JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



07 April 2012

ISU KESIHATAN : MASALAH OBESITI TINGKAT KOS KEHIDUPAN, BEBANKAN ALAM SEKITAR

Oleh Peter Singer
Profesor Bioethics di Princeton
Profesor Laureate di Universiti Melbourne


Manusia hari ini semakin hari semakin gemuk. Di Australia, Amerika Syarikat (AS) dan banyak negara lain, menjadi kebiasaan melihat begitu ramai manusia gemuk di mana-mana. Angka mereka yang obesiti semakin serius, bukan saja membabitkan negara maju, bahkan menjalar ke seluruh pelosok dunia termasuk negara miskin. Persoalannya adakah isu berat badan sekadar masalah individu? Wajarkah jika kita menerimanya sekadar kepelbagaian dalam bentuk tubuh manusia? Saya tidak fikir begitu. Obesiti ialah isu etika kerana sebarang kenaikan berat badan turut membuat orang lain menanggung bebannya.

Apabila seseorang menjadi semakin besar dan berat, mereka tidak akan selesa apabila menaiki bas atau kereta api, ini boleh membawa kepada kenaikan dalam kos pengangkutan awam. Begitu juga dengan isu lain – tubuh badan semakin membesar hanya memberi kesan kepada perkara lain. Hospital perlu membeli katil dan meja pembedahan lebih teguh, membina ruang tandas lebih besar, malah mungkin terpaksa membina ruang mengisi mayat lebih besar. Ini semua hanya akan menambah kos. Saya menulis artikel ini ketika berada di sebuah lapangan terbang. Seorang wanita Asia sederhana tubuh badannya, membuat daftar masuk dengan bagasi kira-kira 40 kilogram (kg). Dia membayar kos untuk lebihan kilogram bagasi.

Seorang lelaki yang beratnya kira-kira 40kg, lebih berat daripada wanita tadi, membawa bagasi kurang had dibenar, tidak pula perlu membayar kos tambahan. Namun, dalam isu penggunaan minyak untuk kapal terbang, ia adalah sama – tidak kira sama ada ia untuk lebihan kilogram bagasi, atau lebihan lemak seseorang. Bekas ketua ekonomi syarikat Qantas Australia, Tony Webber menyuarakan perkara ini sejak 2000 – purata berat penumpang dewasa bagi kapal terbangnya meningkat kira-kira dua kilogram. Bagi kapal terbang besar dan moden seperti Airbus A380, ia bermakna tambahan minyak AS$472 untuk penerbangan dari Sydney ke London. Jika Qantas menggunakan laluan itu pergi dan balik, tiga kali sehari, setahun ia berbelanja AS$1 juta untuk minyak atau mengikut margin hari ini 13 peratus daripada keuntungan syarikat daripada operasi laluan terbabit.

Oleh itu, Webber mencadangkan syarikat penerbangan menetapkan berat badan standard untuk penumpang. Contohnya, 75 kilogram. Jika, ada penumpang mempunyai berat 100kg, surcaj perlu dikenakan ke atas lebihan berat badannya untuk kos tambahan minyak. Bagi penumpang yang lebihan berat badan hanya 25kg, surcaj bagi tiket pergi balik Sydney – London ialah AS$29, manakala yang mempunyai berat badan hanya 50kg, wajar mendapat diskaun yang sama! Satu lagi cara mencapai tujuan sama ialah menetapkan berat standard untuk penumpang dan bagasinya iaitu dengan meminta penumpang naik ke atas penimbang bersama bagasi. Ini antara cara untuk mengelak rasa aib bagi yang tidak mahu mendedahkan berat mereka. Beberapa rakan yang dibawa berbincang mengenai cadangan ini, berkata golongan obesiti tidak dapat mengawal berat badan, mereka mempunyai metabolisme berbeza daripada kita.

Namun, cadangan mengenakan surcaj untuk tambahan berat badan bukan untuk menghukum, ia cuma bertindak adil kerana berat badan dan bagasi seseorang penumpang perlu dilevi dengan saksama. Ini cara terbaik untuk memastikan setiap penumpang membayar kos sebenar penerbangan, bukannya membebankan penumpang lain. Penerbangan adalah isu yang berbeza dan langsung tidak ada kena mengena dengan hak asasi manusia. Peningkatan dalam penggunaan minyak jet bukan sekadar kos kewangan. Ia juga membabitkan kos kepada alam sekitar kerana lebih tinggi pengeluaran gas akan memburukkan isu pemanasan global. Ia juga contoh kecil bagaimana saiz badan rakyat memberi kesan kepada seluruh penduduk bagi sesebuah negara.

Apabila seseorang menjadi semakin besar dan berat, mereka tidak akan selesa apabila menaiki bas atau kereta api, ini boleh membawa kepada kenaikan dalam kos pengangkutan awam. Begitu juga dengan isu lain – tubuh badan semakin membesar hanya memberi kesan kepada perkara lain. Hospital perlu membeli katil dan meja pembedahan lebih teguh, membina ruang tandas lebih besar, malah mungkin terpaksa membina ruang mengisi mayat lebih besar. Ini semua hanya akan menambah kos. Obesiti memberi kesan lebih jelas terutama dalam aspek penjagaan kesihatan. Tahun lalu Society of Actuaries menganggarkan di AS dan Kanada saja, golongan obesiti ini menelan perbelanjaan tambahan lebih AS$127 juta. Ia mengakibatkan peningkatan dalam kos dalam penjagaan kesihatan, akhirnya membebankan pembayar cukai kerana perlu membayar insurans kesihatan tambahan.

Kajian yang golongan obesiti sama ada masih bekerja atau tidak bekerja, akan menyumbang kepada kos kehilangan produktiviti bernilai AS$115 bilion. Fakta ini cukup untuk mengukuhkan dasar awam yang menggalakkan pengurangan berat badan. Antaranya menaikkan cukai atas makanan yang boleh mengakibatkan obesiti, terutama makanan tanpa nilai nutrisi, seperti minuman bergula boleh membantu usaha ini. Hasil daripada cukai ini boleh digunakan untuk kos tambahan yang perlu dibelanja untuk golongan obesiti kepada orang lain, manakala kenaikan harga makanan tidak sihat pula memberi faedah kepada mereka yang mudah terdedah kepada masalah obesiti iaitu penyakit kedua paling berbahaya selepas tembakau.

Ramai antara kita tidak dapat lari daripada rasa bimbang, sama ada bumi ini mampu menampung jumlah manusia yang sudah melebihi tujuh bilion. Sebenarnya, perkara lebih penting ialah apabila melihat kepada saiz penduduk dunia ini bukan hanya sekadar angka, tetapi juga saiz tubuh mereka. Jika kita menghargai kehidupan sebagai manusia yang mapan dan jika kita sayangkan alam sekitar supaya lebih sihat untuk bumi – berat badan saya dan anda – adalah tanggungjawab semua manusia.

Sila berikan komen anda. Terima kasih.

Sumber :
Berita Harian
7 APRIL 2012

Tiada ulasan: