AKRONIM
01. Jentolak = Jentera Tolak
02. Berdikari = Berdiri di atas kaki sendiri.
KATA BANTU RAGAM
01. boleh
02. dapat
03. harus
04. hendak
05. mahu
06. mesti
KATA BANTU ASPEK
01. akan
02. belum
03. masih
04. pernah
05. sedang
06. sudah
07. telah
JENIS KATA BILANGAN
01. Kata bilangan himpunan = berabad-abad, beratus-ratus, bertahun-tahun,
02. Kata bilangan kardinal = satu, sepuluh, seratus, sejuta, seribu
03. Kata bilangan pisahan = masing-masing, setiap, tiap-tiap
04 Kata bilangan tak tentu = banyak, beberapa, sebilangan, separuh, sedikit
KATA AKAR
01. tani = petani
02. mudi = kemudi
03. tapa = bertapa
KATA KERJA meN-...-kan DENGAN DUA OBJEK
01. Kakak saya membacakan ayah surat daripada abang.
02. Aminah memakaikan anaknya sepasang baju kurung.
03. Jururawat itu membawakan nenek sehidangan makanan.
KATA MAJMUK TIDAK MANTAP
01. buah tangan
02. pasar tani
03. mogok umum
KATA KETERANGAN
01. Keterangan cara : Dengan sepenuh tenaga, Mak Peah mengejar peragut beg tangannya.
02. Keterangan tujuan : Demi menjaga kebersihan dan kesihatan, penduduk Taman Setia sentiasa bergotong-royong membersihkan kawasan taman itu.
AYAT PASIF
01. Tentera penceroboh itu kena serang hendap oleh pejuang Iraq.
02. Bilik itu dikemaskan oleh abang sebelum dia ke sekolah pagi tadi.
AYAT MAJMUK GABUNGAN
01. Zamri tidak berminat bermain bola, malahan tidak pernah ke padang.
AYAT MAJMUK CAMPURAN
01. Aiman dan Akilah gembira ketika saya sampai di rumahnya pagi tadi.
KATA YANG MEMATUHI HUKUM D-M
01. Cempedak goreng
02. Gas cecair
03. Sos tomato
04. Maraton mini
AYAT AKTIF TRANSITIF
01. Peperangan mengancam nyawa manusia.
02. Kemenangan itu membuktikan bahawa kebenaran berpihak kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan