JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



11 Mac 2012

RENUNGKAN DAN FIKIRKANLAH ...


Kenapa Gaji Cikgu Naik?
GAJI GURU NAIK 2012 : BUDGET 2012

Respon orang bukan yang TIDAK PUAS HATI :

1. Kerja cikgu Ini sangat senang.
2. Kerja cikgu sedikit.
3. Kerja cikgu memang banyak cuti banyak.

BENARKAH BEGITU?

HANYA ORANG YANG TIDAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SAHAJA YANG BERKATA DEMIKIAN. KERJAYA PERGURUAN INI BUKANNYA SEMUDAH SEPERTI YANG DIGEMBAR GEMBURKAN.

Semasa pertandingan bola.. cikgu jadi pengadil
Semasa pelajar hendak bertanding Time ... cikgu jadi jurulatih
Semasa aktiviti Kemahiran Hidup ... cikgu jadi petani
Semasa kutipan yuran ... cikgu jadi akauntan
Semasa Rancangan Makanan Tambahan ... cikgu jadi pelayan
Semasa pelajar sakit ... cikgu jadi doktor
Semasa dengar ceramah ... cikgu jadi motivator
Semasa menghias kelas ... cikgu jadi juruhias dalaman
Semasa persembahan Hari Guru ...cikgu jadi komposer
Semasa baiki kerusi meja rosak ... cikgu jadi tukang kayu
Semasa pelajar muntah dalam kelas ... cikgu jadi tukang cuci
Semasa berlaku kes mencuri dalam kelas ... cikgu jadi detektif
Semasa pelajar buat persembahan ... cikgu jadi jurugambar
Semasa perkhemahan berlangsung ... cikgu jadi askar
Semasa Hari Kantin sekolah ... cikgu jadi peniaga
Semasa Hari Guru ... cikgu jadi penyanyi
Semasa gotong-royong sekolah ... cikgu jadi tukang kebun
Semasa masuk waktu solat ... cikgu jadi tok iman
Semasa ibu bapa lewat ambil anak ... cikgu jadi orang gaji
Semasa budak bergaduh ... cikgu jadi hakim
Semasa pelajar sakit kecemasan ... cikgu jadi pemandu ambulans
Semasa berlangsung acara merentas desa ... cikgu jadi polis trafik
Semasa pelajar bersedih ... cikgu jadi pelawak
Semasa pelajar nak mohon UPU ... cikgu jadi pengisi borang
Semasa pelajar berehat ... cikgu jadi rukun tetangga
Semasa pelajar bercuti ... cikgu sibuk semak kertas peperiksaan
Semasa ibu bapa mengadu ... cikgu kena jadi kaunselor

Kita sama-sama mencari rezeki, mencurah khidmat, menabur bakti untuk negara dan pertiwi. Janganlah ada benci dan dengki serta niat untuk memusuhi. Bagi kita, kerja orang lain nampak mudah dan begitulah sebaliknya. Apakah kita terlupa pada peribahasa, “betapa berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”. Sebagai guru, saya akui kami bukanlah yang terbaik tetapi saya berani berkata lahirnya doktor, peguam, jurutera, jutawan, dan seumpamanya adalah berkat asuhan dan didikan seorang guru. Jadi, kenapa harus kita mengutuk insan yang banyak berjasa dalam memanusiakan manusia setelah kita berjaya dimanusiakan oleh mereka?

Tiada ulasan: