JEMPUT JADI PEMBACA SETIA BLOG INI



12 November 2010

RAKYAT MALAYSIA MEMBELANJAKAN SEBANYAK RM35 JUTA UNTUK HANTAR 3.5 BILION SMS


Rakyat Malaysia membelanjakan RM35 juta untuk menghantar 3.5 bilion khidmat pesanan ringkas (SMS) pada tahun ini, kata Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Menurut beliau, jumlah perbelanjaan itu adalah berdasarkan anggaran kos satu sen bagi setiap SMS yang dihantar. Katanya, statistik itu menjadikan rakyat Malaysia muncul sebagai antara pengguna SMS tertinggi di dunia. Statistik berkenaan menjadi bukti bahawa rakyat negara ini mempunyai kadar celik teknologi komunikasi yang sangat baik. Potensi itu harus digunakan oleh industri untuk memajukan negara melalui kandungan mudah alih. Walaupun terdapat pandangan serong terhadap potensi multimedia kreatif dan pembangunan aplikasi sebagai jentera pertumbuhan ekonomi, namun fakta menunjukkan kewujudan Facebook, Twitter dan inovasi menggunakan platform android telah merubah landskap komunikasi dan pemikiran manusia. Rais berkata, menyedari potensi industri berkenaan, kerajaan telah menjadikan bidang pembangunan dan infrastruktur komunikasi sebagai salah satu daripada 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Tiada ulasan: