Oleh Ahya Alimuddin
Taklimat itu yang diadakan di sebuah hotel di sini, akhirnya dihadiri oleh 24 orang termasuklah keempat-empat wakil rakyat parti pembangkang di Dewan Undangan Negeri Pahang meliputi dua masing-masing dari PAS dan DAP, serta Ahli Parlimen PKR dari Indera Mahkota dan Ahli Parlimen PAS dari Hulu Langat, Selangor. Yang terbaru ialah pada 30 November lalu apabila jemputan kepada Fuziah supaya menyertai rombongan Ketua Setiausaha, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Rebecca Fatima Sta Maria melawat ke Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) di sini, ditolaknya. Jika Fuziah sekadar menolak, puak SMSL pula bertindak lebih lagi yang dilihat sebagai melampau, dengan meletakkan lapan prasyarat jika mahu ia menyertai lawatan tapak berkenaan. Antara lapan prasyarat itu ialah SMSL mahukan rakaman video sepenuhnya, dibenarkan mengambil gambar dalam dan sekitar LAMP, tiada pembabitan media-massa, mesti memperoleh perjanjian bertulis daripada Lynas Malaysia Sdn Bhd yang syarikat itu tidak akan memutarbelitkan ‘engagement’ berkenaan. Selain itu, pemerhati perundangan dari Jawatankuasa Peguam Pahang juga mesti dibenarkan turut-serta; mereka diberikan hak untuk meninjau ke seluruh kawasan termasuk kawasan larangan.
Usaha untuk perhubungan/perundingan awam ini sebenarnya dilaksanakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd sendiri, lama sebelum Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) membuat keputusan pada 30 Jun lalu, mengenai selamatnya projek ini. Usaha ini digerakkan sejak 2008 lagi, pada masa sama projek ini dipohon kemudian diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan menerusi MITI. Bermula Januari, perhubungan/perundingan awam yang dimaksudkan ialah dengan penganjuran taklimat kepada kumpulan tertentu – daripada pegawai tertinggi dan pekerja kilang sekitar Gebeng, pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) serta kumpulan doktor serta penduduk setempat. Malah, pada Julai tahun itu juga taklimat ini yang berkaitan dengan operasi, kesan ke atas alam sekitar dan keselamatan awam turut diberikan buat pertama kalinya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan ahli Exco negeri. Ini berlanjutan ke 2009, 2010 dan tahun ini, yang turut meliputi penganjuran taklimat untuk ahli MCA, penduduk dan kakitangan kerajaan. Taklimat diberikan oleh pakar tanah jarang dan radiasi yang dibawa khas dari China. Pada April lalu misalnya, dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP), taklimat yang sama dianjurkan kepada penduduk di Kompleks Dagangan Indera Mahkota. Namun, apabila diadakan pertemuan ‘town hall’, kekecohan mula ditimbulkan oleh puak pencemuh projek Lynas dengan mempertikaikannya dengan secara agresif. Mungkin seronok dengan kekecohan yang berlaku, apabila disebut mengenai penganjuran perhubungan/perundingan awam, puak pencemuh ini tetap dengan pendirian mereka mahukan pertemuan ala-‘town hall’ yang sudah tentunya tidak dapat dipersetujui ekoran kekecohan sebelum ini.
Sila beri komen anda. Terima kasih.
Sila beri komen anda. Terima kasih.
SUMBER
BERITA HARIAN
19 DISEMBER 2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan