Oleh RADHUAN HUSSAIN
Pentaksiran baharu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan pendekatan sistem modular yang bakal dilaksanakan tahun ini mampu menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam. Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, selama ini, ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) memilih untuk ke kolej matrikulasi serta kolej-kolej swasta untuk menyambung pengajian mereka. Beliau memberitahu selama ini ramai yang terus memasuki kolej-kolej seumpama itu yang lazimnya menawarkan pelbagai bentuk pinjaman selain biasiswa serta kemudahan pembelajaran seperti komputer riba. Jelasnya, sistem modular yang akan dilaksanakan menyediakan peperiksaan pada setiap penggal berbanding hanya satu peperiksaan pada penggal akhir sekarang. Ini akan membantu meringankan beban pelajar. Ia memberi lebih banyak kelebihan kepada pelajar tingkatan enam termasuk membantu mereka mengulang semula subjek yang diambil pada peperiksaan sebelumnya. Kita harap lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam mulai tahun ini berikutan pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM ini. Bagi tujuan itu, kita akan jemput wakil CA (Cambridge Assessment) bagi memantau pelaksanaan sistem baharu ini untuk mengekalkan standard antarabangsa.
Sila berikan komen anda. Terima kasih.
Sumber
Utusan Malaysia
9 Mac 2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan