Rencana ini ditulis oleh
:
Fauziah Arof
Mereka dikatakan
masuk dengan visa pelajar, tapi gaya tak macam pelajar universiti atau kolej
pun. Tiada buku, fail atau beg yang digalas. Ke hulu ke hilir berpeleseran
tidak kira siang atau malam. Jadi, masa bila pula mereka masuk kelas? Difahamkan
‘pelajar Awang Hitam’ ini juga mampu berbelanja mewah, boleh menyewa kenderaan
yang beribu-ribu ringgit sebulan. Boleh selalu duduk melepak di pub-pub dan
kelab-kelab setiap malam. Dan kalau bekerja, tak juga nampak seperti pekerja.
Hari-hari mereka boleh dilihat ‘bersidai’ di tempat-tempat awam. Jadi apa
mereka buat di sini? Kita tidak mempersoalkan sekiranya mereka memang belajar
dan melancong di sini. Tetapi macam mana hendak pastikan mereka benar-benar
pelajar, pekerja profesional atau pelancong.
Mungkinkah mereka
masuk sebagai pelajar tetapi buat kerja lain? Ini yang pihak berkuasa kena
selalu periksa dan pantau. Lambakan warga Afrika terutamanya di sekitar Lembah
Klang dan bandar-bandar di negara ini sudah di tahap cukup merimaskan. Kalau mereka
ini duduk diam tidak mengapa. Ini banyak masalah sosial yang ditimbulkan
golongan ini termasuk kes jenayah. Bandar Sunway, Puchong, Cheras dan Klang
adalah antara penempatan warga Afrika yang popular di Lembah Klang. Dan
selalunya kalau mereka sudah bermastautin di sesuatu kawasan itu, agak
malanglah penduduk tempatan yang tinggal di situ. Dan dikatakan, harga rumah di
kawasan berkenaan akan jatuh nilainya kerana faktor kebanjiran warga asing. Sebabnya,
kalau dah ramai, mereka ini sukar dikawal. Masalah utama adalah dari segi
keselesaan dan keselamatan. Mereka ini gemar membuat bising, bergaduh sesama
mereka, mabuk dan tak kurang juga mencari gaduh dengan penduduk tempatan
sekiranya perangai mereka ditegur.
Tidak cukup dengan
itu, Awang Hitam ini juga suka mengganggu wanita, tidak kira anak dara atau
isteri orang. Kejadian pecah rumah di kawasan terbabit dan kenderaan yang
dirosakkan juga sering berlaku. Kawan saya yang menetap di Pangsa Puri Mentari
Court di Bandar Sunway memberitahu saya, dia terpaksa menyewakan rumahnya di
situ dan berpindah ke tempat lain. Sebabnya, lambakan warga asing, terutamanya
warga Afrika yang menjadikan kawasan penempatan di situ seperti mereka yang
punya dan bersikap ibarat buta undang-undang. ‘‘Tidak sesuailah dengan
kehidupan berkeluarga, bising sangat dan macam-macam aktiviti yang mereka buat.
Rasa macam duduk di negara mereka pula," kata kawan saya itu.
Dan kita juga sudah
biasa mendengar jerat pemuda warga Afrika yang memperdaya gadis tempatan untuk
mengikis wang, menjadikan mangsa keldai dadah, penipuan menggunakan rangkaian
Internet, Black Money dan lain-lain. Itu belum masuk lagi cerita kelompok Awang
Hitam ini berniaga di kawasan-kawasan perumahan di ibu kota seperti di Desa
Aman Puri Kepong yang dilaporkan oleh akhbar Kosmo! semalam yang mana pelanggan
mereka ialah warga Afrika sendiri. Kita sudah ada beberapa kawasan yang telah
lama dikuasai oleh warga asing Indonesia di negara ini dari segi penempatan dan
kawasan perniagaan. Adakah kita juga akan membiarkan tempat-tempat tertentu
dijadikan seperti kampung halaman warga asing dari Afrika, Bangladesh, Vietnam
dan Nepal pula?
Memang Malaysia
sebagai sebuah negara yang aman dan mempunyai ekonomi yang baik di rantau ini,
maka ramai warga luar yang mahu menumpang tuah di negara ini dengan mencari
rezeki dan mengumpul kekayaan apabila pulang ke negara masing-masing. Namun
sekiranya kebanjiran mereka membuatkan penduduk tempatan menjadi resah, merasa
tidak selamat dan tidak selesa berada di negara sendiri, sesuatu memang perlu
dilakukan. Sudah tentu, kita tidak mahu kualiti hidup kita tergugat dek kerana
mahu memberi ruang dan peluang kepada warga asing yang kemudiannya membalas
dengan membuat pasal di negara ini.
Pohon bersandar,
pohon cemara,
Menderu angin,
bergoyang dahan,
Jangan sekadar,
membaca sahaja,
Tulislah komen,
berilah cadangan.
Sumber
Utusan Malaysia
21 Jun 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan