Rencana ini ditulis oleh :
Kucing Jantan
Sebelum menulis nak peringatkan semua pembaca khususnya kaum
perempuan bahawa poligami dibenarkan oleh Islam manakala perceraian adalah
perkara yang dihalalkan oleh Islam tetapi dibenci oleh Allah. Oleh itu, ingat
puak-puak perempuan tak payah nak emosional apabila ada cadangan supaya lelaki
yang sudah berkahwin tidak perlu meminta kebenaran isteri pertama kalau dia
mahu berkahwin dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas. Saya sokong 300
peratus cadangan itu kerana ketika ini ramai perempuan yang berusia sedemikian
tidak berkahwin. Saya percaya mereka juga ada keinginan untuk memiliki pasangan
hidup seperti wanita-wanita lain yang sudah berkahwin.
Tetapi biasalah yang selalu kejam kat perempuan ini, perempuan
sendiri, sebab itulah mereka emosional apabila sentuh sahaja bab-bab poligami
ni. Macam-macam hujah mereka keluarkan untuk mempertahankan 'wilayah' mereka
supaya tidak dicerobohi. Saya nak tanya
puak-puak perempuan yang emosional fasal poligami ni pernahkah mereka tidak
fikir apa akan jadi jika mereka juga berada dalam kategori perempuan berusia 30
tahun ke atas tetapi belum berkahwin. Saya percaya mereka pun akan berdoa siang
dan malam untuk diketemukan dengan jodoh. Kalau takdir menentukan bahawa jodoh
mereka suami orang, mereka nak buat macam mana? Janganlah bila dah berkahwin,
rasa suami kita tu hak kita 100 peratus, perjalanan kehidupan ini bukan kita
yang atur, kita hanya berusaha yang terbaik tetapi kalau ditakdirkan juga
seorang perempuan tu kena bermadu, terima sahajalah.
Tetapi Saya nak ingatkan, Saya bukan sokong semua lelaki
berpoligami, selain berkemampuan zahir dan batin, lelaki juga mesti beriman dan
berakhlak, apabila semua syarat ini dah mencukupi saya rasa tidak ada masalah
untuk dia mengendalikan dua ke, tiga ke atau empat isteri. Satu lagi kenapa
perempuan suka sangat melihat soal poligami ni dari sudut negatif, sedangkan
perkara itu dibenarkan oleh Allah, sudah pasti yang baik itu datang
daripada-Nya dan yang buruk itu datang daripada manusia itu sendiri.
Menganiaya
Sebab itulah, saya kata,
yang selalu menganiaya perempuan bukan lelaki tetapi perempuan itu sendiri.
Mereka sendiri kadang-kala tidak mahu melihat kaum sejenis mereka bahagia. Bab
lain termasuk mengumpat siang malam mereka boleh berkongsi cerita, tetapi bila
sentuh bab nak kongsi suami, mahu tercetus perang dunia ketiga, seolah-olah
kalau mereka kena berkongsi kasih suami dengan perempuan lain dunia akan
kiamat! Namun mereka lupa, kadang-kala ada sebab kenapa suami mereka nak
berpoligami apatah lagi dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas, kalau suami
mereka gatal buat apa nak cari perempuan berusia sedemikian lebih baik dia cari
bak kata orang anak dara trang tang-tang. Tetapi ada lelaki yang berasa
bertanggungjawab untuk turut memberi kebahagiaan kepada perempuan yang masih
mencari suami ketika usia semakin meningkat atau si isteri sedia ada makin membosankan.
Saya percaya perempuan
berusia sedemikian sudah ada kedudukan ekonomi yang baik, cuma kadang-kala
kesibukan mereka menyebabkan tidak ada masa hendak bercinta tetapi apabila
ditakdirkan mereka perlu bertemu jodoh dengan suami orang, Saya yakin mereka
tidak akan tolak. Lagipun, perempuan yang sedemikian tidak memerlukan apa-apa
lagi daripada seorang lelaki, selain hendak berkongsi kasih sayang,
sekurang-kurangnya dalam seminggu sekali atau dua kali, teman yang boleh dibuat
berbual dan bergurau senda di malam hari, tak kan itu pun tak boleh! Saya
percaya lelaki yang mahu berpoligami dengan perempuan berusia 30 tahun ke atas
tidak berhasrat untuk mengambil kesempatan terhadap perempuan berkenaan. Lelaki
ini baik, mereka sentiasa mempunyai sikap untuk membantu kaum perempuan,
masalahnya kaum perempuan tidak mahu kaum sejenis mereka bahagia, sebab itulah
jumlah perempuan tidak berkahwin semakin bertambah dari semasa ke semasa.
Oleh itu, saya berharap kaum perempuan tidak perlu emosional dalam
berhadapan isu poligami ni. Saya tak kata, kalau apa yang dicadangkan itu boleh
menyelesaikan semua masalah terutamanya mengurangkan jumlah wanita tidak
berkahwin, cuma saya fikir tidak ada salah kalau perkara itu betul-betul hendak
dilaksanakan. Kalau perempuan berusia sedemikian terperangkap dengan lelaki
hidung belang atau akan mengikis hartanya itu nasib perempuan itulah, kenapa
gatal tak mahu check latar belakang kekasih dia tu. Tetapi biasalah perempuan
memang mudah lentuk, kena puji sikit mulalah jalan macam itik serati! Apa pun saya
nak nasihatkan perempuan, cuba fikirkan soal poligami ini dengan tenang dan
penuh rasional kerana sudah pasti ia ada kebaikannya. Lagipun lama mana
sangatlah kita nak hidup kat dunia ni, sekurang-kurangnya melalui langkah
mereka membenarkan suami berpoligami dengan perempuan berusia ini, ia akan
mendatangkan pahala dan menceriakan dunia rumah tangga.
Akhir kata saya nak nasihat kepada kaum perempuan yang sudah
berkahwin, poligami adalah hak suami! Jadi tak payahlah nak makan hati!
Sumber
Mingguan Malaysia
21 Oktober 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan