Isu hangat yang menyerang hendap di media
sosial beberapa hari ini ialah isu pengacara sebuah stesen televisyen yang
melakukan aksi melampau apabila menyebut nama mendiang ayah bekas Pelari Pecut Negara,
Watson Nyambek. Tindakan pengacara tersebut telah menyinggung perasaan ramai pihak yang mengenali beliau terutamanya rakyat jelata negeri Sarawak. Saya tidak mahu mengulas perkara yang sudah berlaku ini dengan panjang lebar kerana masing-masing sedia maklum dengan tindakan pihak yang melakukan perkara itu dan
pihak Watson Nyambek berhubung dengan isu ini. Perkara yang mahu saya
ketengahkan ialah budaya dan adat istiadat kaum Iban yang begitu menghargai
nama ibu dan bapa mereka. Bagi masyarakat bukan Iban, hal ini mungkin dianggap remeh. Ada apa dengan nama? Akan tetapi, bagi masyarakat Iban, nama ayah dan ibu mereka merupakan maruah yang
perlu dijaga. Orang lain tidak boleh mempersendakan nama ayah dan ibu mereka. Jika
keadaan ini berlaku, pergaduhan boleh tercetus dan kes ini mungkin menjadi
besar sehingga terpaksa diadili oleh Tuai Rumah (Ketua Kampung), Penghulu, mahupun Pemanca.
NAMA YANG UNIK
Nama orang Iban sangat unik kerana kehidupan seharian mereka begitu dekat dengan alam sekitar yang sentiasa terpelihara keaslian dan keindahannya. Nama anak kadang-kadang diberikan berdasarkan kejadian yang berlaku di sekeliling mereka. Mereka begitu menghayati dan mengagumi setiap kejadian alam ciptaan Tuhan sehingga sanggup mengabdikan peristiwa-peristiwa itu pada nama anak-anak mereka. Akan tetapi, setiap nama itu mempunyai identiti dan makna yang tersendiri. Mereka menamai anak mereka dengan pelbagai makna yang tersirat di sebalik yang tersurat. Walaupun mungkin maksud nama yang diberikan itu dalam bahasa Melayu atau bahasa kaum lain mungkin pelik, ganjil, atau lucu tetapi bagi mereka nama itu adalah maruah dan kedaulatan yang menjadi pengenalan diri. Oleh itu, mereka tidak malu menunjukkan identiti diri dengan menggunakan nama yang tercatat dalam Kad Pengenalan mereka. Kita haruslah memahami hakikat ini. Orang yang tidak faham mungkin tidak kering gusi mentertawakan tetapi tindakan sebegini hanya melibatkan sekumpulan kecil individu yang kurang cerdik. Jika kita berilmu dan faham kepercayaan dan pegangan setiap suku kaum kita tidak akan tergamak mencaci atau menghina orang hanya kerana nama, kita akan melihat semua itu daripada sudut yang positif. Yang penting ialah hati yang ikhlas dan jujur dalam diri seseorang. Seindah manapun nama kita kalau hati kita penuh dengan niat jahat dan keji, orang tetap tidak akan menghormati kita.
Bagi orang Iban, nama itu mewakili diri, keluarga, dan bangsa. Mereka dikenali sebagai orang Iban kerana nama mereka yang melambangkan ciri-ciri masyarakat Iban. Walaupun ramai yang sudah menggunakan nama bercorak kebaratan kerana memeluk agama kristian tetapi mereka sedaya upaya akan memasukkan juga nama Iban dalam kad pengenalan anak mereka sebagai tanda hormat kepada nenek moyang mereka. Kita tidak boleh melihat perkara ini sebagai kolot atau ketinggalan zaman. Ini merupakan kepercayaan dan pegangan suku kaum Iban. Sebagai seorang guru, saya berhadapan dengan ratusan pelajar yang mempunyai nama-nama yang pelik dan unik, bukan sahaja melibatkan pelajar kaum Iban tetapi kaum-kaum lain juga. Akan tetapi, saya tidak pernah mempermain-mainkan nama mereka kerana saya tahu perkara itu amat sensitif. Nama itu identiti. Secanggih manapun nama kita, kalau kita gagal dalam peperiksaan, nama itu tidak mampu membawa kita kemana-mana. Yang penting ialah kesedaran dan usaha untuk kita mara ke hadapan.

KONSEP TULAH
Kamus Dewan mentakrifkan tulah sebagai
kemalangan yang menimpa kerana melanggar larangan seperti melakukan sesuatu
yang kurang baik terhadap orang tua-tua, menderkaha kepada Raja, dan
sebagainya. Tulah boleh mendatangkan kesengsaraan atau mengakibatkan seseorang
mendapat kecelakaan akibat daripada perbuatannya itu. Takrifan tulah ini adalah
sama dengan konsep yang dipegang oleh kaum Iban di Sarawak secara turun
temurun. Orang yang melakukan tulah akan mendapat ketulahan. Dalam konteks seseorang yang suka mempersendakan nama ibu atau bapa seseorang, orang yang mempermainkan atau mempersendakan nama ayah atau
ibu orang lain dianggap boleh mendapat tulah. Mereka dianggap tidak menghormati
maruah dan keturunan orang yang dipersendakan itu.
Dalam masyarakat Iban, jika kita menjadi menantu dalam sesebuah
keluarga, kita tidak boleh langsung menyebut nama sebenar mertua lelaki mahupun
mertua perempuan kita. Jika diminta berbuat demikian secara lisan, kita dilarang daripada melakukannya. Kita boleh mewakilkan orang lain yang tidak berkaitan untuk menyebutkan nama mertua kita atau kita boleh menulis atau mencatat namanya pada
sekeping kertas. Hal ini dikatakan demikian kerana menantu yang dengan sengaja menyebut nama mertua mereka akan
dianggap tulah dan orang yang tulah itu dikhuatiri akan mendapat pelbagai
kecelakaan dalam hidup mereka. Hidup mereka tidak akan sejahtera. Mereka akan selalu ditimpa malang. Mereka sukar untuk mendapatkan kebahagiaan. Pada pandangan saya, kepercayaan sebegini
bukannya kolot tetapi merupakan salah satu cara untuk menunjukkan rasa hormat
kepada orang tua-tua terutamanya mertua kita. Oleh itu, orang Iban akan
memanggil ayah mereka “Apai” dan ibu mereka “Indai”. Konsep menghormati mertua
ini masih lagi menjadi pegangan masyarakat Iban hingga kini biarpun semakin
ramai anak-anak muda yang berpendidikan dan berjawatan tinggi. Tradisi dan
identiti masyarakat Iban masih mereka pegang hingga ke hari ini.
SEMPIT FIKIRAN
Konsep menghormat ibu bapa dan orang
tua-tua dalam masyarakat Iban amat tebal. Jurang antara orang tua-tua dengan
anak-anak muda amat dijaga. Mereka yang tidak menghormati orang tua-tua akan
dianggap menderhaka. Oleh itu, apabila orang lain mempersendakan nama ibu atau
bapa mereka, perkara ini boleh menyebabkan amarah mereka meledak sehingga sukar
dikawal. Bagi orang Iban, tindakan menyamakan nama ibu atau ayah mereka dengan
binatang atau hidupan lain di muka bumi ini amatlah dikesali kerana itu dianggap penghinaan ke atas keluarga dan keturunan mereka. Ibu atau bapa
bagi mereka merupakan simbol kedaulatan dan perpaduan keluarga. Mereka amat
mengasihi dan menyayangi ibu bapa mereka seperti juga kaum-kaum yang lain.
Apabila kita mempersenda nama ibu bapa mereka bermakna kita sengaja cari
‘pasal’ dengan mereka, bak kata pepatah, “jangan dijolok sarang tebuan”. Jika dijolok juga, tabuan itu tidak akan
berhenti mengejar kita sehingga kita parah disengat tanpa rasa belas dan kasihan.
Nama ibu atau nama bapa sahaja pun?
Ya, memang. Akan tetapi, kita hidup dalam sebuah masyarakat majmuk harus faham
adat istiadat dan kepercayaan setiap suku kaum. Kita tidak boleh
sewenang-wenangnya menjadikan nama, adat, kepercayaan, bentuk fizikal dan
kecacatan seseorang untuk dijadikan bahan lawak. Kali pertama, kita mungkin
kita terlepas. Kali kedua dan ketiga, kita mungkin bernasib malang apabila
orang yang kita jadikan modal untuk mengacara atau melawak itu mengambil
tindakan mahkamah terhadap kita. Orang Iban boleh memaafkan kita bagi kesalahan
lain yang kita lakukan namun apabila perkara itu bersangkutan dengan ibu atau
bapa mereka, jangan menyesal kalau mereka bersungguh-sungguh memperjuangkannya.
Oleh itu, demi keharmonian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat kita harus
memandang perkara ini dengan kedua-dua belah mata agar kita tidak mencetuskan
kontroversi sehingga boleh menyebabkan kita dikenakan tindakan tatatertib dan
sebagainya.
SENSITIFNYA ORANG SARAWAK
Tuduhan ini sebenarnya tidak berasas.
Kita harus melihat dengan teliti, apabila timbulnya sesuatu isu, bukan mereka
yang mencetuskan isu tersebut. Masyarakat di Sarawak terutamanya golongan belia
semakin bijak melihat sesuatu perkara terutamanya aspek pembangunan dan hak
mereka sebagai pribumi. Apabila semakin banyak yang berilmu dan berpendidikan
tinggi, sedikit demi sedikit mereka mula mengkaji dan meneliti sejarah dan
mereka selalu beranggapan selama ini mereka hanyalah “anak tiri” maka jiwa
mereka menjadi teramat sensitif serta mudah tersentuh. Walau bagaimanapun, saya
tidak menganggap semuanya begitu. Ramai lagi rakyat Sarawak yang matang dalam
melihat sesuatu perkara. Mereka redha dengan nasib dan apa-apa yang mereka ada.
Mereka tidak mengeluh mahupun melaungkan pelbagai slogan demi menuntut hak dan
sebagainya. Cuma, dengan kemajuan media sosial apabila tercetus isu-isu yang
menyentuh kaum, negeri, adat, dan kepercayaan, mereka memang lantang
mempertahankan diri. Oleh itu, elakkan daripada mengutuk atau menghina apa-apa
sahaja yang berkaitan dengan setiap suku kaum di Malaysia.
Kita tidak boleh menilai seseorang hanya dengan mendengar cerita daripada orang yang cetek ilmunya tentang orang lain. Saya teringat akan suatu peristiwa semasa saya dijemput memberikan ceramah di salah sebuah negeri, saya berbual-bual dengan seorang penceramah yang pernah lima tahun mengajar di Sarawak. Tanpa diminta, beliau bercerita tentang pelbagai perkara tentang kehidupan di Sarawak yang kebanyakan cerita yang diceritakan itu tidak betul tentang masyarakat di Sarawak. Hampir 90% cerita beliau merupakan fantasi yang mungkin dijana di minda bijaksana seorang penceramah yang bijak berkata-kata. Beliau sebenarnya tidak tahu saya orang Sarawak. Selepas beliau tamat bercerita, saya memperkenalkan diri dari Sibu Sarawak. Ketika itu saya melihat mukanya merah padam dan dia terus menghilang dari majlis. Kebetulan pula slot ceramah beliau sudah berakhir. Walau bagaimanapun, saya tidak membenci beliau malahan saya mendoakan agar suatu ketika ilmu beliau tentang Sarawak dan warganya akan bertambah. Yang saya risau ialah orang yang mendengar celoteh nakal beliau itu, mereka semuanya tidak pernah ke Sarawak dan mereka ini mendapat pengalaman daripada cerita beliau itu untuk disebarluaskan kepada orang lain pula.
Sebenarnya, saya tidak memuji tetapi ingin menarik anda untuk bertapak di paksi realiti tentang masyarakat Iban di Sarawak. Mereka amat menghormati tetamu. Jika kita berkunjung ke rumah panjang, mereka akan memberikan layanan yang boleh membuat kita rasa terharu. Walaupun mereka serba ketiadaan, mereka sedaya upaya untuk menyediakan sesuatu suasana yang membuat kita selesa. Kita dilayan bagai raja. Cubalah bertanya kepada guru-guru dari Semenanjung yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang tidak segan bergaul dengan mereka. Orang Iban amat menghormati dan memuliakan mereka. Mereka tidak pernah dikasari atau dipersendakan. Mereka diterima sebagai ahli keluarga yang sentiasa didahulukan dalam semua perkara. Bagi orang Iban, tetamu itu pembawa rezeki. Setiap tetamu yang datang mereka akan layan dan sajikan dengan semua yang mereka ada. Mereka sanggup tidak mandi dari pagi hingga ke malam semata-mata melayan tetamu kerana jika mereka tidak berbuat demikian mereka dianggap tidak sopan dan tidak beradab. Walau bagaimanapun, pengalaman ini hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang pandai bergaul. Sebilangan yang berpersepsi negatif, mereka sentiasa berkurung dan menutup pintu pergaulan dengan masyarakat setempat. Golongan sebegini, walaupun hidup di Bumi Kenyalang 100 tahun, persepsinya tetap juga negatif kerana mindanya telah diprogramkan sebegitu. Walau digondam sekalipun, kita tetap tidak akan berjaya menghapus syak wasangkanya.

Lawak yang bermodalkan penghinaan dan sindiran khusus kepada individu, kaum atau masyarakat di sesebuah negeri sewajarnya diharamkan. Saya amat kecewa apabila melihat pelawak atau pengacara yang mengajuk, mempersendakan ramai individu yang berjaya, seperti Datuk Seri Vida. Saya melihat dan membaca sejarah jatuh bangun beliau. Kekecewaan itu muncul dibenak fikiran apabila yang mencaci maki beliau kebanyakannya remaja yang baru nak up tetapi lebih sudu dari kuah. Oleh itu, saya anggap semua cacian dan penghinaan ke atas beliau merupakan cetusan idea daripada orang yang daif minda dan miskin ilmu.
Sebenarnya, saya tidak memuji tetapi ingin menarik anda untuk bertapak di paksi realiti tentang masyarakat Iban di Sarawak. Mereka amat menghormati tetamu. Jika kita berkunjung ke rumah panjang, mereka akan memberikan layanan yang boleh membuat kita rasa terharu. Walaupun mereka serba ketiadaan, mereka sedaya upaya untuk menyediakan sesuatu suasana yang membuat kita selesa. Kita dilayan bagai raja. Cubalah bertanya kepada guru-guru dari Semenanjung yang berkhidmat di kawasan pedalaman yang tidak segan bergaul dengan mereka. Orang Iban amat menghormati dan memuliakan mereka. Mereka tidak pernah dikasari atau dipersendakan. Mereka diterima sebagai ahli keluarga yang sentiasa didahulukan dalam semua perkara. Bagi orang Iban, tetamu itu pembawa rezeki. Setiap tetamu yang datang mereka akan layan dan sajikan dengan semua yang mereka ada. Mereka sanggup tidak mandi dari pagi hingga ke malam semata-mata melayan tetamu kerana jika mereka tidak berbuat demikian mereka dianggap tidak sopan dan tidak beradab. Walau bagaimanapun, pengalaman ini hanya akan dapat dirasai oleh mereka yang pandai bergaul. Sebilangan yang berpersepsi negatif, mereka sentiasa berkurung dan menutup pintu pergaulan dengan masyarakat setempat. Golongan sebegini, walaupun hidup di Bumi Kenyalang 100 tahun, persepsinya tetap juga negatif kerana mindanya telah diprogramkan sebegitu. Walau digondam sekalipun, kita tetap tidak akan berjaya menghapus syak wasangkanya.
HORMATI DAN TERIMALAH
Sudah sampai masanya kita perlu
menerima kepelbagaian itu suatu keunikan. Keunikan itu identiti. Identiti itu
bukan bahan yang boleh dipersendakan. Kita amalkan konsep 1Malaysia demi
kesejahteraan hidup bersama. Baik buruk setiap suku kaum kita kena terima
kerana kita semua merupakan anak Malaysia. Alangkah ceteknya ilmu kita jika
kita masih jahil dengan masyarakat yang mendiami sesebuah negeri di Malaysia.
Zaman ini zaman digital, kaunter pertanyaan meluas di segenap empat penjuru
dunia. Sebelum melakukan sesuatu kita harus bertanya dan melakukan kajian. Jika
molek kita teruskan. Jika bobrok kita singkirkan. Kita tidak boleh meraih
rezeki dengan menghina atau mempersendakan orang lain apatah lagi di kaca TV
yang menjadi tontonan jutaan orang di seluruh dunia dan di alam maya. Apabila melakukan
kesalahan, gunakan tenaga, mulut, dan kekuatan, jumpalah berdepan untuk memohon
ampun dan kemaafan. Jangan hanya pandai mengarang kata-kata maaf di Facebook
atau Instagram. Itu bukanlah memohon kemaafan secara ikhlas. Kemarahan orang
mungkin tidak boleh kita padamkan tetapi boleh kita redakan andai setiap isu
ditangani dengan matang dan berhemah.
Bumi mana tidak ditimpa hujan dan
lautan mana tidak bergelombang. Kita sebagai manusia tidak pernah sunyi
daripada melakukan kesilapan. Akan tetapi, ambillah ikhtibar daripada kesilapan
itu untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan. Sarawak bukan sahaja negeri
yang terbesar di Malaysia malah suku kaum yang menjadi penghuni bumi Sarawak
juga banyak, justeru luaskan pergaulan dan tambahkan pengalaman kita. Jangan
sampai tercetus lagi isu-isu sebegini yang boleh mengeruhkan tenangnya air di
kali hati kita. Apabila kita menganggap diri kita lebih maju daripada orang
lain kita megah mendabik dada sehingga terlupa bahawa orang lain juga hebat
seperti kita. Apabila kita terlalu percaya diri kita hebat maka kita mudah
melakukan perkara-perkara jahat ke atas orang lain wahal semua itu akan
mendatangkan duka nestapa ke atas diri kita juga. Dunia ini hanya pinjaman, sementara
hidup luaskan pergaulan, tambahkan pengalaman, dan jalinkan persahabatan tanpa
mengira kaum, agama, dan pegangan kerana semakin banyak yang kita faham tentang
orang lain semakin banyak nikmat hidup yang akan kita kecapi.
Didiklah diri kita supaya menghormati orang lain kerana dengan cara itu Allah akan merahmati perjalanan hidup kita.
Biar pengemis sekalipun kita tidak boleh mentertawakan mereka kerana mereka juga makhluk Tuhan yang mendapat hak yang sama seperti kita disisi-Nya. Kehadiran kita di dunia ini, biarlah disayangi dan dikasihi oleh semua orang yang mengenali. Oleh itu, kita harus mempunyai rasa hormat yang tinggi terhadap orang lain kerana dari situ kita akan sentiasa disanjungi, dimuliakan, dan diingati sepanjang zaman.
Catatan Pendidik Bangsa
Cikgu Zulkarnain Farihin
SMK Sibu Jaya, Sibu Sarawak.
1 ulasan:
Penyakit lemah tenaga batin Evo7ori boleh bantu!
Catat Ulasan