Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan
Malaysia.
Ikuti beliau melalui
blog
atau twitter
(@liowtionglai)
Sebelum doktor itu
mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui persidangan
perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik
sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Kaedah
ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat supaya ilmu dapat
dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada golongan elit belaka.
Walaupun saya menemui rakyat apabila melawat bahagian saya termasuk pada
peringkat akar umbi, saya jarang berpeluang untuk bertukar perbualan kecuali
bercakap sepatah dua kata dengan mereka. Bagaimanapun, melalui facebook dan
twitter, saya mendapat maklum balas serta berinteraksi dengan lebih bermakna
bersama rakyat.
Media sosial bukan
lagi alat peribadi untuk mencari kawan lama dan memaparkan foto keluarga. Ia
menjadi forum awam untuk pengiklanan, berjual beli, menyebarkan idea dan
mendidik rakyat. Berkomunikasi dalam media sosial sangat berbeza berbanding
media tradisional kerana anda boleh mendekati pelbagai audiens, berhubung
secara interaktif dan lebih bersifat peribadi, serta menggalakkan mereka
berkongsi pengetahuan dengan jaringan kenalan. Dalam menggunakan media sosial
untuk khidmat dan pendidikan kesihatan, banyak perkara menarik berlaku di luar
sana. Baru-baru ini, saya membaca
melalui Masabale (satu laman web untuk media sosial dan berita teknologi)
mengenai pembedahan jantung terbuka yang ditwit buat kali pertama di dunia, dijalankan
pakar bedah Hospital Memorial Hermann Northwest di Houston, Texas, Amerika
Syarikat.
Dr Michael Macris
menjalankan pembedahan berganda pemintasan arteri koronari terhadap pesakit
berusia 57 tahun, manakala rakan sejawatannya, Dr Paresh Patel memberi
perkembangan prosedur itu melalui twitter dan menjawab soalan ke akaun twitter
hospital berkenaan. Mereka berkongsi foto dan rakaman video yang diambil ketika
pembedahan. Amalan ini memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai
prosedur pembedahan jantung biasa. Dengan pendedahan itu, doktor berharap orang
ramai memahami perlunya mereka mempelajari cara mencegah penyakit
kardiovaskular yang memerlukan pembedahan sedemikian.
Malah, sebelum doktor
itu mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui
persidangan perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik
yang menarik sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada
penceramah. Kaedah ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat
supaya ilmu dapat dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada
golongan elit belaka. Satu lagi cara terbaik bagi doktor dan golongan
profesional berhubung dengan orang awam ialah menganjurkan perbualan twitter
untuk menjawab soalan pengguna twitter lain atau mengadakan perbincangan
terbuka mengenai topik perubatan yang tertentu.
Facebook adalah cara
terbaik untuk mengumpulkan kumpulan besar bagi mencapai satu-satu matlamat.
Contohnya, saya pernah melihat kempen kesihatan di facebook, untuk mendapatkan
kawan menyertai aktiviti kempen seperti perlumbaan maraton, forum atau acara mengumpul
tabung amal. YouTube dan video lain atas talian adalah cara berkesan menarik
perhatian orang ramai serta membolehkan perkongsian maklumat yang relevan.
Video Persatuan Jantung Amerika (http://www.youtube.com/user/americarnheart
assoc) sangat berkesan kerana ia memaparkan seorang aktres popular dan
menghantar mesej peribadi secara langsung mengenai cara untuk mengenal pasti
serangan jantung, dan pada waktu yang sama rakaman itu menghiburkan.
Pada peringkat
tempatan, ada usaha Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) dan portal Try Masak
(http://www.trymasak.my.sihat/) yang menyediakan resipi sihat NSM
didemonstrasikan pakar diet serta seorang chef melalui rakaman video pendek. Masyarakat
semakin beralih kepada media sosial, bukan setakat mendapatkan perisian, malah
menguruskan rawatan penjagaan kesihatan mereka. Antara idea yang saya dapati
sangat menarik ialah bagi pakar rawatan penjagaan kesihatan menggunakan
aplikasi telefon mudah alih bagi menguruskan rawatan untuk pesakit. Perkara
seperti janji temu perubatan, peringatan supaya mematuhi rawatan dan preskripsi
maklumat keselamatan boleh disimpan dalam sesuatu aplikasi (App) itu.
Memandangkan telefon pintar semakin murah, lebih ramai mendapat akses Apps
bila-bila masa mereka memerlukan maklumat dan tidak perlu lagi menunggu untuk
giliran di hospital atau klinik.
Satu aspek penting
menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesihatan ialah menggunakan
mekanisme maklum balas. Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, media sosial
membolehkan saya mendengar apa yang diperkatakan di luar mengenai isu yang
relevan untuk saya. Media sosial juga platform untuk memuatkan perisian, oleh
itu, ia bukan semata-mata perisian daripada saya. Saya lebih banyak mempelajari
perkara baru daripada perisian yang dimuatkan oleh orang lain – saya belajar
mengenai apa yang penting bagi mereka dan mengapa mereka melakukan sesuatu
perkara. Kita berada pada zaman yang sangat menarik, banyak maklumat pada
hujung jari untuk membantu membuat keputusan lebih baik bagi kesihatan. Media sosial
bukan saja satu bentuk komunikasi yang penting dan berkesan, ia sangat
menyeronokkan dan mewarnai hidup kita. Dalam hubungan ini, penyebaran virus
sangat sesuai untuk kesihatan.
Sila berikan komen
anda. Terima kasih.
Sumber :
Berita Harian
23 Mei 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan