Bagaimana agaknya
kalau negara kita masih diperintah penjajah dan belum merdeka ? "Kalau
begitu, orang Melayu akan hanya masih mengerjakan sawah, orang Cina hanya
menguruskan kedai runcit dan orang India terus bekerja di estet getah,"
jawab pengamal media itu. Perkhidmatan awam pula dikuasai 'Orang Puteh'
(penjajah) dan orang macam kita (miskin dan tinggal di luar bandar) serta anak
kita tidak akan ada peluang belajar di universiti," sambung seorang lagi
teman penulis, Dr Faizul Ismail, yang juga seorang ahli akademik. Sememangnya
mencapai kemerdekaan adalah begitu bermakna bagi sesebuah negara dan
penduduknya.
"Sebelum
Merdeka, penjajah orang puteh pernah berkata orang Melayu akan berpuas hati
jika mereka ada beberapa ekar sawah untuk tanam padi (untuk makanan), sungai
untuk tangkap ikan (buat lauk) dan kebun getah untuk dapat duit (dari hasil)
jual getah. Kita mungkin akan masih seperti itu jika masih belum bebas daripada
dijajah,"
Anak kecil
Malaysia berusia 55
tahun pada Jumaat, 31 ogos 2012. Satu usia yang agak 'muda' jika dibandingkan
dengan beberapa negara lain di dunia yang telah mencapai kemerdekaan beberapa
tahun lebih awal. Sebagai sebuah negara yang muda, Malaysia telah mengambil langkah
besar dalam mencapai kemajuan serta kemakmuran.
"Keadaannya
(Malaysia) sama dengan anak kecil yang sedang belajar tentang kepandaian yang
baru. Kebebasan bermula ketika anak kecil itu kecil. Anak itu merangkak dan
membesar, (perkembangan) ini berkesinambungan ke peringkat anak itu meningkat
usia, kepada umur belasaan tahun dan seterusnya sehingga mencapai autonomi dan
berupaya membuat keputusan sendiri,"
Pensyarah universiti
Dr Robert Leong berkata kanak-kanak belajar dengan cara bermain dan mendapat
kepandaian dan keupayaan baru. Sebab itulah penting bagi menggalakkan mereka
buat apa yang mereka mahu serta mencuba sesuatu benda atau perkara baru.
Keupayaan
"Anak itu mahu
tunjuk apa yang dia boleh buat melalui keupayaan diri mereka sendiri,"
jelas beliau, sambil menambah ini adalah penting untuk memberi keyakinan diri
mereka sendiri. Apa yang mereka mahu buat untuk diri mereka, ada kena mengena
dengan perkembangan diri anak itu sendiri," jelas beliau lagi. Samalah
dengan rakyat Malaysia dalan negara Malaysia yang merdeka serta berdaulat. Itulah
apa yang dilalui rakyat Malaysia. Kebebasan daripada belenggu penjajah telah
memberikan mereka identiti tersendiri selain daripada kemahuan dan komitmen
untuk mencapai kemajuan. Malaysia dan rakyatnya telah mencapai kemajuan yang
mendadak dalam hampir semua aspek termasuk dari segi ekonomi, akademik dan
pentadbiran.
Hari Merdeka, Hari
Malaysia
Malaysia adalah
sebuah negara yang unik di mana ia mempunyai dua tarikh 'keramat'. Pada 31 Ogos
setiap tahun semenjak 1957, negara merayakan kebebasan daripada penjajahan dan
ini dikenali sebagai 'Hari Merdeka' manakala 16 Sept semenjak 1963, ia
merayakan ulangtahun pembentukan Malaysia (kemasukan Sabah dan Sarawak) di mana
hari ini dikenali sebagai 'Hari Malaysia'. Bagaimanapun masih terdapat
perdebatan daripda golongan pihak-pihak tertentu. Dakwa golongan ini, kenapa
negara tidak merayakan hanya hari Malaysia sedangkan tarikh 16 Sept adalah
lebih penting dan relevan kerana pembetukan Malaysia. Bagaimanapun ramai rakyat
Malaysia tidak bersetuju. Jawapannya adalah mudah. Menurut para cendikiawan,
gologan akademik dan sejarawan, contoh yang paling menonjol boleh diambil dari
Amerika Syarikat yang mengagungkan 4 Julai sebagai 'Independece Day'.
Rakyat bersatu
Amerika Syarikat,
sebuah kuasa besar dunia dan pernah dijajah British, merayakan hari
kemerdekaannya pada 4 Julai setiap tahun. Menurut seorang pensyarah universiti
(yang enggan dinamakan), "Tidak ramai yang tahu bahawa pada tarikh 4 Julai
1796, hanya ada 13 negeri bekas tanah jajahan British di Amerika yang mencapai
kemerdekaan sebagai sebuah negara. "Negeri terakhir, Hawaii, hanya
bergabung dengan Amerika Syarikat pada 21 Ogos, 1959 menjadikannya negeri ke-50
dalam Amerika Syarikat. "Tetapi rakyat Amerika masih merayakan kemerdekaan
mereka pada 4 Julai dan bukannya tarikh 21 Ogos kan? Begitu juga dengan negara
kita, tarikh yang dianggap Merdeka adalah 31 Ogos," kata beliau.
Kebebasan
Penjajahan negara ini
bermula pada tahun 1511 bila Portugis menawan Melaka. Belanda kemudian
mengalahkan Portugis pada 1644 dan meneruskan penjajahan. Perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824 telah membuka pintu kepada pihak British untuk
bertapak di Tanah Melayu. Jepun menyerang Tanah Melayu pada 1941 dan
menyerahkannya kembali kepada British pada tahun 1945, di hujung Perang Dunia
Kedua. Jelas pensyarah itu lagi, Hari Kemerdekaan Malaysia adalah untuk
memperingati hari di mana semua warga negara ini mencapai kebebasan daripada
penjajah. "Dan ia bukan hanya kemerdekaan daripada penjajahan British
tetapi kesan daripada penjajahan berkurun lamanya oleh orang asing semenjak
zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Jepun. Bila negara mencapai kemerdekaan,
kita boleh merangka masa depan sendiri berbanding apa yang kita terpaksa buat
menurut arahan penjajah," jelas pensyarah itu lagi.
Tanpa 31 Ogos, akan
tiada 16 Sept
Katanya, dengan
memberi kepentingan yang lebih terhadap tarikh 16 Sept berbanding 31 Ogos, ia
akan 'melenyapkan' pengorbanan dan perjuangan serta nilai usaha para pejuang
kebebasan negara.
"Tanpa 31 Ogos, 1957, tidak akan wujud tarikh 16 Sept,
1963. Tanpa pengorbanan serta usaha keras para pejuang kemerdekaan pada masa
lampau untuk mencapai kebebasan tahun 1957, tidak akan ada sebuah persekutuan
Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963. "Inilah yang perlu diberitahu dan
diabadikan kepada generasi muda".
Sumber : Bernama
7 September 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan