Bancian Pendidikan Global yang pertama kali diadakan mendapati
guru di Malaysia paling menyukai pekerjaan mereka dan antara golongan pendidik
di dunia paling berdedikasi bagi memastikan pelajar mereka mencapai
kecemerlangan dalam pelajaran. Kumpulan pendidikan dari Penilaian Pendidikan
Antarabangsa Universiti Cambridge yang menjalankan bancian itu berkata,
sebanyak 70 peratus guru di negara ini merasakan tugas mendidik mempunyai
ganjaran tersendiri. Bancian juga mendapati sebanyak tiga daripada empat guru
di Malaysia mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan
peperiksaan yang baik. Keputusan peperiksaan dicapai oleh murid-murid di
Malaysia juga yang paling tinggi dicapai antara negara-negara terlibat dalam
bancian ini. Bancian itu melihat keadaan persekolahan pelajar berumur antara 12
hingga 19 tahun dan guru di 10 negara termasuk Argentina, China, India,
Indonesia, Pakistan, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Sebanyak
477 pelajar dan 634 guru di negara ini terlibat dalam bancian tersebut.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan