ganda dapat dibahagikan kepada empat jenis, iaitu:
(a) Kata ganda penuh
(b) Kata ganda semu
(c) Kata ganda separa
(d) Kata ganda berentak
Slaid PdP yang saya kongsikan di bawah hanya untuk kata ganda berentak. Perkongsian ini saya lakukan dengan iklhas kerana ada permintaan daripada beberapa orang guru yang memberitahu pelajar sukar membezakan:
(a) Penggandaan berentak pengulangan vokal
(b) Penggandaan berentak pengulangan konsonan
(c) Penggandaan berentak bebas
(d) Penggandaan bersisipan
BAHASA MELAYU KERTAS 2 (910/2) STPM : ANALISIS KONSTITUEN TERDEKAT, SLAID PDP CIKGU ZULKARNAIN FARIHIN
11 Julai 2023
Pemintar Berunding Nentu ka Pemujur Pengidup Kitai
Pengidup ka mujur bepangai aba runding siko-siko
mensia. Nyak meh kitai ari mit diansak apai indai ke sekula ngambi ka nemu
berunding enggau manah maya umur udah datai aba adan endur kitai badu bepangai
aba sida lalu ngeluan ka pengidup diri empu.
Penemu ka diperajar kitai di sekula sigi beguna dikena kitai berunding
ngatur pengidup diri empu. Orang ka nemu berunding taja enda sekula tinggi, ia
ulih ngatur singkang pejalai nitih ka orang bukai enggau lantang serta mujur. Taja
kerja bekuli tang ketegal ka nemu berunding sida tau niri negi ka kompeni diri
empu. Ari nyak sida ulih ngadu ka rumah tangga enggau manah. Ari nyak mega sida
ulih ngadu ka jalai pengidup bala anak sida enggau meruan. Orang ka pandak
runding, juluk ati sida selalu tepantup datai ka nyau madai nyadi pisa telih
bepedi. Sida ukai enda bulih utai, sida bisi pengawa serta bisi kerja begaji
baka orang. Tang utai ulih selalu diayah enggau bebeli ka utai sengapa. Duit dikena
berami nyau ngelui ari gaji datai ka nyau berutang. Ulah sida selalu ngujung ka
sida empu tusah. Pengidup nyau pecah belah. Rumah tangga enda meruan diintu. Belaya enda ngelapang ka
ari. Bala anak nyau enda dipeduli. Pengidup ka baka tok nyadi ketegal ka nadai
runding.
Orang ka nadai runding tok tusah ka diputar ka
penemu laban sida nitih ka penemu diri empu. Enti bisi 10 iko sida ka baka tok,
angka siko tauka dua iko aja mending ka jako ajar. Sida ka bukai nyak nadai
nguna penemu kitai ketegal runding sida udah nyelai. Aku selalu meda bala
anakbiak sekula ka pandak runding, maya pom satu datai pom tiga, sida cukup
manah. Tang udah pom 4, nyau nemu bepangan enggau orang indu tauka orang laki,
sida jauh ninggal ka diri. Sida selalu enda datai sekula. Jako ajar bala
pengajar pan enda didinga. Bisi sekeda ka nyau belaki bebini. Pengujung
pengidup sida sigi udah ditemu. Taja sida anak orang kaya tauka menyana,
pengeraja apai indai ukai nyak tan enti nuan nadai chara dikena nambah ka ia.
Pengudah dua tiga taun ka jadi, udah bisi anak, ketegal runding maya ka belaki
bebini suba kelalu pandak, udah penanggur datai, kempang ati muai laki, muai bini
serta muai anak diri empu. Nyak meh aku selalu mesan ngagai bala anakbiak, kita
datai ka sekula ukai semina ngiga pemandai tang penemu diterima ari bala
pengajar tau mai muan berunding badas sebedau ngaga pengawa ka ngenusah nuan
empu.
Runding kitai selalu alah laban mata datai ka
kitai makit orang bukai bebeli ka barang lalui ngujung ka kitai empu tusah.
Orang meli kereta HILUX, kitai pan meli taja kitai nemu kitai enda cukup duit
dikena mayar kereta bebulan-bulan. Ketegal enggai alah ari orang keno ko jako,
kitai nyau ngenusah ka diri empu. Runding ka tau ‘munuh’ pengidup diri empu ia
nyak runding begedi tau ka cemburu ngagai orang bukai. Kitai selalu enda nyamai
ati meda orang lebih mujur, lebih pandai, tauka lebih pemisi ari kitai. Kitai
nyau nadai pengawa bukai, tiap-tiap ari berunding ka chara deka ngelabuh ka ia.
Salah seleka jako tau jadi ka peransang kitai deka ngelabuh ka ia. Ketegal
begedi, jauh ka deka ngampun ka kaban tang sanggup ngena cara ka enda manah
kena ngemuas ka ati ngambi ia labuh lalu enda ulih angkat berdiri agi. Runding
ka baka tok meh ka selalu nyekat kitai mansang ka mua baka orang. Ni enda, baru
tudah ka niki, bisi aja penyalah aba mata lalu orang ka pandak runding lalu mai
orang bukai ka sama runding enggau ia beserakup ngelabuh ka tudah. Ka
pengujung, sapa rugi? Ia rugi, nuan pan rugi. Bansa kitai alu bedau jengap-jengap
enda mansang-mansang ketegal penemu ka salah.
The student is the true teacher's evaluator
A teacher serves as an example for all students. As a result, avoid using or mentioning phrases with negative connotations when communicating with students. Students are also human beings who like to tell stories. They will inform their parents about all of their teachers. The primary responsibility of the teacher is to instruct. When the teacher is in the classroom, he or she should use the time to guide and teach the students. Students will greatly benefit. They will be able to learn more successfully.
Students have a high regard for teachers who teach them honestly. They will inform their parents about the teacher. They will strive to achieve high marks in the subjects taught by the teacher. They are constantly eager to study the subject that the teacher is teaching. As a result, when the exam results are released, we will see the presence of imbalanced achievements. Students receive many A's in courses taught by teachers who are dedicated and sincere in their guidance. However, their performances in other topics are not exceptional. This disparity in achievement could be attributed to the teacher. School officials should conduct additional research on this topic.
I don't hold it against the teacher. I also work as a teacher. A lot of things happen at school that I observe. All teachers, in my opinion, should engage in self-reflection on a regular basis. I feel that if we can learn to overcome our flaws, we will be good teachers. The situation has drastically changed. The manner in which parents educate their children has also evolved. As a result, how pupils view and respect teachers shifts. All teachers should have and learn communication skills. If we can't control ourselves, our negative behaviors will become a spectacle for kids.